![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgii_FPj8oU0-4m8WQKAPMlM4FGoW3WVgjYbOkDdCa12c3wr2lNKPS85aF08zlfT__mNskW1LjYn26vCkdm8GY2EQzcFFc5w2eX7EUa0teeZOSU-QacoU4o1dzHauPobK0i2NF7YGkG1bc/s320/hal1.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisn5lmpR2WdLvKrhjAigg1a2m0iZfiOGwwwM2WNi5v2X4CJ5031G5mhsVLP52RcfybTyjqtubL1gyrJ1hHZsGKANMiU9Gm9WUcyOj-6UiyYZH8BKPiV_VZppzF43curnR4ZGtQo7e3N6o/s320/hall1.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijWITWqbdqywDshXMO6HUsADA9Oz43LXDF5Y5Qa6LYYmOZwzCzxi0a7h3VeEg9LyB8ZSnXjBJeY2ymB1rDuyFMKzeil5kYaAtSblDGPvgJJVoyyjwcEnsTlrR1ISf-g8djP3-_DEiRKlQ/s320/sarbat.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgTAjfYUDuQMW4LfWto22H6FXGaX-nhC-MpmnyA4l2m-KjWQZLKm9XPDHrSO-FNsQW0C7IvkiqCGJfJ4yD27F5GPlRXfNXm4zrGvi_qye-ofya_L_2yOVOKqEs0w9wzfK8U1k0SbyWu69Y/s320/halbun.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjWSkTg2_kBlA7W24NRuSS1u8bJ3kNkWbnws3RoXSK0EmgnB_ctOnrpiLO3PqKWhVUYw-cZxsaFxo3kzHL5IfIxdsDiZzJpJ8kSxt4R3gyqACHQDrT1mblZTaN8mqeHkLyJzFET0IKeBB8/s320/hal.jpg)
Tananam halia mempunyai dua jenis penyakit iaitu Penyakit Layu Bakteria (Ralstonia solanacerum) yang menyerang bahagian daun yang akan menjadi kering perang keemasan kemudian layu. Jika diserang penyakit ini batang dan rizom akan menjadi lembik dan busuk dan boleh dikawal dengan menggunakan anakbenih dari pokok yang bebas penyakit, musnahkan segera pokok yang kena jangkitan dan elakkan menanam halia dikawasan yang sama dan perbalki saliran di kebun. Penyakit Reput Akar (Phythopthora spp) juga menyerang bahagian akar menyebabkan akan menjadi reput dan kawalan dengan Amalan Pertanian Baik (APB) atau menjalankan giliran tanaman. Terdapat sejenis sahaja perosak tanaman halia iaitu Ulat Pengorek Batang (Dichocrosis puntiferalis) yang mengorek batang halia dan mengeluarakan najis pada lubang dikawal dengan giliran tanaman. Halia tiada serangan serious dalam bahagian umbisi.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjprdu7zlmyjFUZCQ1GDDvL4mczJRigeJUq7HM1keKxFL8sbTX1uL6FTsVHKyFiLqQwlpm9lQYpk8UhOb3ZMUC4pfcaJOTUKEVhannQvyYn7YoOcxPMoyHM6b3oAlt3St5i5_iIXcQY6Xs/s320/hal2.jpg)
Analisa ekonomi tanaman halia mendapati dengan 15,000 kg /ha hasil dituai dan purata harga ladang RM 2.50 /kg memberikan anggaran pendapatan kasar tanaman Halia Tua sebanyak RM 37,500.00 dengan kos pengeluaran sebanyak RM 23,778.00 memberikan keuntungan bersih sebanyak RM 12,553.00 sehektar. Kos benih (RM 7,500.00/ ha) dan kos buruh (RM1,200.00 / ha) untuk menuai merupakan komponen utama dalam aktiviti penanaman halia di Malaysia. Keuntungan setiap RM 1.00 dilaburkan dalam tanaman halia memberikan pulangan sebanyak RM 1.50 dan kos pengeluaran bagi setiap kilogram tanaman halia adalah sebanyak RM 1.66. Penanaman halia tua agak menguntungkan berbanding dengan penanaman halia muda. Industri tanaman halia di Malaysia masih pada tahap sederhana dimana pengeluaran segar masih belum mencukupi. Ada pada ketika halia dari Sabah dibawa masuk ke Semenanjung untuk menampung kekurangan halia segar. Walaupun tanaman ini seolah-olah mudah ditanam tetapi masaalah benih dan buruh serta ambil masa lama (8-10 bulan) kurang menarik minat ramai petani. Tanaman halia juga boleh di tanam di keliling rumah sama ada diatas tanah atau dalam pasu. Tanaman halia mempunyai pakej teknologi yang agak lengkap cuma perlu dicari varieti baru yang mampu menghasilkan rizom yang lebih tinggi dan cepat dituai. Semuga artikel ini memberikan ilmu pengetahuan kepada pembaca. Wasallam.
NAK TANAM HALIA...DIDALAM PASU...
NAK TANAM HALIA...DIDALAM PASU...
MINUM AIR HALIA....BADAN TAK LESU...
HALIA MUDA...HALIA TUA TETAP LAKU...
TEKNOLOGI HALIA...PERLU DI BURU...
Related articles:
1. Lengkuas (Klik disini)
2. Lempoyang (Klik disini)
3. Serai (Klik disini)
4. Lobak Merah (Klik disini)
5. Bawang Merah (Klik disini)
1. Lengkuas (Klik disini)
2. Lempoyang (Klik disini)
3. Serai (Klik disini)
4. Lobak Merah (Klik disini)
5. Bawang Merah (Klik disini)
By,
M Anem
Senior Agronomist
Precint 11,
Senior Agronomist
Precint 11,
Putrajaya, WP,
Malaysia
(Kemaskini pada 28 Oktober 2014)
(Tanam bawang di Mersing 1999)
Malaysia
(Kemaskini pada 28 Oktober 2014)
(Tanam bawang di Mersing 1999)
No comments:
Post a Comment