Tuesday, August 6, 2013

ITIK TELUR (Part 2)

ITIK (Ducks) merupakan sejenis haiwan daripada keluarga Anatidae yang dijadikan ternakan daripada jenis burung (Avian) yang mempunyai dua kaki dan suka pada habitat air sama ada air tawar atau air masin. Itek adalah haiwan bersaiz kecil daripada kumpulan angsa. Itek ini diternak bertujuan untuk mendapatkan hasil daging dan juga telurnya. Ia sesuai dipelihara didalam satu kawasan kandang yang lazimnya mempunyai air sebagai keperluan semulajadinya. Itek amat suka berenang dan berjalan didalam kawasan peliharaan dan sering mengeluarkan bau yang bising dan kuat apabia berkumpulan. Itik mempunyai paruh yang digunakan untuk menyudu yang bentuknya rata dan lebar. Antara makanan itek yang biasa adalah seperti rumput, tumbuhan akuatik, amfibia, serangga kecil, ikan, cacing, moluska dan yang terkini adalah makanan formulasi khas dihasilkan dikilang. Penternakan itek di Malaysia banyak dibeberapa negeri di Malaysia dimana ada banyak sumber air (Sawah padi) dan ramai populasi kaum Cina sepertii di Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis. Laporan JPV menyatakan terdapat sebanyak 7.92 juta ekor itek diternak di Malaysia pada tahun 2012. Itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan menternak ayam. Artikel malam ini saya meulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi ternakan itik yang mungkin boleh dijadikan bahan bacaan hasil daripada pemerhatian, pengalaman melawat keladang itik dan rujukkan beberapa sumber.


Makanan yang diberi kepada itik telur mesti bersukat atau ditimbang terlebih dahulu. Makanan yang tidak mencukupi akan membantutkan pembesaran itik telur. Itik yang kurang makanan lambat besar dan tidak bertelur pada masa yang dijangkakan. Jika bertelur pun pengeluarannya adalah rendah. Itik yang terlalu banyak menerima makanan pula akan terlalu cepat membesar. la akan bertelur terlalu awal, tetapi pengeluarannya rendah dan saiz telur adalah kecil. Itik-itik yang bertelur terlalu awal akan cepat berhenti daripada bertelur. Secara am, itik akan mula bertelur apabila telah mencapai berat badan 1.8 - 2.1 kg. Makanan jenis komersil yang sesuai digunakan untuk ternakan itik adalah seperti Duck Starter Crumble 1 hari - 3 minggu.Duck Grower Pellet 4 minggu - 15 minggu Duck Layer Pellet 16 minggu ke atas. Syarikat Cargill diantara pengeluar makanan itik yang unggul di Malaysia yang menjual semua jenis bahan makan komersil mengikut umur ternakan.


Itik perlu diberi makan dengan jumlah yang mencukupi untuk ia membesar dan seterusnya mampu mengeluarkan telur itik. Persoalan yang kita perlu tahu adalah kuantiti dan kekerapan untuk memberi makan itik agar ia mencukupi. Saya juga banyak lihat itik yang lapar akan mengigit bahagian belakang itik lain sehingga berdarah. Warna darah merah ini juga akan menyebabkan itik-itik lain akan mengigit sehingga boleh menyebabkan kecederaan serius dan boleh menyebabkan kematian kepada mangsa. Jika anda menggunakan makanan yang kering seperti makanan komersial, seekor itik telur memerlukan 140 - 160 gm sehari. Jika makanan tersebut telah dibancuh dengan air, ia mestilah sekurang-kurangnya 175 - 200 gm sehari.


Setelah mengetahui makanan itik telur, kita temtu tertanya-tanya bila iiti akan mula bertelur. Beberapa penternak berpengalaman memberitahu bahawa itik yang menerima makanan yang secukupnya melalui sukatan yang ditetapkan akan mula bertelur pada minggu ke 18 atau ke 19. Bagaimana pun mereka menyatakan iaitu jika makanan tidak cukup, ia tidak bertelur walaupun telah berumur 25 minggu. Tetapi jika makanan terlalu berlebihan didapati ia akan bertelur lebih awal walaupun hanya baru berumur 14 - 16. Persoalan berapa lama itik akan bertelur sangat subjektif. Ada penternak yang menyimpan itik mereka sehingga 3 tahun. Waktu bertelur yang paling sesuai adalah dalam lingkungan 2 tahun. Itik yang terlalu tua tidak boleh mengeluarkan telur yang menguntungkan. Saya diberitahu bahawa kita tidak boleh mencuci itik telur walau pun ianya kotor. Ini kerana saya diberitahu yang kulit telur mempunyai rongga yang halus yang akan membolehkan air dan kuman bakteria masuk ke dalam telur. Ini akan menyebabkan mutu telur itik menurun. Untuk mengelakkan kulit telur menjadi terlalu kotor, pastikan lantai reban dan bekas bertelur mestilah bersih dan kering.


Sistem perumahan bagi itik telur perlu direkabentuk agar sesuai dan itik akan selesa. Terdapat dua sistem perumahan yang boleh dijalankan oleh penternak. Sistem pengurusan yang intensif memerlukan sebuah reban di mana itik telur tidak keluar daripada reban tersebut. Bagi pengurusan yang separa intensif, itik telur dikurung di dalam reban pada sebelah malam dan dilepaskan di kawasan lapang di luar reban yang berpagar. Sistem ini adalah lebih sesuai bagi pentemak yang ingin menjalankan projek untuk temakan itik telur. Kawasan yang diperlukan adalah mengikut sistem pengurusan yang diamalkan. Secara am, sistem intensif boleh memuatkan bilangan itik telur yang lebih tinggi bagi setiap meter persegi jika dibandingkan dengan sistem separa intensif. Kadar yang sesuai untuk keluasan itik secara intensif mengikut umur adalah seluas 10 ekor satu meter padu (umur 4-5 minggu), 6 ekor satu meter padu (umur 5-20 minggu) dan 4 - 5 ekor satu meter padu (umur lebih 20 minggu). Bagi sistem ternakan separa intensif keperluan keluasan ruang adalah 8 ekor satu meter padu (4 - 5 minggu), 7 ekor satu meter padu (umur 5 - 20 minggu) dan 2-3 ekor satu meter padu (umur lebih 20 minggu)Bagi Penternak yang mengamalkan sistem separa intensif, reban beratap yang luasnya 7m x 20m dengan kawasan luar yang berukuran 14m x 2O m adalah sesuai untuk bilangan sebanyak 500 - 600 ekor itik. Bekas atau tempat bertelur hendaklah bersih, kering dan mencukupi untuk itik bertelur. Jika sarap dari abok papan atau sekam padi digunakan di dalam bekas bertelur buang sarap yang 4)asah dan gantikan dengan yang kering. Ukuran bekas untuk bertelur ialah 40 x 4(1 x 30cm dan satu bekas sesuai untuk 5 ekor itik. Selain daripada itu, kawasan reban hendaklah dibersihkan selalu daripada sampah sarap dan najis itik agar ia sentiasa bersih dan kering. 
Bersambung Itek Telur - Part 3 (Sila klik disini).


"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
1 SYAWAL 14324 HIJRAH ESOK"

TELUR ITIK .... YANG KUNING ISINYA...
ISI MERAH ...KULIT UDANG MAKANNYA...
SEBIJI TELUR ... 6 -12 SEN KOSNYA...
TELUR ASIN ... AMBOI SEDAPNYA...

By,
M Anem
Senior Agrologist,
Taman Cendana,
Jalan Istana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(30 Ramadan 1434 Hijrah)

No comments: