Tuesday, March 23, 2010

Pemeriksaan Kebun

Penggunaan trektor di ladang sayur komersial di Kg Bt 20, Sengkang, Muar, Johor.

Pemeriksaan kebun dijalankan untuk petani yang memohon persijilan SALM dan SOM serta mereka yang memohon pelepasan insentif cukai sektor pertanian. Pemeriksan dijalankan oleh Pegawai Pertanian untuk memeriksa beberapa aspek berkaitan dengan status tanah, amalan pertanian, penggunaan input pertanian, rekod ladang, kualiti sumber air, setor ladang, keselamatan pekerja ladang, kualiti produk, persampelan hasil dan sebagainya. Peringkat pertama pemeriksaan kebun berkaitan dengan ststus hakmilik tanah sama ada mempunyai milik sah atau tanah bukan milik. Tanah ceroboh atau tidak bermilik tidak akan diproses.

Kualiti air yang digunakan untuk ladang akan diperiksa sama ada air tersebut bersih dan sesuai untuk digunakan bagi tujuan perkebunan. Air yang mempunyai kandungan logam berat (Hg, Cd, dll) tidk sesuai untuk tanaman sayuran. Penggunaan baja organik juga diperiksa sama ada campuran najis binatang seperti najis Khinzir ada digunakan dalam kebun. Baja kimia yang digunakan juga mesti mempunyai maklumat mengenai kandungan baja dan di keluarkan oleh pembekal yang berdaftar.
Pasukan pemeriksa kebun juga memeriksa setor tempat simpanan input pertanian seperti racun, baja dan alatan ladang. Setor yang sesuai untuk ladang mesti mempunyai saiz yang sesuai serta dipisahkan antara bahan kimia dan bahan lain serta mempunyai sistem pengudaraan yang sesuai. Kaedah pelupusan bekas racun diperiksa agar petani dapat mengikuti kaedah yang disyorkan. Kegagalan petani untuk menyediakan sistem penyimpanan input ladang yang sesuai tidak akan disyor untuk persijilan.

Pemeriksaan rekod ladang merupakan satu perkara penting dalam pemeriksaan kebun. Petani mesti berupaya menunjukkan Buku Rekod Ladang yang dikemaskini. Buku ini pada asasnya mesti mempunyai maklumat mengenai penggunaan bahan input (Benih, Racun, Baja, Lain2) serta maklumat pembelian dan jualan hasil. Bagi pekebun sayur komersial seperti En Tan dan En Jhoo di Sengkang mereka menggunakan sistem komputer tersendiri untuk menyediakan rekod ladang. Kedua-dua mereka menerima persijilan SALM dan seorang lagi memerima Pelepasan Insentif Cukai Pertanian. Mereka menerima persijilan akan terus dipantau setiap 3 bulan dan enam bulan untuk mempastikan peraturan di patuhi.
Pemeriksaan kebun memerlukan kerjasama antara pegawai pemeriksa dan petani. Terdapat kadang-kadang petani sukar dihubungi untuk kerja-kerja pemeriksaan kebun. Kebanyakkan petani komersil mempunyai kemudahan telipon bimbit sebelum diperiksa kebun. Jika semua syarat dipenuhi maka sijil SALM atau SOM atau Insentif Perlepasan Cukai Pertanian akan disambung dan sebaliknya. Petani yang menerima Insentif Cukai Pertanian kini mesti memohon atau mempunyai persijilan SALM atau SOM. Aktiviti pemeriksaan kebun merupakan satu tugasan bagi pegawai pemeriksa Jabatan Pertanian. Semuga aktiviti pemeriksaan kebun akan manjadikan petani di Malaysia akan mengeluarkan produk sayuran dan buah-buahan yang berkualiti serta Selamat di makan untuk rakyat Malaysia!

PERIKSA KEBUN...KENA RANCANG...
PERIKSA KEBUN...SATU AKTIVITI PENGEMBANGAN....
PERIKSA KEBUN... PEREKSA SEMUA...
by
M Anem
DOA

No comments: