BUNGA BUTANG UNGU (Gompherena globosa L.) ini adalah merupakan sejenis tumbuhan dari pokok yang mana dalam bahasa Inggeris juga dikenali dengan nama Pink Bachelor's Button. Tumbuhan ini mudah dikenali dengan warna dan bentuk bunganya yang berwarna ungu terang daripada keluarga Amaranthaceace. Pokok bunga ini juga digelarkan "Bunga Butang Merah Muda" bergantung kepada kepekatan warna pada bunga. Ramai dikalangan masyarakat Malayia yang kenal akan bunga ini yang ditanam diekeliling rumah terutama dikawasan kampong dan dikawasan rumah teres untuk mencantikkan halaman rumah. Bunga ini walau pun tidak berbau wangi seperti kebanyakan bunga lain tetapi bentuknya yang bulat seperti 'butang' dan warna ungu pekat memang cantik keluar daripada kelompok warna daun yang menghijau. Bau bunga ini dikatakan tidak begitu enak atau orang jawa Johor panggil bau bunga ini sebagai 'bau langu' sahaja. Pemerhatian penulis mendapati bunga butang jenis ini mempunyai beberapa warna lain yang cantik seperti warna bunga butang putih, bunga butang merah dan bunga butang jingga. Bunga ini dipercayai berasal daripada kawasan Brazil, Guatemala dan Panama. Kecantikan bunga ini ditanam secara berkelompok bersama-sama dengan bunga lain berwarna warni dapat mencantikkan lagi permandangan kawasan taman bunga. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" saya menulis beberapa fakta mengenai bunga butang ungu untuk bacaan dan rujukan anda.
Pokok bunga butang merah merupakan jenis tumbuhan yang senang hidup dan mudah dijaga. Tumbuhan ini perlukan sinaran matahari yang banyak dan kurang sesuai ditanam dibawah naungan. Ia sesuai tumbuh dikawasan yang sederhana lembap dan banyak baja organik serta tanah subur. Pokok ini mempunyai ketinggian antara 1 - 2 kaki dengan mempunyai banyak cabang dan kaedah tumbuh menegak. Daunnya berwarna hijau dengan bentuk lanceolate yang mempunyai sedikit bulu dibahagian bawahnya. Apaila daunnya ini diramas ia akan menghasilkan seakan lendir yang berbau. Menyentuh mengenai bunga butang ini, bunganya berbentuk bulat dengan ia mempunyai banyak bunga (resette). Warnanya yang kuat ini sering menarik beberapa jenis serangga seperti rama-rama untuk mendekatinya. Pokok bunga ini sering ditanam melalui pembiakan biji benih yang cukup matang dengan menabur terus pada tanah. Bunga butang ungu ini akan mula berbunga selepas 40 hari menanamnya. Dalam beberapa tinjauan penulis mendapati beberapa masyarakat tempatan menggelarkan pokok ini dengan nama Bunga 40 hari.
Penanaman bunga butang ungu ini bertujuan sebagai tanaman pagar (border plants), bunga keratan, diproses menjadi bunga kering dan untuk 'rock gardens'. Tumbuhan ini memang amat jarang diserang sebarang serangga perosak dan penyakit. Bagaimana pun apabila cuaca kering ia berkemungkinan diserang dengan kulapok berdebu (Mildew) walau pun tidak serius. Bunga butang yang dikeringkan sering dijadikan sebagai 'bunga podpori' yang berbau harum kerana ia adalah cantik dan esuai untuk tujuan tersebut. Pokok bunga butang ungu merupakan antara tumbuhan yang memberikan faedah kepada manusia. Dengan warna ungunya yang cantik, bunga berkenaan secara tradisional digunakan untuk memanfaatkan kesannya yang bersifat menyegarkan, menyembuhkan dan menenangkan jika dipandang. Kajian yang dijalankan mendapati bunga berkenaan juga ada juga menunjukkan keupayaan untuk menggalakkan pengeluaran enzim memecahkan lemak dalam sel lemak, seterusnya mengoptimumkan pemecahan lemak dalam tubuh seseorang. Kuasa tindakan ramuan ekstrak tumbuhan yang memang menakjubkan kerana mampu mengurangkan lemak dalam lima kantung lemak dengan mencelarukan benteng protein di keliling lompang lipid yang mengehadkan laluan enzim pelepas lemak.Di kalangan pengamal perubatan tradisional, ia dipercayai berguna untuk menhilangkan batuk, mengurangkan penyakit asma dan melancarkan proses untuk pembuangan air kecil. Khasiat bunga ini juga telah dipercayai boleh menghilangkan panas dalam badan. Begitulan coretan penulis kali ini. Wasallam!.
BUNGA BUTANG...UNGU WARNANYA...
MUDAH DITANAM..BIJI DITABURNYA...
40 HARI DITANAM... MULA BERBUNGA...
DILIHAT CANTIK... ANDA MACAMANA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Saujana Putra,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(23 Zulhijjah 1435H)
No comments:
Post a Comment