TERUNG MERANTI (Solanum nigrum Miller) dari keluarga SOLANACEAE merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di Malaysia yang tumbuh secara liar. Terung ini dipanggil juga sebagai "Terung Ranti", "Terung Perat" di Malaysia dan dipanggil "Kampai" (Indonesia), Anti (Filipina-Tagalog), khaengz (Laos), mawaeng (Thailand) dan lulu'd (Vietnam). Tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan Tropika Amerika Selatan dan Asia Tenggara ( jenis di Amerika adalah var. Solanum americanum). Artikel ini saya membicarakan derkaitan tumbuhan renek yang jarang-jarang ditemui masa kini kecuali mereka yang arif dengan terung meranti.
Terung Meranti merupakan tumbuhan yang tumbuh menegak dengan batang lembut berwarna hijau gelap dengan ketinggian sehingga mencapai 1.5 meter. Batangnya mempunyai bulu dan di Amerika Selatan batangnya berwarna keunguan. Daun Terung Meranti berwarna hijau gelap berbentuk ovate sehingga bentuk lancoleate dengan susunan spiral atau bertentangan (opposite). Saiz daun ialah 6cm x 3 cm dengan panjang tangkai sepanjang 1-3 cm. Bunga terung meranti mempunyai kelopak berwarna putih dan pestil berwarna kuning yang membentuk 5 kelopak berukuran 2.5cm (Lihat foto di bawah). Pendebungaan berlaku oleh semulajadi dan agen dimana bunganya adalah bisexual. Buah terung meranti berwarna hijau ketika muda , berbentuk bulat seperti buah cherry dengan 0.5-1 cm garispusat. Warna buah bertukar kegelapan ungu apabila telah matang. Setiap buah mengandungi antara 40-100 biji didalamnya. Kiraan berat biji benih adalah sebanyak 1,000 biji seberat 1.5 gram.
Terung meranti digunakan sebagai sayuran ulaman di kebanyakan negeri Asia Tenggara dan mudah dibeli dipasar tradisional. Buah muda dijual secara segar dan dimakan dengan nasi sebagai ulam atau 'lalap" di Indonesia. Rasanya seperti rasa terung muda kepada mereka yang minat makan. Pucuk dan daun muda dimakan secara segar jika dipetik dikawasan keliling rumah sebagai ulam (Jika hendak cuba) tetapi tidak dijual dipasar kerana mudah layu. Ada pengguna mencelur dulu dengan air panas selama 5-10 minit untuk melembutkannya. Kanak2 tidak berapa suka terung meranti kerana ada rasa PAHIT. Buah yang masak juga digunakan untuk manisan seperti jem atau pie. Bahagian yang boleh dimakan bagi buah adalah 95% manakana bahagian daun sebanyak 79%.
Kajian saintifik mendapati kandungan terung meranti bagi setiap 100 gram adalah air (90 g), Protin (1.9 g), Lemak (0.1 g), Karbohiderat (7.4 g), Kalsium (274 mg), Ferous (4 mg), Karotin (0.5 mg), Vitamin B1 (0.10 mg), Vitamin C (0.17 mg) dan tenaga sebanyak 140 Kj. Nilai pemakanan bagi bahagian daun juga sangat baik setanding dengan sayuran bayam yang mengandungi Vitamin A dan C yang tinggi. Setiap 100 g daun mengandungi air (85 g), Protin (4.7 g), Lemak (0.5 g), Vitamin B1 (0.14 mg), Vitamin C (40 mg) dan tenaga sebanyak 190 kiloJoule (kJ).
Pembiakan terung ini melalui Biji Benih. Benih di semai dalam bekas semaian dan akan cambah 6 hari disemai dan selepas 5 minggu kemudian diubah ke dalam pasu atau atas batas apabiak ketinggian anakbenih capai 8 cm. Kadar percambahan capai 100% dan jarak tanaman disyorkan adalah 25 cm x 25 cm atau jarak 50 cm x 50 cm untuk tanaman dikawasan tanah subur. Baja organik dengan kadar 100-500 gram sepokok diberikan dan baja NPK juga boleh ditambah dengan kadar 20 g sepokok setiap 3 bulan. Siraman dan kawalan umpai dibuat secara manual. Buat cantasan dengan meninggalkan 5 cabang utama. Kajian mendapati jika diberikan pelindung cahaya matahari pokok kelihatan lebih subur tetapi menghasilkan buah yang kurang.
Masaalah utama penyakit tumbuhan terung meranti adalah Layu Bakteria (Pseudomonas solanacerum) yang mengakibatkan pokok mati apabila diserang. Penyakit Layu Fusarium (Fusarium oxyporium) juga menyebabkan pokok akan layu dan mati jika tidak di kawal awal. Cacing Nematod menyerang bahagian akar tumbuhan dan menyebabkan kerosakan tanaman. Aphid (Aphid spp) dan Kumbang (Epilachna spp) merosakkan bahagian daun. Kawalan dengan manual seperti mengutip dan membuang pokok yang berpenyakit dan serangga perosak.
Terung ini dituai 2 bulan selepas ditanam dengan memetik bahagian daun atau pucuk atau buah. Pucuk muda sepanjang 5-6 cm dikutip dengan memotong dengan kekerapan 1-2 kali seminggu. Pemetikkan daun yang terlalu kerap akan menjejaskan pertumbuhan dan jika terlalu jarang kualiti pucuk akan menurun. Buah muda dipetik dalam 7-8 biji serumpun dengan kekerapan sekali petik setiap 3-10 hari bergantung kepada keadaan pokok dan lebih kerap pada musim hujan. Tanaman terung meranti boleh bertahan antara 3-5 bulan sebelum ianya mati atau tidak produktif. Kajian saintifik di Bogor, Indonesia mendapati hasil sebanyak 30 kg /10m2 atau sebanyak 30,000 kg/ha mampu dikutip dalam masa 4 bulan jika daun terung meranti tidak dipotong. Jika daun nya di ambil, hasil dari buah yang dikutip hanya sekitar 16,000 kg/ha. Hasil akan meningkat jika jarak tanaman dirapatkan iaitu kurang dari 50 cm x 70 cm.
Penanaman terung meranti di Malaysia mungkin perlu dipromosikan dari segi penanaman, pengedaran dan penggunaan (Ulam-ulaman) atau cara2 lain. Tidak ramai petani, pegawai pengembangan, pegawai penyelidik dan pengguna yang 'aware' tentang tumbuhan ini dan kajian boleh dibuat oleh pihak berkaitan. Mungkin terung meranti boleh di proses untuk dijadikan makanan ringan (snack), Lalap, Jus, Kosmetik atau makanan kesihatann satu hari nanti.
TANAM TERUNG...TERUNG MERANTI....
TEKNOLOGI MENANAM...LAMA DI NANTI....
MINAT MENANAM...TAK TAHU VARIETI.....
NASIB MEMBACA ...ARTIKEL YANG INI...
By,
M Anem
Sabar Menanti
Ptjaya
No comments:
Post a Comment