
TERUNG DAYAK (Solanum ferox Linn) merupakan sejenis lagi terung yang terdapat di Malaysia dalam keluarga Solanaceae. Terung dayak juga dipanggil sebagai Terung Pasai (Brunei),Terung asam; Cung Bulu (Indonesia), Terung Dayak; Terung Iban; Terung Asam (Malaysia), khua khon (Laos), tabanburo; tagatum (Filipina), sinkade (Myanmar), mapu; yongkuidi (Vietnam) dan muuk (Thailand). Saya memang suka makan sup terung dayak masa bertugas di Sarawak pada tahun 1995-1997 dulu ketika melawat projek pertanian dengan Mr Paul Chee (already retired 10 years ago and still my friend). Artikel pagi ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai teknologi berkaitan terung dayak dan maklumat teknologi terung dayak berdasarkan kepada pembacaan, rujukkan, pengalaman serta daya ingatan sebagai agronomist.


Pembacaan saya dari buku PROSEA : Plant resources of Asean vegetables mendapati kandungan setiap 100 g terung dayak mempunyai nilai pemakanan air (89g), protin (1.4 g), lemak (1 g), Serat (1.5 g), Ca (13 mg) dan tenaga sebanyak 168 kJ. Buah ini juga mengandungi bahan kimia iaitu solanine iaitu alkoloid yang kurang beracun berfungsi seperti bahan saponin dalam darah. Kemasaman terung dayak menyebabkan kita tidak boleh makan mentah atau segar selepas dipetik. TERUNG DAYAK adalah tumbuhan renek (shrubs) naik menegak dengan banyak cabang dan mempu capai ketinggian sehingga 1 meter. Batangnya berwarna hijau dan agak berbulu dan bertukar separa keras dengan warna hijau coklat. Daun berwarna hijau berbentuk ovate dengan ukuran 5-40 cm panjang x 3-40 cm lebar serta biasanya ada 4-6 penjuru tajam agak berbulu. Bunga nya mempunyai 5 kelopak berwarna putih dan bahagian tengah yang kekuningan. Buah terung dayak berbentuk bulat atau bulat leper, berwarnna hijau ketika muda bertukar kepada kuning oren kemerahan apabila cukup matang. Saiz sebiji terung antara 5-6 cm ukurlilit x 7-8 cm panjang. Satu tangkai mempunyai purata antara 1-2 biji buah. Buah yang terlalu masak jika tidak dipetik akan gugur.
Pembiakan tanaman terung dayak menggunakan bijibenih dari buah yang cukup matang. Pilih biji yang baik, jemur , semai dan akan bercambah 1-2 minggu. Rendam bijibenih dalam air bersih selama 24 jam sebelum menyemai untuk pecahkan 'seed dormancy'. Penanaman melalui keratan juga boleh dijalankan jika ada teknologi dan kemahiran sesuai walau pun agak sukar. Anak Benih yang mempunyai 2 helai daun atau setinggi 1.5 - 1cm atau berumur 2-3 minggu sesuai untuk dialih keladang atau dalam pasu. Tanam anak benih didalam pasu atau bekas atau diatan batas tanaman di kebun dengan jarak tanaman 0.6 m x 1.0 m bergantung kepada kesesuaian.
Pemerhatian saya mendapati terung dayak juga diserang Penyakit Layu Bakteria (Pseudomonas solanacerum) yang menyebabkan pokok layu dan mati. Bahagian akar pokok juga mudah diserang Cacing Nematod (Meloidogyne arenaria) yang menyebabkan akar berbintil2 yang boleh menyebabkan pokok rosak. Serangan kumbang dan aphid yang tidak dikawal juga kadang-kadang mengurangkan hasil. Kawalan masaalah tersebut dibuat dengan tanam pokok dikawasan yang bebas nematod, buang dan musnahkan segera pokok layu dan sentiasa membuat pemantauan.
Baja organik diberikan dengan kadar 60-100 g sepokok dan tambah dengan baja NPK dengan kadar 15-20 g sepokok. Kawalan rumpai dibuat dengan mencabut rumput dan buang. Terung dayak berbunga 3-4 bulan selepas ditanam. Cuaca panas dan lembab pagi hari akan membuka kelopak bunga (2-3 hari) dan lebah akan datang untuk membantu proses pendebungaan. Buah terbentuk 2-3 bulan selepas pendebungaan hingga matang dan kemudian dipetik apabila warnanya kuning oren dan berkilat. Pengalaman penulis mendapati purata jangkahayat terung dayak selama 1 tahun jika diurus dengan baik dan tidak diserang penyakit Layu Bakteria. Potensi hasil terung dayak sebanyak 15 biji sepokok semusim. Buah terung dayak perlu dimakan segera selepas di tuai dan ketahanan penyimpanan cuma 1-2 hari sahaja. Jika buah terung dayak disimpan dalam peti sejuk dengan suhu 10 celsius boleh bertahan sehingga 6-7 hari.

Pemerhatian saya mendapati terung dayak juga diserang Penyakit Layu Bakteria (Pseudomonas solanacerum) yang menyebabkan pokok layu dan mati. Bahagian akar pokok juga mudah diserang Cacing Nematod (Meloidogyne arenaria) yang menyebabkan akar berbintil2 yang boleh menyebabkan pokok rosak. Serangan kumbang dan aphid yang tidak dikawal juga kadang-kadang mengurangkan hasil. Kawalan masaalah tersebut dibuat dengan tanam pokok dikawasan yang bebas nematod, buang dan musnahkan segera pokok layu dan sentiasa membuat pemantauan.

Terung Dayak mampu dimajukan lagi dengan membuat penyelidikan biakbaka (plant breeding), promosi, teknologi pemprosesan, kerja2 pengembangan serta pemasaran yang terancang. Satu hari nanti kita mungkin akan dapat rasa jus terung dayak, teh, snek, krim , tablets, powder , puree dan sebagainya. Promosi khasiat MASAM boleh dibuat kajian akan kegunaannya. Wasallam!
TANAM TERUNG.. TERUNG DAYAK....
BUAHNYA CANTIK...MAKAN TAK TOLAK...
SAYA KENAL...MASA DI SARAWAK...
BACA ARTIKEL...TAK RASA MUAK....
By.
By.
M Anem
Tingkat 2, Kuarters IPS,
Institut Pertanian Semonggok,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
Tingkat 2, Kuarters IPS,
Institut Pertanian Semonggok,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(17 Syaaban 1434H)
No comments:
Post a Comment