KOPI (Coffea) adalah biji yang diproses dan dijadikan sebagai bahan untuk minuman yang diminum oleh 1.4 juta manusia setiap hari. Ia merupakan cecair minuman kedua yang terbanyak diambil oleh manusia selepas minuman air kosong. Minuman perasa kopi termasuk minuman yang digemari oleh golongan lelaki dan wanita. Minuman kopi sering dikaitkan dengan kesannya pada mereka dimana ia boleh mengurangkan rasa mengantuk. Minuman kopi ini merupakan sejenis minuman biasa diambil rakyat Malaysia. Kopi dihidangkan dalam banyak bentuk dan pelbagai jenis produk dan disimpan sentiasa dirumah, dihidangkan di gerai, restoran, pejabat, hotel, dalam kapalterbang, dalam bas ekpress, RnR dan banyak lokasi lain. Kopi disediakan dalam bentuk Kopi-O atau Kopi campuran dengan bahan lain seperti susu, gula, herba, tongkat ali, madu lebah serta pelbagai lagi. Kopi campuran tempatan yang diproses oleh kilang-kilang IKS tempatan yang kebanyakannya hanya menyediakan kopi serbuk untuk pasaran domestik. Antara jenama popular kopi campuran tempatan seperti Kopi Hang Tuah, Kopi Cap Murid, Kopi Anggerek, Kopi Tenom, Kopi Cap Kapal Api, Kopi Cap Tupai, Kopi Jantan dan banyak lagi. Kajian penulis mendapati terdapat sekitar 100 syarikat IKS yang mengeluarkan produk kopi diseluruh negara. Kopi Segera (Instant Coffee) merupakan bentuk produk kopi yang paling banyak dijual dipasaran dengan beberapa jenama popular seperti Nescafe, IndoCafe dan sebagainya. Pengambilan kopi instant ini mendapat sambutan baik bukan sahaja di Malaysia malahan diseluruh dunia. Artikel pagi Rabu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" sempena cuti rehat mengenai info iaitu buruk dan baiknya pemgambilan minuman kopi untuk rujukkan pembaca blog pertanian kali ini.
Kandungan bahan Kafein (caffien) dalam minuman kopi akan bekerja dalam tubuh manusia dengan mengambil alih peranan organ adenosin dalam sel saraf yang akan memacu pengeluaran hormon adrenalin. Semua orang pernah dengar yang di dalam kopi terkandung bahan kafein iaitu bahan merupakan zat kimia alkaloid yang dikenali sebagai 'Trimetilsantin' dengan tulisan molekul sebagai C8H10N4O2. Kajian menunjukkan jumlah kandungan kafein dalam kopi adalah 1-1.5% sedangkan pada teh 1-4.8% bergantung kepada varieti kopi dan kualiti kopi. Manfaat dari pengambilan minuman kopi dalam dunia perubatan atau lebih tepatnya kandungan kafein sering digunakan sebagai perangsang untuk menggerakan jantung dan meningkatkan penghasilan kencing atau urin. Terdapat laporan menyatakan dengan pengambilan kopi dalam dos yang rendah kafeinnya dapat berfungsi sebagai bahan perangsang stamina dan juga menghilangkan rasa sakit. Mekanisma tindakan kafein dalam tubuh adalah menyaingi fungsi adenosin (salah satu zat yang dalam sel otak boleh membuat orang cepat tertidur). Kajian juga menunjukkan kafein tidak melambatkan perggerakan sel-sel tubuh sebaliknya kafien akan membalikkan semua kerja adenosin sehingga tubuh tidak lagi mengantuk. Malahan ia menyebabkan akan terbit perasaan segar, sedikit gembira, mata terbuka lebar, jantung akan berdenyut lebih kencang, tekanan darah naik, otot-otot akan dapat mengecut (Contraction) dan hati akan melepaskan gula ke aliran darah yang akan membentuk lebih sumber tenaga. Itulah sebabnya berbagai jenis minuman kopi mampu membangkitkan semula bekalan stamina umumnya kesan dari bahan kafien.
