Friday, October 21, 2011

IKAN TILAPIA

IKAN TILAPIA (Oreochromis spp) adalah sejenis ikan yang popular dari keluarga CICHLIDAE yang terdapat dikawasan air tawar dan juga sedikit di kawasan air payau. Terdapat lebih dari 100 spesis ikan tilapia diseluruh dunia yang mendudukki kawasan Sungai, Tasek, Kolam dan kawasan takungan air. Di Malkaysia ikan tilapia merupakan salah satu jenis ikan yang di ternak dan dijual secara komersil terutama dikawasan penternakan ikan dalam kolam ikan air tawar. Daripada 8 Genus Ikan Tilapia hanya 3 Genus yang paling banyak diternak dan dikenali serta mempunyai nilai komersial iaitu Genus Oreochromis, Genus Sorotherodon dan Genus Tilapia. Genus Oreochromis sahaja mempunyai 30 spesis seperti Tilapia Merah, Tilapia Hitam, Tilapia Biru, Tilapia Sirip Panjang, Tilapia Mozambique, Tilapia Nil, Tilapia Rufigi dan Tilapia Wami. Antara genus Tilapia Sarotherodon (lebih 10 spesis) adalah seperti Tilapia Mangga, Tilapia Senegal dan Tilapia Dagu Hitam. Genus Tilapia pula mempunyai lebih 40 spesis seperti Tilapia Berintik,  Tilapia Zebra, Tilapia Dada Merah dan banyak jenis lagi. Artikel pagi Sabtu ini mari kitaa kenal akan teknologi ikan tilapia.


Ikan Tilapia merupakan spesis ikan ketiga terpenting diternak dan dimakan selepas ikan kap dan ikan Solmon. Ikan ini mudah membiak dan diternak dalam kawasan air tawar dengan memakan tumbuhan dalam air serta makanan formulasi moden dan cepat membesar. Ikan ini adalah jenis 'omnivorus' dan boleh hidup dalam keadaan kolam atau kawasan dengan padat (Lihat foto diatas) dimana tidak mudah mati walau pun suhu air agak panas pada waktu tengahari di kawasan tropika. Dibeberapa negara anak ikan tilapia dimasukkan dalam sawah padi dan dituai semasa padi hendak dituai apabila mencapai saiz 12-15 cm. Jumlah pengeluaran ikan tilapia seluruh dunia sekitar 1.5-2.0 juta metrik tan setahun terutama dikawasan tropika dan Asia.   


Penternakan ikan tilapia boleh dibuat dalam kolam ikan air tawar, Dalam Kolam Kanvas, Dalam Sangkar dan berbagai kaedah lagi. Lokasi penternakan ikan tilapia yang dipilih akan menentukan keupayaan muatan sangkar (carrying capacity) kerana kualiti air bergantung kepada keadaan persekitaran luar sangkar. Aliran air menerusi sangkar semasa bekalan air dari empangan, tiupan angin atau pergerakan ikan dalam sangkar akan menambahkan oksigen terlarut dan mengeluarkan bahan buangan dari dalam sangkar. Antara faktor penting yang telah diberi perhatian semasa pemilihan tapak pemasangan sangkar bagi ternakan ikan tilapia merah ialah kualiti air, kedalaman air dan kelajuan air. Kualiti air dan persekitaran yang baik memberi kesan terhadap pembesaran ikan tilapia dengan cepat bagi sistem ternakan secara intensif. Sebagai panduan parameter-parameter yang dianalisa dan diperlukan bagi kesesuaian ternakan ikan tilapia merah (Oreochromics niloticus) adalah seperti suhu air – 20-35 0 C ( Optimum 28-32 0 C ), pH air – 6-8, kandungan Oksigen terlarut – lebih dari 2.5 ppm, Paras Karbon dioksida – kurang dari 2.5 ppm, paras gas Ammonia – kurang dari 1.0 ppm dan tahap kemasinan – 0-20 ppt. 


Kedalaman air antara 3 – 5 meter dalam terusan atau taliair Utama memang sesuai untuk ternakan ikan tilapia dalam sangkar. Kedalaman air melebihi 1 meter antara permukaan terusan adalah masih sesuai bagi ternakan ikan dalam sangkar. Ini bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan bakteria patogenik terhadap ikan yang terdapat di dasar permukaan terusan/taliair. Kedalaman air 2-3 meter dalam terusan atau taliair Sekunder sesuai untuk ternakan ikan dalam sekatan/ kandang (pen culture). Kelajuan arus air yang disyorkan adalah antara 10-25 cm/saat bagi memastikan pertukaran air yang baik. Sekiranya kadar kelajuan terlalu perlahan, berlaku kekurangan oksigen terlarut dan ikan yang diternak akan mengalami ketegasan (stress) serta mati. Jika kelajuan air terlalu kuat, ikan tilapia perlu menggunakan tenaga yang berlebihan untuk berenang melawan arus dan sebahagian daripada makanan akan mudah hilang dibawa arus kuat.


REKABENTUK DAN PEMBINAAN SANGKAR
Modul sangkar yang digunakan mengandungi 20 petak sangkar pada setiap ‘array’. Saiz kerangka bagi satu petak sangkar adalah 3.45m x 3.45m iaitu 3.45m panjang dan 0.45m tinggi. Struktur kerangka sangkar menggunakan bahan plastik HDPE (High density polyethlene ). Saiz mata pukat 25.0 mm yang digunakan sesuai untuk pertukaran air yang maksimum. Kedalaman jaring pukat kurungan ikan adalah antara 1.8 – 2.0 meter. Isipadu jaring kurungan ikan dalam sangkar bersaiz 3 m x 3 m adalah antara16-18 meter padu. Sangkar yang menggunakan kerangka besi (G.I Pipe) bersaiz 6 m x 6m boleh digunakan bagi mengurangkan kos. 
Bersambung . . .


IKAN TILAPIA...MUDAH DITERNAK...
DALAM KOLAM...SANGKAR PUN NAK..
TILAPIA MERAH...SESUAI DI MASAK...
DIGORENG BERSAMBAL..ADUH ENAK!...


Related articles:
1. Ikan Keli (Klik disini)
2. Ikan Puyu (Klik disini)
3. Belut (Klik disini)
4. Ikan Laga (Klik disini)
5. Ikan Hiasan (Klik disini)
6. Industri Perikanan Malayusia (Klik disini) 


By,
M Anem
Puchong Lestari
Serdang, Selangor,
Malaysia
(24 Zulkaedah 1432H)

No comments: