KUMBANG PUCUK KELAPA (Brontispa longissima) merupakan sejenis perosak tanaman pokok kelapa (Cocos nucifera) yang ditanam di negara kita. Kumbang ini jarang dapat kita lihat kerana jika pokok kelapa sudah tinggi ia perlu disahkan kerosakannya melalui simptom serangan. Kumbang yang menyerang dibahagian pucuk kelapa ini merupakan salah satu perosak utama tanaman kelapa yang kini dilaporkan keluasannya di Malaysia 97,600 hektar pada tahun 2014. Kebanyakan tanaman kelapa kini ditanam oleh sektor pekebun kecil dengan varieti Malayan Tall (70%), Kelapa Matag (8%), Kelapa Pandan (1.5%) dan beberapa varieti kelapa yang lain. Kumbang ini mampu menyerang tanaman kelapa pada semua peringkat umur daripada yang baru ditanam sehingga pokok kelapa yang matang. Serangan yang serius dan berterusan boleh menyebabkan pokok terjejas pertumbuhannya dan mengurangkan hasil kelapa. Apa yang unik mengenai kumbang ini adlah sifatnya yang hidup berkelompok bersama telur, larva dan pupanya didalam lipatan daun kelapa serta pucuk kelapa yang belum terbuka menyebabkan ia agak sukar untuk dikawal. Kumbang ini juga boleh dikenalpasti dengan memasang perangkap agar ia dapat diperiska dimakmal. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai perosak kelapa iaitu Kumbang Pucuk Kelapa yang perlu dikenali untuk kebanyakan pembaca blog ini.
Antara simptom serangan kumbang ini adalah dimana ia akan menyebabkan daun serta pucuk pokok kelapa menjadi kelihatan perang dan kering. Perkara ini juga aagak serupa dengan serangan serangga lain seperti Kumbang Jalur Merah dan seranganArtona. Apa yang berlaku adalah larva kumbang ini mengakibatkan kerosakkan lebih teruk berbanding dengan serangan oleh kumbang dewasa. Jika serangan serius sebanyak 8 helai daun atau lebih lagi akan rosak dan ini menyebabkan proses fotosintesis pada bahagian daun terjejas. Jika berlaku maka poko kelapa tidak mempu menjalankan proses fotesintesis dimana kesannya pertumbuhan pokok terjejas dan kesannya hasil kelapa berkurangan. Jika dibiarkan kemungkinan pokok kelapa tersebut akhirnya akan mati untuk pokok kelapa yang berumur 2-3 tahun atau kurang lagi. Pemeriksaan dikebun untuk membuat penelitian kehadiran serangga ini perlu dijalankan secara berjadual untuk pokok kelapa baru ditanam.
Terdapat beberapa kaedah kawalan kumbang pucuk kelapa ini. Kawalan secara biologi dapat dilakukan dengan menggunakan agen dinamakan Asecodes hispanarum (parasitoid larva) iaitu sejenis penyengat kecil daripada keluarga Euliphidae. Serangga ini dikenalpasti sebagai agen biologi berkesan untuk mengawal kumbang Bronssipa longissima dan yang serupa dengannya. Serangga Asecondes hispanarum ini dilepaskan dikawasan kebun kelapa yang mengalami serangan teruk daripada kumbang ini dengan menggantungkannya pada pelepah atau daun pokok kelapa (Sila lihat foto dibawah). Ia digantung pada pokok kelapa yang rendah dan diikat pada batang pokok kelapa yang telah dewasa dan tinggi. Agen biologi ini akan dapat mengawal perosak Brontispa ini denagn bertelur dalam larva kubang dan seterusnya akan membunuhnya. Penggunaan agen biologi ini didapati sangat berkesan mengawal kumbang ini. Bagaimana pun untuk mendapatkan khidmat kepakaran bolehlah anda bertanya kepada pegawai pertanian berhampiran untuk bertanyakan penjelasan dan bagaimana hendak mendapatkan agen kawalan biologi yang dinyatakan diatas. Wasallam!.
NAMA KUMBANG.... BRONTISPA...
SERANG PUCUK...DAUN KELAPA...
SERANGAN TERUK...OLEH LARVA...
AGEN BIOLOGI... MENGAWAL DIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Pertanian Kelapa Lekir,
Manjung, Perak,
Malaysia.
(9 RabiulAwal 1436H)

No comments:
Post a Comment