Monday, October 26, 2009

Memproses Mee Kuning

Mee Kuning merupakan satu produk makanan yang dihasilkan melalui satu proses yang kritikal dari segi GMP (Good Manufacturing Process). Mee kuning diperbuat daripada tepung gandum yang di campur dengan bahan penting (yang selamat dimakan) dan di uli menggunakan Mesin Penguli Tepong sebelum di leperkan dan di jadikan mee melalui mesin penghiris sebelum masuk dalam air panas yang sentiasa mengalir. Mee tersebut akan masuk 'çonveyer' untuk disejukkan dalam aliran air sejuk dan di uraikan dengan campuran minyak masak untuk elakkan bercantum. Mee kuning yang selamat dimakan perlukan proses yang bersih dan dijaga kualiti.

Sekilo mee kuning di keluarkan dijual dengan harga antara RM 1.50 hingga RM 2.00 dan kos pengeluaran antara 80 sen sehingga RM 1.20 sekilogram bergantung kepada jenis mesin yang digunakan. Mee Kuning perlu dipasarkan segera pada hari yang sama di proses untuk mengekalkan kualitinya. Mee kuning dibungkus dalam plastik jernih dengan berat 1 kilogram sehingga 10 kilgram sebungkus bergantung kepada jenis pasaran. Mee ini perlu diedarkan terus ke Pasar awam, ke Restoran-restoran dan Gerai-gerai makanan. Mee Kuning sesuai dimakan sebagai Mee Goreng, Mee Goreng Mamak, Mee Bandung, Mee Kenduri, Mee Rebus, Mee Kari, Mee Jawa, Mee Kuah dan sebagainya mengikut resepi tempatan. Makanan ini menjadi kegemaran rakyat Malaysia yang sukakan makan mee kuning.

MEE KUNING.... DIMINATI RAMAI

DIPROSES BERSIH...MENGGUNAKAN MESIN....

TEKNOLOGI TERKINI...GHP DIPATUHI...

PENGUSAHA UNTUNG.... PENGGUNA TERJAMIN....

Dari,

M Anem

Projek IAT Muar

No comments: