Sunday, December 28, 2014

KOPI - NESCAFE

NESCAFE merupakan satu jenama berasaskan kopi yang popular di seluruh dunia dengan nilai pasaran berbillion ringgit. Rujukan penulis mendapati nama brand NESCAFÉ adalah gabungan dari sukukata NES dari NESTLÉ dan CAFÉ NESCAFÉ yang diperkenalkan untuk pertama kalinya di negara Switzerland tahun 1938. Sejarah dunia telah pun menunjukkan bahawa tentera Amerika menggunakan brand ambassador NESCAFÉ selama berlakunya Perang Dunia II. Askar-askar US ini mengambil minuman ini sebagai satu budaya dan ia menyebabkan syarikat pengeluar mampu itu menjana tahap keuntungan yang besar. Penggunaan produk ini pada masa perang menjadi sebahagian dari perbekalan utama mereka. Beberapa pembaharuan dalam penghasilan produk ini dengan menggunakan teknologi 'freeze-drying' adalah untuk membuat kopi instant seperti jenama hebat NESCAFÉ GOLD BLEND pertama kali diperkenalkan pada tahun 1965. Produk ini pada masa itu merupakan salah satu minuman yang memiliki sejarah dikaitkan dengan situasi yang kaya dan menarik. Sebagai fakta umum sebenarnya bahan kopi adalah minuman yang paling banyak diambil oleh manusia di planet bumi setelah minuman air. Selain itu produk kopi juga merupakan komoditi diperdagangkan yang paling aktif diperjualbelikan setelah produk minyak. Lebih dari 1.4 juta gelas kopi diminum setiap hari seluruh dunia dan majoriti adalah diambil semasa hidangan sarapan pagi (Breakfast). Kita di Malaysia juga tidak ketinggalan sebagai pengguna produk NESCAFE yang tegar didunia. Produk kopi jenama ini mempunyai banyak pilihan daripada yang 'Classic' kepada produk-produk lain yang komplikated. Artikel subuh pagi ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai produk berasaskan kopi yang terkenal seluruh dunia iaitu NESCAFE untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda.



Adakah anda gemar meminum kopi hitam tanpa gula? Jika jawapanya 'YA' maka ini bermaknai kopi yang diminum itu bolehlah dikatakan bebas kalori kerana kajian menunjukkan kandungan setiap cawan hanya sebanyak  2-5 kcal iaitu satu nilai yang amat rendah. Varieti atau jenis kopi yang ditanam untuk skala komersial diseluruh dunia adalah jenis Arabika (70% dari jumlah keseluruhan) dan Jenis Robusta (28%) sementara hanya sekitar 2% adalah dari jenis Liberica. Malaysia hanya mempunyai seluas 3,754 hektar tanaman kopi dan menuai sekitar 3,474 hektar dengan hasil sebanyak 14,400 hektar pada tahun 2013. Beberapa negara pengeluar utama kopi dunia seperti Brazil, Vietnam, Colombia, Indonesia dan India telah menguasai pasaran kopi mentah/panggang (rosted bean). Laporan menunjukkan tanaman kopi dapat hidup hingga 60-70 tahun dan perlukan empat tahun dari benih hingga berbuah setelah ia jadi kopi dewasa. Jenis produk NESCAFE di Malaysia kebanyakannya menggunakan bahan asas kopi jenis Robusta. Produk syarikat NESTLE iaitu NESCAFE ini boleh dikatakan diminum oleh semua golongan masyarakat dan pelbagai lapisan umur dan kaum di Malaysia. Walau pun harga runcit produk jenama NESCAFE ini dikategorikan sebagai 'agak tinggi' berbanding dengan produk kopi campuran tempatan lain tetapi produk ini telah dijamin mempunyai kualiti yang amat tinggi. 


Sejarah produk asas NESTLÉ beasal dari sebuah bandar bernama Vevey iaitu satu bandar kecil di Switzerland ketika seorang saintis bernama Henri Nestlé mencari beberapa alternatif menyusukan anak dengan cara yang sihat. Bagaimana pun terdapat satu keadaan dimana ramai ibu-ibu yang tidak dapat menyusukan bayi mereka. Seterusnya pada tahun 1866 (178 tahun dahulu) penyelesaian isu ini telah sesuai digunakan. Penemuan saintis ini menjumpai bahan iaitu Farine Lactee Henri Nestlé sebagai produk baru. Produk ini dengan segera menjadi popular digunakan oleh sebahagian besar negara di seluruh Eropah. Penemuan produk ini merupakan satu kejayaan awal dan kemudian menjadi makanan tersohor di dunia. Perusahaan NESTLÉ kemudian memperluas skop produk dan perniagaannya kepada jenis produk coklat dan banyak produk makanan lainnya. Namun sejarah baru menunjukkan iaitu pada tahun 1930 mereka mengembangkan produk baru berasaskan kepada prroduk kopi. Kajian menunjukkan pada tahun 1930 Institut Kopi Brazil mendatangi satu persetujuan dengan syarikat NESTLÉ. Tujuan pengeluaran produk KOPI NESCAFE ini adalah untuk pengembangan produk kopi baru. Cara ini adalah untuk membantu negara pengeluar kopi dunia seperti Brazil untuk mengurangkan jumlah kopi mereka yang berlebihan. Setelah melalui 8 tahun aktiviti penyelidikan yang rumit maka akhirnya terciptalah serbuk kopi larut yang kemudian berjaya untuk merevolusikan kebiasaan minum kopi di seluruh dunia. Pada bulan April tahun 1938, NESCAFÉ dilancarkan dimana nama ini berasal dari kombinasi antara NESTLÉ dan café. NESCAFÉ pun meraih kejayaan pasaran dan penerimaan dengan cepat. Inovasi yang terus-menerus dilakukan telah memperluaskan jangkauan produk NESCAFÉ berasaskan kepada kualiti yang tinggi yang dilakukan secara konsisten juga menjadikan NESCAFÉ sebagai kopi 'favorite' bagi berbagai generasi di seluruh dunia sehingga sekarang.