Bagaimana pun ada dikalangan pakar-pakar makanan yang telah mendedahkan kepada bahaya pengambilan bahan kopi. Selain khasiatnya untuk kesihatan ternyata kopi juga memiliki keburukan. Salah satu adalah yang tidak langsung tanpa disedari oleh penggunanya. Minum kopi ternyata dapat meningkatkan risiko terkena apa dikatakan serangan 'stroke'. Kajian yang dibuat dalam buku 'journal of neurology, neurosurgry and psychiatry' mendapati bahawa jika ada individu minum lebih dari 5 gelas kopi sehari akan dapat meningkatkan risiko terjadinya kerosakan pada dinding pembuluh darah. Kafein juga dapat menyebabkan kesan sampingan seperti insomnia, mudah gugup, sakit kepala, merasa tegang dan cepat marah terhadap individu tertentu. Pengambilan kopi yang berlebihan memang tidak baik untuk kesihatan apa lagi jika perut kosong. Kajian juga mendapati bagi wanita hamil juga memang disarankan tidak mengambil kopi dan jenis makanan yang mengandungi unsur kafein. Perkara ini adalah kerana bahan kafein dapat meningkatkan denyutan jantung dan ia akan menyebabkan kesan pada janin. Akibatnya adalah ia dapat menyerang placenta dan masuk dalam pengedaran darah pada janin. Perkara ini boleh menyebabkan kesan buruk seperti kesan keguguran kandungan tersebut. Antara beberapa fakta yang perlu kita tahu mengenai buruk dan baiknya minuman kopi diceritakan dalam perenggan dibawah. Pastikan anda membaca dan memahaminya agar mendapat info yang berfaedah.
Antara 10 fakta tentang minuman kopi mengenai buruk dan baiknya akan dibincangkan dalam artikel ini. Pertama adalah dimana bahan kafein sebenarnya boleh membunuh. Ini terutama kepada mereka penagih minuman kopi dengan mengambil sebanyak 80-100 cawan sehari dimana ia akan membawa kesan merbahaya dan elakkan berbuat demikian. Kebaikan lain bertentangan perkara diatas dimana kopi dengan 1-2 cawan sehari mampu memberikan antioksidan dalam badan. Sebaiknya mengambil Kopi Hitam atau Kopi-O kurang gula. Ada laporan menyatakan kafein juga boleh meningkatkan ghairah seks perempuan dari kajian pada haiwan tikus dimakmal. Pada manusia pula kopi dapat meningkatkan pengalaman seksual namun hanya pada mereka yang tidak penagih kopi. Keempat adalah dimana kafein boleh mengurangkan rasa sakit seperti rasa sakit di otot setelah bersukan. Tapi ia hanya dirasai buat mereka yang bukan pecandu kopi. Kopi juga menyebabkan kita tidak rasa mengantuk selama 6 jam selepas mimumnya. Kopi yang diproses untuk kurangkan bahan kafein (decafein) tetap mengandungi kafein walau pun sedikit. Kalau kita minum sampai 10 cawan kopi decafein bermakna ia sama saja dengan minum 1-2 cawan kopi biasa ada kafein. Lazimnya kandungan kopi dekafein mengandungi bahan kimia perlu untuk mengurangkan kadar kafein pada kopi iaitu bernama methylene chloride. Sebenarnya kafein itu bukan bahagian yang berasa pahit kerana kafein bukanlah komponen yang rasanya pahit. Kopi yang berkualiti adalah bergantung pada proses pembakaran dan pengisaran. Jika anda ingin kopi bercitarasa nikmat pastikan semasa proses pembakaran dan mengisar minyak yang tersimpan dalam biji kopi akan keluar. Semakin banyak minyak ini keluar, makin kuat rasa kopinya. Pembakaran yang makin lama juga menghasilkan kafein makin banyak. Demikian beberapa perkara buruk dan baiknya mengenai kopi bagi artikel mengenai kopi ke 28 ini. Wasallam!.
No comments:
Post a Comment