Berembang (Sonneratia caseolaris Linn) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga SONNERATIACEAE yang tumbuh di kawasan tropika berasal dari Asia Tenggara sehingga China Selatan dan Benua Australia utara serta kepulauan Pasifik. Tumbuhan ini menghasilkan buah yang di makan sebagai sayuran walau pun kurang popular. Buah muda berembang sangat masam dan digunakan sebagai bahan perasa. Berembang juga di panggil sebagai Pedada ; Perepat (Malaysia, Indonesia), pagapate (Papua New Guinea), pagatpat (Filipina), tapoo; tamoo (Myanmar), lamphu (Thailand) dan baanchua (Vietnam). Artikel kali ini saya megkisahkan tumbuhan berembang berdasarkan pembacaan saya dari buku "PROSEA: Vegetables in South East Asia" terbitan Prosea, Bogor Indonesia tahun 1994 dan rujukan dalam laman sesawang serta pengalaman bertugas di lapangan.
Tumbuhan ini banyak tumbuh di Malaysia terutama dikawasan berhampiran sungai dan dekat dengan laut. Pokok berembang mempunyai keistimewaan tersendiri kerana kini dijadikan produk pelancongan yang "AJAIB" di Malaysia dimana terdapat banyak KUNANG-KUNANG datang pada malam hari untuk menghisap manisan bunga pokok berembang. Saya berpeluang menyusuri Kampung Kuantan, Kuala Selangor malam hari pada tahun 1998 dengan sampan jam 8.00 malam hingga 9.00 malam. Sungguh menakjubkan pengalaman bersama beribu-ribu kunang-kunang bagaikan lampu-lampu berkerlipan di dahan pokok! Disyorkan pembaca timba pengalaman tersebut sebelum kunang-kunang itu pupus!
Pokok berembang adalah tumbuhan saka yang mempunyai batang , bercabang serta tumbuh menegak sehingga mencapai ketinggian 5-25 meter. Batang pokok berwarna coklat kelabu dengan dahan yang bercabang empat (quadrangular). Daun berembang bersilang berwarna hijau dan berukuran 4-13 cm panjang x 2-7 cm lebar. Bunga berembang sangat cantik dengan warna stamen kemerahan berangkai 2-3 kuntum satu tangkai. Buah berembang berbentuk cherry bulat berwarna hijau dengan ukurlilit ialah 5-7 cm dan 3-4 cm panjang. Kulitnya macam berminyak berkilat apabila matang dan mengandungi biji yang sangat banyak dimana setiap biji berukuran 7 mm panjang (sangat halus).
Kajian makmal mendapati buah berembang yang masak mengandungi 80 g air, protin (2.3 g), lemak (1 g), karbohiderat (9.4 g), serat (5.7 g), Abu (1.6 g), Posforan (50 mg), Kalsium (40 g) dan tenaga 235 kiloJoule bagi setiap 100 g buah. Buah Berembang mempunyai rasa seperti 'cheese' sama ada dimakan mentah atau di masak. Ada kandungan Pectin yang tinggi dalam buah berembang yang boleh di eksploit. Terdapat orang tempatan yang makan daun berembang tetapi agak jarang. Buah berembang digunakan sebagai ubat untuk mengurangkan batuk. Daunnya pula yang ditumbuk halsu dicampur dengan garam sangat berkesan untuk ditampal dikawasan luka-luka dan menghantikan darah. Batang pokok berembang agak lembut dan sering digunakan untuk kayu api sahaja. Akar Udara berembang boleh dikutip dan dikeringkan untuk dijadikan gabus (Cork) yang mengandungi 10% bahan tanin bagi mengilatkan barangan kulit.
Pokok berembang tumbuh dikawasan paya bakau yang bercambah secara "epigeal". kajian mendapati biji benih berembang agak sukar untuk bercambah terutama jika dibawah naungan. Daun Anak Benih berbentuk lanceolate tirus dan berukuran 12 cm x 2 cm tetapi daun berembang matang akan berbentul epiliptik. Pemerhatian mendapati pokok berembang berbunga sepanjang tahun dimana stamen dan dan kelopak bunga akan jatuh selepas 12 jam (biasanya selepas pendebungaan). Agen pendebungaan adalan terdiri dari kupukupu malam dan kelawar yang menghisap manisan (nectar) pada bunga malam hari. Serangga kunang-kunang sangat mengemari pokok berembang pada musim-musim tertentu dengan banyak dan dijadikan produk pelancongan istimewa di Thailand, Vietnam, Malaysia dan Indonesia.
Pokok berembang mungkin terlalu biasa pada pandangan masyarakat Malaysia. Kini terdapat nama-nama kampong yang mana terdapat pokok berembang lalu mereka namakan "Kampung Berembang" dan "Kampong Perepat". Tumbuhan ini perlu di kawal pemusnahannya kerana membekalkan persekitaran seimbang dalam skosistem kita. Sering berlaku konflik untuk menebang kawasan rizeb sungai atau laut bagi projek perumahan, kolam udang dan lain-lain projek yang memusnahkan keajaiban ciptaan tuhan.
POKOK PEREPAT....DIPANGGIL BEREMBANG.....
MALAM HARI....BANYAK KUNANG-KUNANG.....
MANUSIA RAKUS....SUKA MENEBANG.....
KITA KENA PRIHATIN....DAN JUGA BIMBANG....
By
M Anem
Kg Kuantan
Kuala Selangor
(Kenangan lawat kunang2 tahun 1988)
No comments:
Post a Comment