Kacang Parang (Canavalia gladiata) adalah tumbuhan dari keluarga Leguminaceae iaitu jenis kekacang (Legumes) yang juga di panggil sebagai 'sword beans'. Pokok kacang parang merupakan pokok kekacang yang tumbuh pada asalnya di kawasan Afrika dan Asia termasuk di Malaysia. Penanaman pokok kacang parang di Malaysia biasanya cuma secara hobi sahaja dan tidak diusahakan secara komersial. Satu lagi kacang yang menyerupai kacang parang ialah Kacang Lebar (Vicia faba) yang juga dipanggil sebagai ('broad beans', 'Fava Beans, Field Beans, Tic Beans ) yang ditanam secara komersial di banyak negara seperti China, Iran, Ethopia dan sebagainya. Di Indonesia ianya dipanggil 'Kacang paras-man, kara pedang, di Filipina (habos), di Thailand (Thua-phra) dan di Kemboja sebagai 'tiouehs'. Kebanyakannya biji kacang parang dan kacang lebar digunakan sebagai snek makanan ringan. Penulis kali ini ingin berkongsi maklumat mengenai tanaman kacang parang dan kacang lebar.
Maklumat mengenai tumbuhan kacang parang amat kurang ditemui. Keluasan penanaman kacang parang di Malaysia juga tiada rekod tetapi penulis menganggarkan antara 15-18 hektar secara kiraan CHE. Kacang Parang di tanam sebagai tanaman hobi sahaja dikeliling rumah dan belum dikomersialkan. Penanaman menggunakan biji benih yang telah matang dan terus ditanam dilokasi yang terpilih. Biji dipiih dari buah yang matang dan pastikan ianya bebas penyakit dan cukup tua. Dua biji benih kacang dimasukkan dalam satu lubang.
Kajian dari buku SEA Vegetables: PROSEA menyatakan setiap 100 gram kacang parang mengandungi 88.6 g air, 2.7 g protin, 6.4 g kabohiderat, 0.2 g lemak, 1.5 g serat, 40 IU Vitamin A dan 100 kJ tenaga. Kacang Parang juga mengandungi zat canovalin, Urease, canavanine yang mengakibatkan tindakbalas berlendir dalam usus manusia jika dimakan terus dari buah kacang parang. Kegunaan untuk sayuran (Buah dan pucuk muda), makanan ternakan dan juga sebagai tumbuhan penutup bumi untuk kurangkan hakisan tanah.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3YxiOyywYfEBNnekvxdmHBXlbzIW4KQswaxxGzYb-XRJ_zFCNIxgH7_9n0vBUy8JQ3xQgzPQchoOmv8MQwdhxI7X7KXj7KBIiCNS3UQ5UfsJpS9Jv3T6VqKYRxwPKc-CO2SoeUXFQsAQ/s320/akprg5.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglUoovLEL8FENA4SBZBg1A9iFs_f2mTAmpJbgTqFF_u7OYrpAt7Ur8MVJKCrjpyd6HcLRpTKR0uhD-E7tH9zQ-qyzz6Xvb0bXZ3uTzLKbcn7G69XfRnAy-VJ2I7LQvpeij40Hbi1XrRIo/s320/akprg9.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjD166PobBm9XLwd7XltjrjqcT7MQ1uhuXODAixAr2iG9PsppHsmgD_3CCawnOR62icKD99UAQZuaFQOJ8TG2sOKT7TA668w4q9yV8gKoiM3aW1hlX7Z9moL0hav22LRHi6JlzQwF4Y5_A/s320/akprg3.jpg)
Antara penyakit kacang parang seperti Penyakit Bintik Daun (Cercospora canescens) yang membentuk bintik bulat berwarna perang pada daun dikawal dengan racun maneb atau mancozeb. Penyakit Karat (Uromyces appendecis) menyerang daun yang akan jadi kuning dan kering boleh dikawal dengan racun jenis copper. Penyakit antraknos (Collectotricum lindenmunthiamum) akibatkan bintik2 berpusar pada buah dan daun dan dikawal dengan racun kulat seperti mancozeb, zibeb dan sebagainya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMxh-iJ9EAgG3RCtOz4yaXupnOYVtQX82fTNX7hv9nquZCeym1XqM6KbAowAQEjkzyF9hUlSXw0pmjzi_FGn6bL1dZ0nFGK12aS0mCI5Q9JJeGYeIZzPXcwoTO9KfefKmvBYY1BbgSsMY/s320/akprg2.jpg)
MAKANLAH KACANG..KACANG PARANG...
TANAM SENDIRI..AMAT JARANG-JARANG....
PETANI KURANG MINAT...ATAU HASIL KURANG....
YANG ADA DIPASARAN...DI IMPOT DARI SEBERANG....
By
M Anem
26 Ramadan 1431
Ptjya
No comments:
Post a Comment