PETAI (Parkia speciosa) merupakan sejenis tumbuhan dibawah keluarga Fabaceae atau Keluarga Leguminoceae yang tumbuh dalam hutan dan kini boleh ditanam sebagai tanaman yang boeh mendapatkan hasil. Petai juga di panggil dengan nama pete' (Indonesia), sator (Thailand), sataw, stink bean, yongchaa, yongchaak atau zawngtah dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Di Malaysia dahulu hanya orang Melayu sahaja yang memakan petai tetapi kini pelbagai bangsa lain seperti Cina, India atau Orang Putih pun mulai memakannya kerana khasiat yang ada pada petai. Buah Petai yang berwarna hijau memberikan bau yang kuat dan menyelerakan ramai peminat buah petai. Kaian dan pemerhatian saya mendapati terdapat beberapa spesis petai yang sesuai untuk di ketahui iaitu Parkia speciosa, Parkia timoriana, Parkia sumatrana, Parkia intermedia, Parkia harbesonii, Parkia serffeseei dan Parkia leiophylla. Selain daripada Parkia speciosa , didapati spesis Parkia timoriana adalah spesis yang banyak di tanam di Malaysia, Indonesia dan Filipina kerana pokoknya yang sesuai di tanam dan mudah untuk diuruskan, buah yang banyak dan kualiti buah yang baik. Spesis Parkia sumatrana pula banyak di tanam di Thailand dan Myanmar dimana subur tumbuh dikawasan lereng bukit. Parkia intermedia hanya terdapat di kepulauan Jawa dan merupakan jenis petai lokal khususnya di Pulau Jawa. Artikel kali ini dalam "Anim Agro Technology" saya akan membincangkan teknologi dan tips penjagaan tanaman petai berdasarkan kepada pengalaman penulis sebagai pegawai pengembangan pertanian banyak menjumpai pokok petai sebagai tanaman selingan dan telah juga memakan petai semenjak beberapa puloh tahun dulu.
Tip penjagaan pokok petai merupakan satu panduan yang perlu dilakukan bagi mempastikan pokok petai berhasil dan sihat. Pokok petai yang baik mampu untuk berbuah dengan kadar enam kilogram sepokok dalam setahun. Pokok petai merupakan tumbuhan asli negara kitayang masih tumbuh meliar di kawasan hutan serta banyak terdapat di rantau Asia Tenggara. Petai boleh diumpamakan sebagai raja segala ulam di kalangan penggemarnya kerana sedap dimakan secara segar, menjadi penyedap rasa di dalam masakan, malahan dijadikan sebagai dijeruk dan produk hiliran. Nama botani atau saintifiknya petai ialah Parkia speciosa dan tergolong di dalam tumbuhan keluarga Leguminasae. Pokok petai boleh ditanam dengan cara menggunakan sistem segi empat sama dengan jarak antara pokok ialah 12 meter x 12 meter. Saya dapati jumlah pokok petai yang boleh ditanam bagi keluasan sehektar ialah 69 pokok. Teknik pembiakan pokok petai boleh dilakukan secara cantuman mata tunas dan biji benih. Lazimnya untuk pembiakan secara biji benih adalah digalakkan memilih biji petai yang telah tua dan besar.
Tip penjagaan pokok petai merupakan satu panduan yang perlu dilakukan bagi mempastikan pokok petai berhasil dan sihat. Pokok petai yang baik mampu untuk berbuah dengan kadar enam kilogram sepokok dalam setahun. Pokok petai merupakan tumbuhan asli negara kitayang masih tumbuh meliar di kawasan hutan serta banyak terdapat di rantau Asia Tenggara. Petai boleh diumpamakan sebagai raja segala ulam di kalangan penggemarnya kerana sedap dimakan secara segar, menjadi penyedap rasa di dalam masakan, malahan dijadikan sebagai dijeruk dan produk hiliran. Nama botani atau saintifiknya petai ialah Parkia speciosa dan tergolong di dalam tumbuhan keluarga Leguminasae. Pokok petai boleh ditanam dengan cara menggunakan sistem segi empat sama dengan jarak antara pokok ialah 12 meter x 12 meter. Saya dapati jumlah pokok petai yang boleh ditanam bagi keluasan sehektar ialah 69 pokok. Teknik pembiakan pokok petai boleh dilakukan secara cantuman mata tunas dan biji benih. Lazimnya untuk pembiakan secara biji benih adalah digalakkan memilih biji petai yang telah tua dan besar.