Proses kopi serbuk segera (instant coffee) telah dipatenkan semenjak 1909 di Amerika Syarikat sebagai satu perlindungan kepada produk berkualiti ini. Terdapat beberapa faktur mengapa NESCAFÉ begitu penting dalam dunia kopi?. Antara faktanya adalah kerana produk kopi instant telah menjadi produk yang layak diambil sejak pelancaran produk NESCAFÉ pada tahun 1938. Penyelidikkan kualiti dan mutu produk terus dilakukan seiring dengan pertumbuhan populariti jenama dan produk syarikat NESTLE. Perkembangan teknologi juga telah dapat membantu mempertahankan rasa dan aroma kopi. Inovasi dari segi kemasan (finishing) juga dilakukan pada tahun 1960-an dan 70-an dengan mengganti bahagian kemasan pembungkusan dari cawan kepada bungkusan guna botol. Rekod menunjukkan iaitu pada tahun 1965, NESCAFÉ merintis premium freeze dried coffee di Eropah dengan nama NESCAFÉ GOLD BLEND. Produk ini kemudian disusuli dengan pproduk NESCAFÉ non-kafein satu tahun kemudian. Pada masa ini produk asas kopi NESCAFÉ tersedia untuk memenuhi berbagai selera serta diproses dalam berbagai prodduk dan pembungkusan yang menarik. Perbezaan cita rasa kopi NESCAFE berbeza-beza sedikit antara negara bergantung kepada bahan asas iaitu varieti kopi digunakan. DI Malaysia dan Negara Asia Tenggara lain kopi jenis robusta paling banyak digunakan. Biji Kopi Robusta yang diimpot dari Vietnam dan Indonesia telah diproses oleh NESTLE (M) Sdn Bhd untuk dijadikan pelbagai produk kopi dibawah NESCAFE.

Kopi NESCAFÉ telah merupakan antara produk berasaskan kopi segera tersohor diseluruh pelosok dunia untuk memenuhi berbagai keperluan rasa di berbagai jens dan nama. Banyak jenis produk NESCAFE yang dipasarkan dengan keseragaman nama dan kualiti. Berikut beberapa jenis produk yang dijual dari Nestle yang sesuai kita rujuk untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Produk jenama NESCAFÉ CLASSIC (Sila lihat foto disebelah) adalah produk kopi yang menjadi produk asas utama NESCAFE dengan beberapa ciri khas kopi segera dan merupakan kopi paling popular (favorite) dengan jualan tertinggi diseluruh dunia. Ia dibungkus dengan pelbagai bentuk dan saiz dan dijual diseluruh dunia dengan jutaan manusia meminumnya setiap hari. Produk kedua iaitu jenama NESCAFÉ 3 in1 merupakan campuran atau pun dari kombinasi sempurna dari bahan kopi, susu krim dan gula. Malaysia merupakan antara negara pengeluar kopi 3-in-0ne yang hebat untuk pasaran domestik dan ekspot termasuk produk ini dengan nilai ekspot RM1.125 bilion setahun. Produk jenama NESCAFÉ GOLD Range menjadi pilihan premium yang special dan juga ia merupakan kopi lembut untuk di ambil hampir setiap hari. Seterusnya adalah produk jenama NESCAFÉ Espresso iaitu produk Kopi Hitam, pekat dan intens kualitinya. Terdapat beberapa mesin membuat cancuhan kopi yang pastinya menyediakan kopi ini selain daripada Capucino dan lain-lain lagi. Lain-lain jenis produk dibawah NESCAFÉ Super Premium Range adalah seperti produk NESCAFÉ ALTA RICA iaitu dihasilkan dari racikan khusus kopi Arabika dari Amerika Latin, NESCAFÉ CAP COLOMBIE yang dibuat secara ekslusif dari biji kopi Arabica Kolombia dan NESCAFÉ DECAF yang memberikan rasa dan aroma yang kaya tapi tetap rendah kafein. Produk lain dalam kategori ini adalah NESCAFÉ Specialties Range iaitu produk kopi dengan buih yang nikmat dan rasa yang creamy! serta produk NESCAFÉ GREEN BLEND iait u produk dari racikan unik antara biji kopi yang sudah dipanggang dan biji kopi hijau yang kaya akan polifenol. Akhir sekali produk dari NESCAFE adalah jenama NESCAFÉ Dolce Gusto iaitu sistem kombinasi minuman yang disepadukan dengan mesin kopi bertekanan tinggi menghasilkan kopi berkualiti tinggi. Semuga artikel pagi ini saya dapat memberikan bahan rujukkan berguna kepada anda semua. Wasallam!.



PRODUK NESCAFE...SELURUH DUNIA...
RAMAI MINUM... SEHARI ADA 1.5 JUTA...
ASAL SWITZERLAND... ADA JENAMA...
KOPI INSTANT... ENAK AROMANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pasaraya Econsave Kajang,
Kajang, Selangor,
Malaysia.
(29 Safar 1436H)

No comments: