Cili Benggala atau lebih dikenali sebagai 'Bell Pepper' atau nama botaninya Capsicum annum L merupakan sejenis sayuran jenis cili dari keluarga Solanaceae. Cili benggala di tanam untuk digunakan sebagai sayuran , salad atau ramuan dalam makanan jenis segar oleh semua bangsa didunia. Apa yang menarik tentang Cili Benggala ini adalah bentuknya yang menarik serta mempunyai pelbagai warna menarik seperti Hijau, Merah dan Kuning. Artikel kali ini penulis berkongsi maklumat mengenai teknologi tanaman cili benggala atau Bell Pepper berasaskan kepada pengalaman dan pemerhatian yang dijalankan penulis yang aktif dalam sektor pertanian.
Cili Benggala ini dipercayai berasal dari kawasan Mexico, Amerika Selatan atau Amerika Tengah yang terus disebarkan kekawasan Eropah, Asia Barat, Afrika , Asia dan lain-lain negara sehingga ditanam diseluroh dunia terutama dikawasan Amerika Selatan. Negara Mexico merupakan negara pengeluar utama cili benggala di dunia. Malaysia menanam seluas lingkugan 2,650 hektar cili benggala pada tahun 2009 dengan kawasan penanaman utama di Cameroon Highland Pahang, Kundasang, Sabah, Lojing Kelantan bagi kawasan tanah tinggi dan Negeri Johor, Selangor , Kelantan dan Pahang bagi cili benggala tanah rendah. Penulis mendapatkan maklumat daripada penanam di Cameroon Highland baru-baru ini untuk menulis artikel ini.
Penanaman cili belanda mempunyai kaedah yang hampir sama dengan penanaman cili besar dari segi pengurusan agronomi. Bagaimana pun tanaman cili benggala di tanah rendah dan kawasan terbuka kerana bentuk buah yang berwarna-warni dan pengurusan yang lebih baik. Kerja penyediaan tanah dimulakan dengan membina batas tanaman mengikut rupabentuk tanah dan diberikan baja asas organik dengan kadar 50 kg bagi setiap 500 kakipersegi.
Pokok cili belanda paling sesuai ditanam dalam polibeg atau pasu secara FERTIGASI. Kaedah fertigasi dijalankan selama 6 bulan atau dua kali setahun. Penanaman cili benggala secara Fertigasi di Cameroon Highland mampu menghasilkan purata hasil sebanyak 4 kilogram sepokok dimana buah hijau dijual harga ladang RM 2.50 /kg sementara buah warna merah dijual dengan harga RM 11.00 semasa lawatan sata di ladang MAFC Lembah Bertam pada Mac 2011.
Pemilihan jenis atau varieti Cili Belanda (CB) adalah kritikal sama ada kita hendak menanam untuk jenis hijau, merah atau kuning atau kombinasiyang kita kehendaki. Varieti yang popular di Cameroon Highland adalah seperti OLYMPUS, NAZARI dan MALTI. Beberapa varieti lain seperti Milano 113 dan Winner 8812. Buah bermula dengan warna hijau untuk pengeluaran kerana mudah dihasilkan dan pasaran yang paling meluas sebelum CB matang. CB warna kuning atau oren masak ikut tahap kematangan dan merupakan tahap yang paling juicy, manis serta mendapat harga paling baik. CB akan bertukar kepada warna merah dimana ianya adalah peringkat terakhir matang dan jika lambat dituai akan terlalu masak dan harga akan jatuh. Pastikan membeli benuh (Biasanya jenis Hubrid) dari pembekal yang betul-betul dapat membekalkan varieti yang dikehendaki. Benih perlu disemai diatas tapak semaian 6-8 minggu sebelum mengubah keladang.
Penanaman Cili Benggala biasanya diatas batas yang telah disediakan lubang penanaman dengan menebuk lapisan plastik silvershine dengan jarak tanaman 0.75 m x 1.0 m bergantung kepada saiz batas yang disediakan. Penyiraman mesti dijalankan setiap hari selepas menanam dengan menggunakann sistem sprinkler atau pengairan titis. Sulam anakbenih yang mati dan tidak sihat. Penggunaan racun pra--cambah dapat mengurangkan kawalan rumpai. Kayu sokong perlu dipasang di kiri dan kanan barisan tanaman untuk menampung dahan-dahan cili yang akan menghasilkan buah dengan jarak 60 - 80 cm.
Pembajaan Cili Belanda hampir menyamai tanaman cili besar iaitu dengan memberikan baja NPK 15:15:15 sebanyak 250 kg sehektar atau sebanyak 20 g sepokok. Baja untuk menghasilkan buah iaitu NPK 12:12:17:2 TE diberikan dengan kadar 20-25 g sepokok mengikut jadual pembajaan yang disyorkan. Baja organan seperti tahi ayam proses dan baja ikan boleh digunakan untuk menambahkann kesuburan tanah.
Antara musuh tanamann cili belanda adalah seperti Aphid atau Hamana (Aphids spp) yang menyerang bahagian daun dan boleh mengakibatkan daun pokok CB jadi kerekot dan rosak. Serangga ini juga didapati mampu menyebaarkan virus yang menyebabkan Penyakit layu Virus Cili. Musuh CB yang lain ialah serangan Kutu Thrips (Thrips spp) yang juga menyerang bahagian daun. Serangga perosak Pengorek Buah Cili (Helicoverpa amigera) menyerang buah cili begitu juga serangan Lalat Buah (Bactocera spp) yang boleh dikawal dengan semburan racun serangga. Antara penyakit yang lazim menyerang tanaman cili benggala seperti Layu Bakteria (Pseudomonas solanaceae), Penyalkit Antraknos (Collectotricum spp) dan juga Penyakit Mozek Virus yangg perlu dikawal menggunakan kombonasi IPM dan kawalan kimia.
Tanaman cili benggala boleh di tuai selepas 7-9 minggu ditanam dengan memeik buah yang dikehendakki mengikut pasaran sama ada Buah Cili Benggala warna Hijau, Warna Kuning atau Warna Meraah. Sebaiknya kerja-kerja memetik cili dijalankan pada sebelah pagi dan elakkan memetik sewaktu hujan atau cuaca lembab. Buah dipetik menggunakan pisau tajam dan dibersihkan serta di gredkan mengikut saiz dan kualiti. Sebaiknya hasil dihantar ke pusat pengumpulan untuk dipasarkan dalam tempoh yang segera untuk mengekalkan kualiti dan harga yang akan diperolehi.
CILI BENGGALA....MEMANG JENIS CILI...
BELL PEPPER... ORANG PUTIH NAMA DIBERI...
BUAHNYA CANTIK...BERWARNA WARNI....
RASA NAK TANAM....BERSAMA-SAMA CERI....
Related articles from this blog you may read:
1. Capsaicin yang pedas (Klik disini)
2. Chili (Klik disini)
3. Cili Kulai Fertigasi (Klik disini)
4. Cili Padi (klik disini)
5. Sayuran Popular di Malaysia (Klik disini)
By,
M Anem
Minat tanam cili benggala
Muar, Johor,
Malaysia.
(1 Muharam 1432H)
No comments:
Post a Comment