Varieti Tanaman adalah penting dalam menentukan pengeluaran hasil, pengurusan agronomi tanaman dan juga Kontrek Pemasaran. Pemilihan vaieti atau klon atau jenis tanaman perlu dirancang dari peringkat awal sebelum penanaman dijalankan. Kini FAMA merupakan satu agensi kerajaan yang menjalankan program Ladang Kontrak dengan petani di Malaysia bagi meningkatkan keupayaan sistem pemasaran hasil-hasil pertanian. Program ini menjamin pasaran kepada petani, pengusaha atau syarikat bagi meningkatkan pendapatan mereka. Artikel kali ini penulis ingin berkongsi maklumat mengenai beberapa saitem dan beberapa varieti sayuran dan buah-buahan yang diperlukan dalam sistem pemasaran ladang kontrek tersebut.
Terdapat sebanyak 16 jenis sayur-sayuran yang telah dijanjikan oleh agensi tersebut bagi tujuan ladang kontrek terdiri daripada sayuran jenis buah, sayuran jenis umbisi dan beberapa jenis tanaman jangka pendek. Penulis pernah berurusan dengan program ini semasa bertugas sebagai pegawai pertanian daerah dulu dan faham akan perkara tersebut. Tanaman yang disenaraikan untuk Ladang Kontrek adalah Bendi, Cili, Halia Tua, Jagung Manis, Kacang Buncis, Kacang panjang, Keledek, Kobis, Labu, Petola, Roselle, Terung, Timun, Tomato, Ubi Kayu dan Tebu.
Terdapat sebanyak 16 jenis sayur-sayuran yang telah dijanjikan oleh agensi tersebut bagi tujuan ladang kontrek terdiri daripada sayuran jenis buah, sayuran jenis umbisi dan beberapa jenis tanaman jangka pendek. Penulis pernah berurusan dengan program ini semasa bertugas sebagai pegawai pertanian daerah dulu dan faham akan perkara tersebut. Tanaman yang disenaraikan untuk Ladang Kontrek adalah Bendi, Cili, Halia Tua, Jagung Manis, Kacang Buncis, Kacang panjang, Keledek, Kobis, Labu, Petola, Roselle, Terung, Timun, Tomato, Ubi Kayu dan Tebu.
Bagi buah-buahan terdapat 13 jenis Buah-buahan yang boleh diuruskan dengan program ladang kontrek iaitu Belimbing, Betik, Pitaya, Durian, Jambu batu, Limau, mangga, manggis, Nangka, Nanas, Cempedak, Pisang , Rambutan dan Tembikai. Terdapat jenis buah-buahan yang bermusim dan tidak bermusim bagi produk buah-buahan. Pilihan oleh petani untuk menjual secara biasa atau melalui ladang kontrek bagi buah-buahan bermusim merupakan satu proses yang kritikal dmana ketika musim tertentu sememangnya harga buah-buaha bermusim sangat rendah dan sukar untuk mendapatkan pulangan yang baik.
Berikut senarai varieti atau klon bagi sayur-sayuran dan buah-buahan dalam Kontrek Pemmasaran FAMA :-
A. VARIETI SAYURAN
1. Bendi :
Hijau (5 segi), Putih (7 segi)
Kulai (MC10), Batu Pahat, Minyak, Korean Hot (Hibrid)
3. Halia Tua :
Bentong
4. Jagung Manis :
F1 522, 969
5. Kacang Buncis :
White flower (Putih)
6. Kacang Panjang :
388, 328
7. Keledek :
Vitato & Tempatan terpilih
8. Kubis :
KY Cross (Tanah Tinggi) & Tropicana
9. Labu :
Taiwan 767
10. Petola :
Tempatan terpilih & F1 (Thailand D-Hijau / Putih)
11. Roselle :
UMKL-1
12. Terung :
302, 312, 1540
13. Timun :
118 & 980
14. Tomato :
Holland 1039, 322, 263, Denmark 163 dan Baccarat (Fertigasi)
15. Ubikayu :
Sri Pontian, Ubi Putih & Ubi Kuning
16. Tebu :
Tebu Telur
B. VARIETI/KLON BUAH-BUAHAN
1. Belimbing :
Klon B10, Klon B17
2. Betik :
Betik Eksotika, Sekaki/Hong Kong, Subang/Batu
3. Pitaya :
Isi Merah & Isi Putih
4. Durian :
Klon D24 & Klon 101
5. Jambu Batu :
Klon Thai Tanpa Biji, Klon Kampuchea GU 8, Klon Toon Klao GU9, Klon Sali GU 10
6. Limau :
Klon Limau Madu M33, Limau Bali KK2 (Melomas), Limau Bali Klon PO51 (Shatien) dan Limau Bali Klon PO52 (Tambun)
7. Mangga :
Chok anan, Harumanis
8. Manggis :
Tempatan terpilih
9. Nanas :
Morris, Josapine, N36 dan Gandul
10. Nangka :
Klon J31/NS1 dan J29
11. Cempedak :
Klon CH1, Klon CH27, Klon CH28 dan Klon CH 32
12. Pisang :
Pisang Berangan, Pisang Mas, Pisang Cavendish, Pisang Tanduk dan Pisang Rastali
13. Rambutan :
Klon anak Sekolah & Klon Deli
Varieti Merah Tanpa biji, Tembikai Wangi, Tembikai Golden Langkawi
Varieti atau klon tanaman diatas perlu ditanam oleh petani yang ingin menjalankan pemasaran dalam Ladang Kontrak Fama dengan memilih benih dari pembekal yang disahkah atau mendapatkan anak benih buah-buahan untu ditanam baru atau membuat cantuman dewassa. Konsep ini dapat meningkatkan pengeluaran sayuran dan buah-buahan melaalui perancangan pengeluaran dan pemasaran yang bersistematik. Pengeluaran hasil pertanian juga perlu berkualiti dengan mematuhi Amalan Ladang Baik (GAP System). Pemindahan teknologi dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan tumpuan kepada beberapa varieti dan klon terpilih. Khismat nasehat teknikal boleh didapati daripada Jabatan Pertanian, Usahawan Komersial yang berjaya, Pekedai dan Penjual yang telahh disahkan, lain2 agensi kerajaan dan sebagainya.
TANAM POKOK...VARIETI TERPILIH...
AMALAN AGRONOMI GAP...MESTI DI PATUH...
HASIL DI JUAL ....PETANI TAK SEDIH...
KATA ORANG JAWA...AWAK DAH "SUGIH"....
By,
M Anem
Suka menulis
Lebuh Air Keroh
Melaka
No comments:
Post a Comment