Penuaian hasil padi menggunakan Jentuai. Kecekapan mesin jentuai menentukan kehilangan hasil daripada sawah tidak terjejas.
Padi (Oryza sativa) merupakan tanaman bijirin (grains) yang utama di Malaysia terutama di beberapa negeri Jelapang Padi (Kedah, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Perlis). Variety padi telah berubah semanjak dulu daripada jenis-jenis lama (seperti Padi Ria, Malinja) kepada variety baru (Seperti MR 210, MR 220, MR 84, MR 27) dan padi wangi (MRQ series). Hasil padi di Malaysia di perolehi dan di laksanakan pengutipan data oleh Jabatan Pertanian melalui Penyiasatan Hasil Padi (Crop Cutting Survey = CCS). Kerja-kerja ini di jalankan oleh semua pejabat pertanian daerah yang ada kawasan padi dan kakitangan Projek IADA diseluroh negara. Semua maklumat aakan dipantau oleh satu Jawatankuasa Khas yang mana maklumat pengeluaran hasil padi adalah di terima untuk satu negara malahan mengikut format standard dunia dan FAO. Artikel kali ini saya menulkis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknik mengira hasl padi untuk rujukan anda.
Komponen hasil padi boleh di kira melalui Formula berikut:
HASIL PADI =
Kepadatan Tangkai X Bilangan Biji setangkai X
Peratus Biji Bernas X Berat Sebiji Padi
Hasil padi bukan semasa jentuai mengeluarkan hasil kedalam lori atau petani menimbang di Gudang BERNAS tetapi kita boleh kira dari peringkat awal lagi. Kita gunakan persampelan yang dipanggil sebagai "QUADRAT" untuk mengira hasil. Quadrat berukuran 1 meter x 1 meter di letakkan kedalam sawah (pilihan rawak) untuk kita tuai hasil dalam 1 meter persegi. BAgi menentukan hasil (Unit = gram/meter persegi) kita perlu dapatkan maklumat Bilangan Tangkai (Tangkai/meter persegi), Bilangan biji (Biji/tangkai) dan Berat Biji (1,000 biji = gram). Berikut adalah Formula Kajian Komponen Hasil yang dihasilkan oleh Jabatan Pertanian memalui kajian yang trlah di jalankan di Selangor pada 2006:-
Setelah kita mengetahui anggaran hasil padi , kita boleh kira dalam membandingkan anggaran hasil dengan Potensi yang patut dicapai. Jika hasil mencapai sasaran maka amalan pertanian dan teknologi dilaksanakan memadai atau boleh di perbaiki lagi. Jika hasil jauh lebih rendah maka kajian perlu dibuat oleh petani dengan bantuan Pegawai Pengembangan yang mahir mengenai hasil padi. Kajian Jabatan Pertanian mendapati antara faktor menentukan hasil padi adalah Paras Air dalam sawah pada waktu kritikal dan juga Masa Pembajaan Yang Tepat. Jika perkara ini diteliti maka petani akan tahu alasannya. Kini purata pengeluaran padi di Malaysia sekitar 4.2 - 4.5 mt sehektar dan dilaporkan terdapat petani di kawasan Sawah Sekinchan, Selangor mencapai 8 - 10 mt sehektar. Ini berdasarkan laporan daripada penjualan padi kekilang BERNAS dan rekos CCS yang dijalankan. Penggunaan input yang banyak dan pengurusan amalan agronomi dikawasan tersebut membolehkan kawasan Sekinchan mendapat purata hasil padi yang tinggi berbanding dengan kawasan lain di Malaysia.
Pada 15 HLT (Hari lepas tabur sebaiknya anak padi mempunyai 3 helai daun dan perlu dibaja dengan kadar 250 gm/ha (15:15:15). Hari 0 - 40 pertama adalah penting untuk pembentukkan kepadatan tangkaan sementara Hari 41 -65 penting untuk pembentukkan bilangan biji setangkai. Hari 65 - 79 penting untuk pembentukkan bilangan biji setiap tangkai manakala Hari 80 - 115 sangat kritikal untuk menentukan kadar berat setiap biji padi.
Jika bil biji setangkai lebih 100 (Hasil tinggi), 80 -99 (Hasil sederhana) dan jika kurang 79 (Hasil rendah). Kedalaman air pula jika 2-4 inci sebabkan tangkai panjang banyakkan bentuk padi tetapi jika air kering makan tangkai jadi pendek dan biji padi kurang. Jika 85% biji padi bernas (Hasil baik), jika 75-84% (Sederhana) dan jika kurang 74% hasil rendah. Berat padi diukur setiap 1,000 biji pada 14% kelembapan maka jika 29 gram dikira berat, jika 27-28.9 gm (Sederhana) dan jika kurang 26 gm (Ringan). Semua indikator diatas boleh jadikann seorang pesawah faham apa perlu dilakukan untuk capai hasil padi yang lumayan. Hubungi Pegawai Pengembangan Pertanian berhampiran untuk dapatkan latihan hands-on dan khidmat nasehat. Wasallam!.
KIRA HASIL PADI ... PERLU DIPELAJARI..
CARA VETUL...PASTI TAHU HASIL NANTI...
CARA VETUL...PASTI TAHU HASIL NANTI...
KIRA EMPAT SEGI...FORMULA DIIKUTI...
KOMPONEN HASIL PADI ....ASASNYA BIJI...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Sawah Sungai Balang,
Senior Agronomist,
Sawah Sungai Balang,
Muar, Johor,
Malaysia.
(Kemaskini pada 4 Januari 2015)
Malaysia.
(Kemaskini pada 4 Januari 2015)
No comments:
Post a Comment