Sunday, October 19, 2014

CASHFLOW LEBAH MELLIFERA (Part 5)

CASHFLOW LEBAH IMPOT (Apis mellifera) merupakan satu ringkasan aliran wang tunai dalam perlebahan untuk kita membuat persediaan dalam usaha memulakan projek ternakan lebah madu. Terdapat 3 jenis lebah madu yang menghasilkan madu dan produk lain berasaskan lebah di negara kita iaitu Lebah Impot (Apis mellifera), Lebah Keran atau Lebah Tempatan (Apis cerana) dan Lebah Tualang (Apis dorsata). Lebah Tualang merupakan jenis lebah liar yang lazimnya membuat sarang pada pokok tualang dikawasan hutan didahan yang tinggi. Lebah liar ini memang tidak boleh diternak kerana sifar semulajadinya memang begitu. Bagaimana pun lebag impot dan lebah keran boleh diternak secara moden menggunakan haif atau kotak lebah dan boleh mempunyai sistem pengurusan yang sistematik. Selain itu kini telah popular penternakan Stingless Bee atau Kelulut (Trigona spp) dikalangan usahawan tempatan. Bagi mereka yang ingin menceburi aktiviti penternakan lebah madu sebaiknya menghadiri kursus asas teknikal dan pengurusan yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian atau lain-lain agensi kerajaan atau anjuran swasta. Cara ini akan membolehkan seseorang itu mendapat pengetahuan asas bagaimana teknologi penternakan lebah madu. Kursus-kursus lanjutan boleh menambah kemahiran usahawan lebah dalam beberapa teknik khusus seperti penyediaan ratu lebah, royal jelly, pemprosesann produk dqan sebagainya. Penulis fikirkan antara komponen penting dalam kursus perlebahan dan persediaan memulakan penternakan lebah madu adalah mengenai cashflow. Artikel petang Sabtu ini selepas balik dari memberi ceramah kursus lebah di Kuantan saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai cashflow ternakan lebah untuk dijadikan bahan rujukan.
Jadual diatas penulis menyatakan mengenai beberapa analisa kewangan cashflow perlebahan dikawasan hutan akasia dengan lebah impot. Analisa ini dikira berdasarkan kepada tinjauan terhadap beberapa usahawan sedia ada melalui BICAS (Jawatankuasa Penyediaan Cashflow Penternakan Lebah Madu Kebangsaan) yang terdiri dari pakar perlebahan, usahawan, pegawai pengembangan, pensyarah universiti, penyelidik dan pengedar madu. Angaran aliran wang masuk atau pendapatan kasar cashflow ini adalah sebanyak RM516,000 untuk 5 tahun. Penghasilan mula berlaku pada tahun ke 3 koloni dimasukkan kedalam lokasi penternakan dan meningkat secara berperingkat bergantung kepada ketersediaan nektar, kekuatan koloni, pengurusan dan sebagainya. Anggaran penghasilan madu dikawasan akasia sekitar 6 kg satu haif setahun. 


Jumlah kos pengeluaran cashflow lebah madu ini sebanyak RM 292,920 untuk jangkamasa 5 tahun dengan tahun pertama memerlukan kos sebanyak RM121,067. Jika pinjaman sebanyak 70% maka sebanyak RM 90,000 boleh diberikan dibawah skim Agropreneur Muda Lebah dan bakinya 30% adalah grant daripada MOA. Kos paling banyak adalah untuk permulaan menternak lebah iaitu pembelian koloni lebah iaitu hampir setengah daripada modal projek. Bekalan koloni yang terjamin kualitinya akan membantu dalam proses utama pengeluaran madu lebah dan produk-produk lain. Jumlah pendapatan bersih adalah sebanyak RM 242,504.40 untuk selama 5 tahun dengan anggaran purata pendapatan bersih ebulan sekitar RM 5,660.00 (menepati sasaran pprogram UAM). Bagaimana pun ini jika semua perlaksanaan dan jadual kelulusan pinjaman dapat dilakukan mengikut pelan perniagaan dan cashflow yang betul. Penulis dapati cashflow ini menunjukkan pinjaman dan bayaran balik modal pinjaman boleh diselesaikan dalam tahun pertama aktiviti perlebahan.


Mengenai analisa BC Ratio, Kadar BC yang telah dikira adalah 1.77 bermakna ia adalah POSITIF dan projek adalah berdayamaju. Ini bermakna setiap RM1.00 yang dilaburkan dalam cashflow ini memberikan pulangan sebanyak RM1.77 dimana ia adalah projek yang akan menguntungkan. Kadar B/C Ratio merupakan teknik yang paling mudah untuk menilai sesuatu viabiliti projek. Ia merupakan formula yang di bahagikan antara jumlah pendapatan kasar berdiskaun dibahagikan dengan jumlah kos pengeluaran berdiskaun. Dalam kes ini jika pendapatan cashflow lebih tinggi akan memberikan kadar pulangan lebih baik dibandingkan dengan kos pengeluaran yang rendah. Analisa sensitiviti didalam cashflow juga perlu dilakukan untuk mempastikan cashflow lebahmadu dikawasan hutan acacia menjadi satu garispanduan yang sesuai. Wasallam!.
CASHFLOW LEBAH... BAGAIMANA...
ALIRAN WANG MASUK...BANYAKNYA...
HASIL MADU... PRODUK LAIN JUGA...
JADI PANDUAN... UNTUK SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kursus Latihan Lebah Madu Siri 4,
Pusat Pertanian Air Hitam,
Air Hitam, Kluang,
Johor, Malaysia.
20 Zukhijjah 1435H
(18 Oktober 2014)

No comments: