JENAMA KOPI 434 merupakan satu jenama kopi yang sangat popular di Selatan Tanah Air khususnya di Muar, Johor. Ini kerana menurun lamanweb syarikat tersebut, meminum kopi akan mengikat tali silaturahim. Ia juga dikatakan mampu menenangkan minda anda serta meransangkan kreativiti dan daya pemikiran mereka yang mengambil produk kopi. Secawan kopi yang berkhiasat bermula daripada keperihatinan penjagaannya di tapak semaian, penanaman pokok, mennjaga agronomi tanaman, memetik hasil, memproses kopi sehinggalah kepada hidangan kopi disediakan untuk diminum. Kajian penulis yang pernah bertugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah Muar selama 5 tahun mendapati, jenama kopi 434 amat diminati oleh ramai penggemat kopi tempatan dan juga diluar kawasan lain. Ini semua bermula di Sai Kee ketika 50 tahun yang lampau hasil daripada rasa dedikasi syarikat yang penuh dengan kecintaan dalam memproses kopi. Syarikat ini memang pakar dan amat perihatin dalam pengeluaran, penyimpanan, pemprosesan, pengadunan dan seterusnya dalam cara pembungkusan demi merapatkan kepuasan citarasa pengguna yang semakin menggalakkkan. Starikat ini sentiasa berusaha menawan hati dan minda peminat seluruhnya. Kami lakukan dengan penuh kecintaan dan kami memproses kopi dalam suasana keriangan keluarga dan hargadiri. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Rechnology" mengenai kopi jenama Kopi 434 yang dihasilkan asalusulnya di Muar, Johor untuk rujukkan anda semua.
Membaca pada label didapati produk Kopi 434 telah pun mendapat sijil kelulusan Status Halal daripada pihak Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia. Kafe 434 merupakan satu pusat dimana ia adalah tempat bertemu peminat kopi untuk menikmati keenakan secawan kopi dan menenangkan minda. Syarikat ada juga menghidangkan Kopi-O Malaysia yang beraroma dan Kopi Espresso Itali yang berkualiti. Cubalah roti bakar kami dengan serikaya buatan sendiri. Kedudukan kedai yang beralamat di 121, Jalan Maharani, 84000 Muar, Johor (Depan Bas Stesen Bentayan) mendapat kunjungan dari peminat kopi tempatan dan juga dari luar negara khususnya dari Singapura (Sila lihat foto sebelah). Setiap hari ada beberapa bas pelancong yang datang untuk minum kopi dan membeli produk kopi dipremis ini. Premis ini dibuka setiap hari iaitu dengan masa perniagaan pada Isnin - Sabtu antara 8:30 AM - 5:30 PM dan pada Hari Ahad antara 9:00 AM - 4:30 PM. Terdapat banyak pilihan jenis kopi untuk diminum daripada yang asli tradisional sehingga kepada produk kopi terbaru. Walau pun penulis pernah menikmati kopi 434 dirumah, sehingga kini belum berkesempatan untuk mengunjungi Kafe 434 ini kerana kesukaran untuk dapatkan tempat letak kereta.
Kajian penulis mendapati diantara produk popular syarikat adalah Malaysia Elephant Bean AA banyak didapati di Johor. Ia berasal dari benua Afrika. Dengan saiz biji kopi yang besar, kopi berasnya apabila dikeringkan berbentuk panjang dan mempunyai sais super daripada biji kopi biasa. Rasanya yang unik, memikat hati peminat kopi. Ia sudah digemari oleh rakyat Malaysia sejak tahun 1960 an. Malaysia Elephant Bean AA berasal daripada keluarga kopi jenis Liberica yang jarang terjumpa. Oleh itu, nilai ekonominya sangat tinggi setaraf dengan kopi jenis Arabica dan juga Robusta. Pada masa ini hasilnya tidak dapat memenuhi permintaan pasaran tempatan, apalagi bagi permintaaan dari luar Negara. Malaysia Elephant Bean AA semakin popular di kalangan orang ramai kerana ia kini mendapat sambutan yang sungguh baik dari masa kesemasa dan ini mempengaruhi permintanan dan turut menyebabkan harganya meningkat. Kini, KOPI 434 telah mengusahakan empat ekar tanah di Muar, Johor dengan tanaman kopi jenis Malaysia Elephant Bean AA bagi tujuan penyelidikan untuk syarikat supaya hasil dan mutunya boleh terus dapat dipertingkatkan.
Saranan syarikat mendapati golongan para petani kopi di Malaysia pula digalakkan supaya menanam pokok kopi jenis ini dengan lebih luas lagi. Dengan adanya teknik-teknik penanaman yang berteknologi canggih dan cara penjagaan yang betul seperti yang disarankan olehJabatan Pertanian maka jumlah pengeluaran biji kopi yang bermutu tinggi akan bertambah dan kawasan tanaman kopi juga akan turut meningkat. Sebagai satu dorongan kepada petani kopi dalam usaha membangunkan sector penanaman kopi tempatan, KOPI 434 bersedia menawarkan harga yang lebih tinggi berbanding harga pasaran kepada mereka yang mencapai mutu kopi piawaian antarabangsa. Sebagai pengusaha industri kopi Malaysia, Syarikat KOPI 434 akan berusaha bersungguh-sungguh untuk syarikat memperkenalkan jenama Malaysia Elephant Bean AA sebagai satu symbol kejayaan industri kopi dan kebanggaan rakyat Malaysia supaya ianya terkenal ke serata dunia.
Bagaimanakah teknik dan memproses membancuh kopi yang betul untuk minuman kopi di rumah?. Semua orang memang boleh membancuh kopi sendiri tetapi teknik membancuh kopi sebenarnya banyak rahsia. Pertama sekali adalah melihat akan faktur 'Kesegaran' kopi itu sendiri. Memilih jenama kopi yang popular penting untuk mendapatkan kualiti. Elakkan membeli dalam kuantiti yang banyak untuk menjamin kesegaran serbuk kopi. Sebaiknya disyorkan agar kurangkan angin dalam kopi dan simpan dalam berkas kedap angin seperti balang kaca bertutup dan sebagainya. Menentukan kualiti 'Air' sangat penting kerana komponen 90% dalam secawan kopi ialah air. Periksa dulu bekalan air setempat anda sama ada air yang dimasak itu bersih atau tercemar. Adalah penting penulis sering menapis air untuk mengasingkan klorin supaya minuman kopi terasa enak. Jangan sekali-kali masak air yang telah dimasak tetapi gunakan air baru untuk setiap hidangan kopi kerana ia menjenaskan keenakan aroma dan kelazatan kopi sebenar. Dalam membuat bancuhan kopi, 'Sukatan' memainkan peranan penting. Adalah disyorkan menggunakan 10 gram serbuk kopi untuk satu cawan ukuran 200 ml (Sila lihat foto sebelah). Tambahkan air sekiranya minuman kopi ini pekat untuk mendapat kepekatan yang sesuai dengan citarasa. Kepekatan ini walau pun pada saya agak subjektif, kadar bancuhan tepat seperti saranan diatas amat penting. Kalau terlalu banyak gula atau dicampur susu maka nikmat kopi sebenar agak berkurangan. Peralatan membancuh kopi sebenarnya ada banyak jenis dipasaran diseluruh dunia daripada jenis tradisional kepada jenis moden yang jenis elektronik. Pastikan anda bersihkan semua peralatan dengan pencuci dalam penyediaan setiap hidangan kopi. Terlebih dahulu kain penapis hendaklah dibilas dengan air panas mendidih sebelum digunakan. Hidangkan minuman kopi semasa panas untuk menikmati aroma kopi sebenar dan kalau sudah sejuk rasanya agak 'kureng sedikit'. Selamat membancuh kopi dan minum sepuasnya. Wasallam!.
NAMA 434.. APA MAKNANYA...
DI BANDAR MUAR... ASALNYA...
KOPI TEMPATAN...ADA NAMA...
INDUSTRI KOPI...BAGAIMANA?...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Rppm 434, Hotel Home Inn,
Jalan Sulaiman, Muar,
Johor, Malaysia.
(21 Safar 1436H)

No comments:
Post a Comment