KOPI (Coffea spp) merupakan sejenis tanaman industri yang telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1895 oleh penjajah kolonial (140 tahun dahulu). Tanaman kopi telah ditanam oleh sektor pekebun kecil dan estet dengan tujuan untuk pasaran ekspot oleh pemerintah kolonial iaitu sebagai komoditi penting. Jenis yang ditanam ini adalah jenis liberica dan sedikit robusta pada masa itu sebagai tanaman selingan dan juga tanaman tunggal. Semasa zaman kolonial tanaman kopi mendapat perhatian Department of Agriculture Malaya sebagai tanaman yang penting sehingga negara merdeka dimana program ini diteruskan oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan dipromosikan dengan pengedaran benih dan input pertanian kepada petani dibawah program 'Agriculture Input Diversification Scheme' . Statistik pada tahun 1979 menunjukkan seluas 14,836 hektar kopi ditanam di seluruh Semenanjung Malaysia dengan paling luas di Selangor yang menanam 8,091 hektar dan Johor 4,330 hektar. Masa itu Perlis dan Pulau Pinang dan Melaka pun menanam kopi tetapi kini hampir pupus di 3 negeri tersebut. Kajian penulis pada tahun 2013 hany aseluas 3,474 hektar sahaja kopi yang masih ditanam di Malaysia dengan terluas di Sabah (2,220 hektar) dan Johor (1,116 hektar) dan hanya 80 hektar di Selangor dan bakinya berada di Sarawak dan Kedah. Pengeluaran kopi tahun 2013 sebanyak 14,740 mt bernilai sekitar RM 11.791 juta. Negeri lain dilaporkan tiada lagi menanam kopi atau keluasan yang tidak signifikan dalam penanaman kopi. Maknanya dalam 35 tahun (1979-2014) seluas 11,090 hektar tanaman kopi telah pupus atau purata kepupusan 317 hektar setahhun. Mengambil kira kira fakta diatas saya fikir industri tanaman kopi adalah boleh di kategorikan sebagai 'sunset industry' di Malaysia. Pada masa sama negara mengimpot sebanyak 106,555 metrik tan kopi setahun bernilai RM 972.3 juta daripada Indonesia (47%), Vietnam (33%) dan Brazil (5%) untuk kegunaan domestik dan diproses untuk ekspot semula (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia 2013). Nilai ekspot kopi pada tahun tersebut adalah sebanyak RM1,299 juta menunjukkan hanya sebahagian kopi untuk kegunaan domestik. Perkara ini menunjukkan sumbangan pengeluaran kopi tempatan adalah masih signifikan. Bagaimana pun artikel malam Sabtu ini sambil menonton TV Astro Maharaja Lawak saya menulis dalam "Anim Agro Technology" tentang perbezaan ciri-ciri kopi jenis kopi untuk rujukkan anda.
Terdapat 3 jenis kopi yang lazimnya ditanam diseluruh dunia iaitu Kopi Arabica -KA (Coffea arabica), Kopi Robusta -KR (Coffea robusta) dan Kopi Liberica - KL (Coffea liberica). Kesemuanya mempunyai perbezaan yang saya fikir penting kita mengetahuinya. Semua ini akan dibincangkan dengan jelas agar anda dalat mengenali perbezaan tersebut. Saya akan gunakan singkatan KA, KR dan KL dalam perbincangan ini.
KA - Bunga berwarna putih dan berbau harum mewangi
KR - Bunga putih dan berkelompok
KL - Bunga putih, besar dan berkelompok
PENDEBUNGAAN
KA - Pendebungaan sendiri (Self-pollination)
KR - Pendebungaan kacok (Cross-pollination)
KL - Pendebungaan kacok (Cross-pollination)
BUAH KOPI
KA - Buah beraneka warna dari merah tua kemeran
kekuningan. Kulitnya manis. Buah masak antara 7-8
bulan selepas berbunga. Buah masak gugur daripada
pokok. Ukuran buah 1.5 cm berbentuk 'Oval-epiliptik'
KR - Buah muda berwarna hijau dan bertukar merah tua dan
ungu apabila masak. Buah masak 9-10 bilan selepas
berbunga dan berlaku serentak. Buah masak tidak
gugur daripada pokok sehingga dipetik. Ukuran buah
0.8 - 1.5 cm berbentuk panjang dan bulat. Kulit buah
adalah nipis.
KL - Buah yang masak nerwarna kekuningan merah tua dan
ianya berlaku tidak serentak. Buah yang masak tidak
gugur daripada pokok. Ukuran buah 2.3-2.5 cm
berbentuk 'Oval drupe' dan berkulit tebal
BIJI KOPI
KA - Antara 8 mm panjang. Nisbah buah masak dengan biji
kering adalah 6:1 dengan bilangan biji kering setiap 1
kg adalah lebihkurang 2,200 biji
KR - Antara 8 mm panjang. Nisbah buah masak dengan biji
kering adalah 3.5:1 - 5.5:1 dengan bilangan biji kering
setiap 1kg adalah lebihkurang 2,300 biji
KL - Antara 13 mm panjang. Nisbah buah masak dengan biji
kering adalah 10:1 dengan bilangan biji kering setiap 1
kg adalah lebihkurang 1,760 biji
KANDUNGAN CAFFIENE
KA : 1 - 1.5%
KR : 2 - 2.5%
KL : 1.4 - 1.6%
HASIL PURATA BIJI KERING BERSIH SEHEKTAR
(TANAMAN TUNGGAL)
KA - Sekitar 403-1,008 kg
KR - Sekitar 1,008 - 1,254 kg
KL - Sekitar 750 - 1,008 kg
Maklumat diatas memang perlu kita tahu kerana minuman kopi kini semakin popular di Malaysia dan seluruh dunia. Kini ada Starbuck, Kopi Tiam dan pelbagai iklan mengenai kopi dimana ia menjadi satu gaya hidup yang dikaitkan dengan ekslusif dan ada kelas. Rakyat Malaysia menggunakan perkapita kopi sebanyak 0.86 kg setahun dan dijangka akan meningkat lagi pada masa akan datang. Dalam Majlis Keramaian, di Hotel serta Restoran Terkemuka hidangan minuman kopi sering disajikan dengan harga murah sehingga kepada harga yang mahal diluar jangkaan kita.
Wasalam!.
Secangkir Kopi...Berapa harganya? |
KOPI HEBAT...ITU ARABICA...
KEDUANYA...ITU ROBUSTA...
YANG PAHIT...ADALAH LIBERICA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Muzeum Negeri Sarawak,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(12 Safar 1436H)
No comments:
Post a Comment