KOPI (Cofea lspp) merupakan tanaman minuman yang ditanam daripada keluarga Rubiaceae yang ditanam secara tunggal atau selingan. Tanaman kopi didunia adalah seluas 11.12 juta hektar dengan Brazil merupakan negara penanam terluas didunia iaitu 2.15 juta hektar (19%) diikuti dengan Vietnam (1.057 juta hektar ) dan Colombia (0.88 juta hektar). Malaysia hanya mencatitkan keluasan 3,764 hektar tanaman kopi dengan pengeluaran sebanyak 14,739 mt bernilai 11,.79 juta pada tahun 2013. Kawasan penanaman kopi utama di Malaysia dengan kopi Liberica (Coffea liberica) adalah di Sabah iaitu seluas 2,2,20 hektar (59%) diikuti dengan Johor seluas 1,1,16 hektar (30%), Sarawak (193 hektar) dan Selangor (64 ha). Selain itu terdapat seluas 0.4 hektar ditanam di Kedah iaitu jenis Kopi Robusta (Coffea robusta) dan hanya 0.4 hektar di Pahang pada tahun 2013 (Laporan Statistik Jabatan Pertanian Malaysia). Tanaman kopi merupakan tanaman kekal yang akan mula berhasil pada tahun ke 4 selepas bertanam bergantung kepada pengurusan yang dijalankan. Pengalaman penulis dalam membuat pemeriksaan kebun dan memberi khidmat nasehat teknikal tanaman kopi liberica dahulu mendapati usaha memetik buah kopi adalah satu aktiviti yang menyeronokan dan memenatkan. Ini kerana petani perlu memilih buah kopi yang telah masak dalam satu tangkai untuk dipetik sedangkan ada buah laimn masih hijau pada ranting yang sama. Proses memetik ini perlu dilakukan pada setiap pokok dengan membawa bekas mengumpul kopi. Artikel malam ini saya ada idea menulis dalam "Anim Agro Technology" teknologi menuai tanaman kopi di Malaysia sebagai maklumat yang boleh dirujuk oleh semua pembaca.
Tanaman kopi ayng diuruskan dengan baik dengan mambuat cabtasan, pembajaan dan kawalan perosak dan penyakit membolehkan ia akan mula berbunga 1.5 - 2 tahun selepas ditanam. Bagimana pun kajian dan pemerhatian penulis mendapati penuaian buah kopi liberica yang pertama boleh di kutip 2.5 - 3 tahun selepas ditanam. Biji kopi yang cukup masak boleh dikenali kerana lazimnya kulit kopi akan berwarna kemerahan yang menunjukkan ia telah bersedia untuk dituai. Buah kopi yang muda lazimnya berwarna hijau. Teknik memetik kopi dilakukan secara manual memetik dengan memulas biji kopi dengan tangan. Buah kopi ini akan dimasukkan dalam bakul yang akan dikumpulkan dam tin minyak tanah apabila penoh bakul. Kini saya dapati belum ada teknologi memetik kopi liberica menggunakan jentera atau mesin kerama masalah buah kopi yang masak tidak serentak. Kopi yang baru dipetik dikebun ini ditakrifkan sebagai "KOPI JAMBU". Ia akan diproses seterusnya atu terus dijual kepada para pembeli mengikut kadar harga ladang iaitu sekitar RM0.60 - RM1.00 sekilogram bagi kopi liberica.
Pemerhatian oleh penulis lakukan di beberapa kebun tanaman kopi di Johor dan Selangor mendapati anggaran hasil tanaman kopi Liberica dengan Kopi Robusta adalah berbeza. Daripada kajian dilakukan terhadap pokok kopi dengan kepadatan 1,282 pokok sehektar bagi tanaman tunggal (Monokrop kopi) selalu memang berbeza produktivitinya dengan tanaman kopi selingan. Rekod menunjukkan bagi kopi liberica (Coffea liberica) hasil tahun pertama penuaian adalah sebanyak 600 - 1,000 kg sehektar dan akan meningkat kepada 1,500 - 2,500 kg sehektar setahun. Seterusnya produktiviti kopi pada tahun ke 3 penuaian meningkat kepada 3,000 - 4,500 kg sehektar dan seterusnya tahun ke 4 penuaian sebanyak 5,000 - 6,500 kg sehektar. Selepas tahun ke 5 penuaian biasanya produktiviti kopi liberica adalah sebanuak 7,000 - 8,500 kg sehektar (atau dalam bahasa mudah purata 8 metrik tan sehektar setahun). Kopi jambu ini yang kemudian diproses akan dibuang kulit dan dijadikan kopi beras. Kadar pertukaran kopi jambu kepada kopi beras bagi jenis liberica adlah nisbah 10:1. Ini bermakna setiap 10 kg kopi jambu liberica akan menjadi 1 kg kopi beras liberica. Harga pasaran kopi beras sekitar RM7.00 - RM23.00 sekilogram bergantung kepada kualiti.
Daripada kajian dilakukan terhadap pokok kopi dengan kepadatan 1,282 pokok sehektar bagi tanaman tunggal (Monokrop kopi) memang berbeza produktivitinya dengan tanaman kopi selingan. Rekod menunjukkan bagi kopi Robusta (Coffea robusta) hasil tahun pertama penuaian adalah sebanyak 300 - 600 kg sehektar dan akan meningkat kepada 800 - 1,300 kg sehektar setahun. Seterusnya produktiviti kopi pada tahun ke 3 penuaian meningkat kepada 2,000 - 2,500 kg sehektar dan seterusnya tahun ke 4 penuaian sebanyak 3,000 - 3,500 kg sehektar. Selepas tahun ke 5 penuaian biasanya produktiviti kopi robusta adalah sebanyak 4,000 - 4,500 kg sehektar (atau dalam bahasa mudah purata 4.5 metrik tan sehektar setahun). Kopi jambu ini yang kemudian diproses akan dibuang kulit dan dijadikan kopi beras. Kadar pertukaran kopi jambu kepada kopi beras bagi jenis robusta adalah nisbah 5:1. Ini bermakna setiap 5 kg kopi jambu robusta akan menjadi 1 kg kopi beras robusta. Harga pasaran kopi beras robusta sekitar RM15.00 - RM25.00 sekilogram bergantung kepada kualiti. Begitulah bagaimana info mengenai kopi ini saya jana untuk rujukan dan bacaan pembaca blog "Anim Agro Technology". Semuga semua gembira dapat minum kopi setuiap hari. Wasallam.
POKOK KOPI... LEBAH BUAHNYA...
BUAH MERAH... MASAK TANDANYA...
BUAH DIPETIK... TERUS DIJUALNYA...
DIPROSES ...KOPI BERAS JADINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Pertanian IPRS Pontian,
Jalan Rimba Terjun, Pontian,
Johor, Malaysia.
(22 Safar 1436H)
No comments:
Post a Comment