Wednesday, November 5, 2014

SAWIT - JENIS BENIH ROSAK

KELAPA SAWIT (Elaeis guineensis) merupakan tanaman yang penting di Malaysia semenjak dulu yang diusahakan oleh sektor perladangan dan pekebun kecil. Penyediaan anakbenih kelapa sawit merupakan satu industri yang besar dengan keperluan berjuta benih dalam setahun untuk proses penanaman baru dan penanaman semula kelapa sawit. Ia bermula dengan mendapatkan bijibenih tulis (Hibrid DXP) yang dikeluarkan oleh pihak bertauliah sahaja. Biji benih ini akan disemai menggunakan sistem pengurusan yang baik untuk mendapatkan anakbenih kelapa sawit berkualiti. Semua pengeluar biji benih dan pengusaha nurseri benih kelapa sawit perlu mendapatkan lesen daripada MPOB sebagai satu kawalan jaminan mutu kualiti anak benih sawit. Ini kerana jika tersalah pilih anakbenih sawit yang tidak elok atau rosak kesannya adalah sehingga 25 tahun mendatang. Pemilihan benih yang baik dan normal memerlukan sistem bekalan anakbenih sawit yang ada jaminan. Semua pihak pengusaha nurseri benih sawit juga perlu bertanggungjawab atas kualiti benih dengan menggunakan biji benih berkualiti dan kepakaran untuk membuang (culling) anak benih sawit yang tidak dikehendakki. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis benih kelapa sawit yang tidak sesuai untuk ditanam diladang berdasarkan kepada info dari MPOB dan tinjauan penulis dibeberapa buah nurseri sebagai rujukkan.

JENIS ANAK BENIH SAWIT YANG PERLU DIHINDARKAN SEMASA MENANAM



Anakbenih Bantut merupakan jenis benih yang rosak dan tidak sesuai dijadikan bahan tanaman. Ia lazimnya akan kelihatan kecil berbanding dengan anakbenih yang lain dalam nurseri. Terdapat juga anakbenih sawit yang mempunyai Pelepah tanpa pecahan daun (Sila lihat foto diatas) dimana ia tidak sesuai ditanam diladang.


 Benih jenis ini merupakan benih yang mempunyai Pelepah muda yang pendek (Flat Top). Ia diketagorikan sebagai benih rosak yang tidak sesuai ditanam diladang. Selain itu jenis benih yang mempunyai Pelepah menegak juga tidak sesuai ditanam diladang (Sila lihat foto diatas).



Jenis anakbenih yang mempunyai susunan Lai Daun Jarang (wide laternode) juga dikategorikan sebagai benih rosak yang tidak sesuai digunakan sebagai benih untuk ditanam. Benih yang mempunyai bentuk Lai daun lurus (Narrow plenae) juga tidak disyorkan untuk ditanam (Sila lihat foto diatas dengan teliti).


Benih yang dikatakan sebagai 'Chimaera' merupakan jenis benih sawit yang rosak dan tidak sesuai ditanam diladang. Sila lihat foto diatas untuk meeliti jenis benih kelapa sawit yang dikatakan sebagai Chimera. Bagi anakbenih kelapa sawit yang mempunyai Lai daun pendek (Short laternode) dapat dilihat semasa pemeriksaan ditapak semaiak. Benih seperti ini perlu di buang.
Pemilihan benih kelapa sawit memerlukan perhatian serius dan dapatkan anakbenih tulis yang disahkan. Berhati-hatilah ketika memilih anak benih sawit yang hendak ditanam di kebun atau di ladang kerana salah memilih anak benih akan memberikan kesan yang buruk kepada pengeluaran hasil nanti. Pilih anak benih yang normal untuk penanaman bagi memastikan pengeluaran hasil dapat dioptimumkan. Sekian.


BENIH SAWIT... PILIH TELITI...
BENIH ROSAK...KENA PASTI..
PEMBEKAL BENIH... BERKUALITI...
BERHASIL... LAMA MENANTI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room ST241, Lead View Hotel,
Jalan Lumut, Lumut,
Perak, Malaysia.
(1 Muharam 1436H) 

No comments: