Semut Hitam (Dolichoderus thoracacus) merupakan sejenis semut yang terdapat di kawasan kebun di Malaysia kini didapati berfaedah untuk mengawal masaalah serangan Ulat Penporek Buah Koko (UPBK). Semut Hitam diketegorikan sebagai serangga berfaedah dan di panggil kawalan secara biologi di mana membantu penanam koko menambahkan hasil buah koko apabila serangan UPBK tidak berlaku. Tanaman koko di Malaysia berkurangan semenjak kes serangan UPBK pada tahun 1980'an dimana industri tanaman koko hampir musnah. Kawalan secara kimia dan penguatkuasaan akta kuarantin didapati tidak dapat menghalang serangan UPBK di mana mula di jumpai di Jasin Lalang Estate, Merlimau, Melaka dan terus merebak keseluroh negara.
Kini Teknologi Penggunaan Semut Hitam membantu mengawal serangan Ulat UPBK. bagaimana semut hitam membantu petani dan penanam koko?...... Seperti kita lihat semut hitam merupakan sejenis semut yang sangat pantas bergerak untuk menyerang. Semut ini juga mampu menyerang dengan mengigit dan menyengat musuh. Semut ini di kebun koko akan mengawal serangga dewasa untuk bertelur pada buah koko dengan mengigit dan menghalau kehadirannya. Kajian juga mendapati semut ini juga mengeluarkan sejenis bahan kimia yang berasaskan phenol sebagai pertahanan yang menghindarkan musuh (UPBK).
Keujudan semut hitam di kawasan kebun koko dapat mengurangkan populasi ulat UPBK dan ianya juga bukan parasit atau pemangsa. Ia mampu mengawal serangga perosak keparas yang tidak merugikan petani. Semasa penulis di LKM Temerloh Pahang saya di tunjukkan oleh Encik Nik Aziz (Pengarah LKM) bagaimana untuk menyediakan Sarang semut hitam. Daun-daun koko yang telah kering di susun dan diikat seperti membuat sarang kerengga dan diletakkan di dahan-dahan pokok koko. Semut hitam akan datang dan menggunakan sarang tersebut untuk tinggal dan berkoloni. Buat seberapa banyak sarang pada setiap pokok (jika mampu). Kadang-kadang penggunaan kertas suratkhabar lama juga berkesan. Semut ini memang sedia ada dalam ekosistem kita dan kita cuma bantu dari segi mengujudkan rumah dan makanan.
Kehadiran Koya-koya (serangga warna putih pada kulit koko) akan menarik semut hitam dengan pengeluaran bahan manisan sebagai bahan buangan. Semut hitam akan mengerumuni koya pada buah koko dan memakan manisan sehingga koya tiada lagi. Keadaan pokok koko yang berada di tepi belukar menjadi satu kelebihan kerana belukar adala habitat semulajadi semut hitam. Jika terdapat semut hitam di kebun koko atau duduk pada sarang2 yang kita buatkan makan petani perlu teliti membuar semburan racun (terutamanya raun serangga). Kurangkan semburan racun serangga untuk kawalan perosak koko yang lain (seperti Helopeltis spp) kerana semburan mungkin membunuh semut hitam. Jika buah koko anda di kerumuni semut hitam... biarkan sahaja... ianya merppakan kawalan semulajadi!
SEMUT OH SEMUT... ADA SEMUT HITAM...
GIGIT, MENYENGAT MEMANG DIA HENTAM...
ULAT UPBK KOKO JADI HABUAN...
MAIR KITA BUATKAN SARANG...
By
M Anem
Putrajaya

Malaysia
No comments:
Post a Comment