KELULUT (Heterotrigona spp) merupakan serangga yang boleh diternak untuk mendapatkan madu dan produk-produk lain. Di Malaysia terdapat sekitar 7 spesis kelulut yang sesuai diternak walau pun dua spesis amat popular iaitu terdiri daripada Trogona thoracica dan Trigona itama. Kedua-dua spesis ini memang ujud hidup semulajadi dikawasan kita di Malaysia dengan mendiami batang-batang kayu sebagai rumahnya. Batang kayu berlubang daripada pokok rambutan, pokok durian, pokok leban dan sebagainya sering menjadi kegemaran koloni kelulut. Kini telah ramai mula berminat dengan aktiviti untuk menternak lebah kelulut yang tidak menyengat (Stingless bee) dengan teknik menggunakan batang kayu dan juga kotak topping. Kini Jabatan Pertanian, MARDI dan beberapa pihak swasta ada menganjurkan kursus teknikal mengenai penternakan lebah kelulut untuk mengembangkan lagi industri ternakan ini di Malaysia. Daripada rekod direktori perlebahan kebangsaan Jabatan Pertanian melaporkan seramai 730 orang individu dan syarikat terlibat dengan penternakan lebah madu tahun 2013. Sebahagian dari mereka adalah merupakan penternak lebah kelulut. Pengurusan ternakan kelulut sama seperti perlukan perhatian terutama ketika musin hujan dimana serangga tersebut tidak dapat keluar cari makan dan sumber nektar serta pollen juga kurang. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai cara untuk menguruskan ternakan kelulut ketika musim hujan bagi dijadikan bahan rujukan anda. Maklumat ini hasil daripada pengalaman penulis dan kursus teknologi ternakan kelulut.
Kajian penulis dari beberapa usahawan penternak kelulut di Semenanjung Malaysia mendapati, lazimnya pada bulan April hingga September adalah bulan-bulan dimana kelulut produktif menghasilkan madu. Bagaimana pun sebaliknya pada bulan Oktober hingga Mac adalah bulan-bulan kelulut kurang menghasilkan madu kerana ia berkait dengan keadaan cuaca yang banyak hujan. Perkara ini telah dikaji adalah disebabkan keadaan keadaan cuaca yang lembab dan kelulut tidak dapat keluar jauh untuk mencari makanan nektar dan debunga. Pemerhatian penulis juga mendapati bahawa pada bulan tersebut kebanyakkan pokok yang berbunga sudah mengakhiri musim bunga. Mengikut kalendar buah-buahan yang dikeluarkan oleh Bahagian Hortikultur, Jabatan Pertanian Putrajaya menyatakan pada masa ini kebanyakkan tanaman adalah pada peringkat untuk pengeluaran buah. Penternak kelulut perlu mengetahui akan perkara asas ini dengan mempelajari dan melakukan apa jua persiapan awal. Penulis telah membuat beberapa tinjauan teknologi terhadap beberapa usahawan penternak kelulut di beberapa negeri seperti di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang dan Melaka untuk mengetahuinya. Penulis juga bertanya dengan beberapa pakar kelulut yang mengajar ilmu penternakan kelulut.
Beberapa perkara asas untuk persiapan pengurusan kelulut dimusim hujan adalah seperti mempastikan jumlah koloni dalam sarang, membekalkan makanan tambahan, menanam tumbuhan yang menghasilkan bunga sepanjang tahun, mengawal daripada serangan perosak dan juga tidak melakukan tuaian madu. Pertama sekali adalah bertapa pentingnya menanam jenis pokok Bunga Sepanjang Tahun dikawasan sekeliling koloni kelulut. Banyak jenis pokok yang mudah berbunga dan jenis bunga mudah alih yang disukai oleh kelulut. Pokok-pokok bunga ini boleh di tanam di dalam pasu, dalam polibeg atau dalam bekas plastik yang sesuai dan disusun dikawasan sesuai untuk dikunjungi oleh kelulut (Sila lihat foto disebelah). Sebaiknya pasu-pasu dan bekas bunga ini boleh di pindahkan ke kawasan sesuai atau pun kelokasi penternakan lain yang berjauhan apabila sampai masanya. Lazimnya penulis dapati pada masa hujan kelulut tidak dapat keluar jauh untuk mencari sumber makanan. Ini menyebabkan mereka tidak dapat makanan mencukupi untuk keseluruhan koloni. Antara tanaman disyorkkan ialah pokok tanaman jangka pendek seperti pokok bunga biden, zinia, bunga kembang pagi, selasih dan ulam raja. Penternak juga harus bersedia dengan tanaman lain yang berbunga sepanjang tahun seperti air mata pengantin dan belimbing. Jenis pokok kekal hendaklah ditanam secara strategik dalam memastikan kelulut tidak bergerak jauh untuk mendapatkan bunganya. Penternak masih lagi sempat menanam dengan pokok-pokok ini kerana ianya memerlukan antara 6-8 minggu sahaja untuk berbunga.
Pengurusan mengenai Kepadatan Koloni Kelulut juga amat penting. Penternak perlu mengurangkan kepadatan koloni dengan mengurangkan jumlah koloni bagi setiap unit keluasan kawasan pengeluaran. Cara Ini seterusnya akan memberi peluang kepada kelulut mendapatkan makanan dari sumber makanan yang ada dikawasan tersebut. Pada masa pokok tanaman utama tidak berbunga selalunya penulis lihat yang ada jenis tumbuhan rumpai dan pokok renek lain masih berbunga. Ia merupakan sumber makanan kepada kelulut yang berkurangan dimusim hujan. Apa yang perlu dilakukan juga seperti usaha untuk mnemindahkan beberapa koloni yang anda kekawasan hutan atau belukar berdekatan dimana ada sumber makanan yang banyak. Bagaimana pun perlu berhati-hati untuk memindahkan koloni kerana faktur keselamatan dan serangan perosak. Adalah digalakkan jika kawasan untuk pemindahan ini pasti boleh diperiksa selalu dan ada akses untuk dibuat pemeriksaan. Artikel ini bersambung pada Part 2. Wasallam!.
TERNAK KELULUT...ADA CARA...
AMAT MUDAH ... MUSIM BIASA...
MUSIM HUJAN...PERLU DIJAGA...
BACA ARTIKEL... BARU TAHUNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Apiaru Sekayu,
Kuala Berang,
Terengganu, Malaysia.
(8 Muharam 1436H)

No comments:
Post a Comment