Benih tanaman petai perlu disemai di dalam polibeg kecil atau kotak semaian pasir. Selepas biji bercambah, tinggalkan satu anak benih yang sihat sahaja untuk hidup subur dan membesar. Pembiakan secara mata tunas pula memerlukan pokok penanti petai, mata tunas petai dan peralatan cantuman seperti pisau cantuman dan plastik pembalut lutsinar. Pokok yang telah berjaya dicantum akan diberikan naungan sehingga berumur tujuh bulan. Pokok yang berumur melebihi umur tujuh bulan amat sesuai ditanam di kebun. Popok petai perlukan sistem pengairan dimana pengurusan air yang berkesan dan teratur dapat menyumbang kepada peratus hidup yang tinggi di samping dapat memberikan kelembapan pada tanah dan suhu pokok. Terdapat dua kaedah sistem pengairan yang boleh digunakan untuk membekalkan air kepada pokok petai iaitu dengn cara manual (tong penyiram air) dan sistem pengairan secara titis. Pemasangan pengairan secara titis memerlukan kemudahan seperti kolam atau takungan air, pam air, paip utama, paip penghubung dan komponen pengairan titis. Kelebihan penggunaan pengairan secara titis ialah dapat menjimatkan penggunaan air di samping mengurangkan kos penyiraman anak pokok. Anak pokok petai perlu disiram sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada awal pagi dan lewat petang. Tempoh untuk menyiram anak pokok bergantung kepada keadaan cuaca semasa dan keperluan air oleh pokok, akan tetapi mengikut kebiasaannya mengambil masa dua hingga tiga bulan selepas ditanam.
Penjagaan kebersihan kebun dan juga pengawalan rumpai boleh dijalankan dengan menggunakan cangkul di mana pada peringkat awal dan penggunaan sungkupan dikeliling anak pokok memang dapat membantu mengawal rumpai secara berkesan (Lihat foto sebelah). Selain itu, penggunaan racun rumpai yang bertindak secara sentuh (paraquat) boleh digunakan untuk mengawal rumpai yang tumbuh dikeliling anak pokok. Kekerapan meracun rumpai adalah disyorkan empat kali setahun dengan semburan di sekeliling pangkal pokok sahaja. Program pembajaan anak pokok petai perlu juga dilakukan dengan kekerapan mrmbaja empat kali setahun. Penggunaan baja tumbesaran NPK 15:15:15 pada peringkat awal penanaman memang dapat membantu untuk kita mempercepatkan pertumbuhan tunas, ranting dan pucuk yang baru dengan sempurna dan baik. Tahun pertama, penggunaan baja tumbesaran dengan kadar 600 gram sepokok untuk tempoh setahun. Ia perlu dibahagikan kepada empat kali pembajaan dalam setahun. Selepas pokok mula mengeluarkan hasil, penggunaan baja buah perlu untuk menggalakkan pokok berbuah dengan kadar enam kilogram untuk sepokok dalam setahun. Kaedah pembajaan yang paling baik dipraktikkan ialah dengan kaedah empat poket ditabur keliling kanopi pokok. Selepas baja dimasukkan ke dalam lubang, tutup semula dengan tanah. Baja organik perlu ditabur dengan kadar antara 10 dan 20 kilogram dalam setahun. Ia juga bergantung kepada umur pokok dan kesuburan tanah. Kekerapan membaja ialah dua kali setahun. Kelebihan baja organik ialah dapat membantu menyuburkan tanah, membekalkan baja secara berterusan dan mempercepatkan pertumbuhan pokok secara optimum.
Aktiviti pangkasan atas pokok (topping) digalakkan apabila ketinggian pokok petai mencapai 10 meter bagi mengawal ketinggian pokok untuk mengatasi kesukaran mengambil buah dan mengelakkan lenggai (papan) luka dan calar jika jatuh ke tanah semasa mengait buah. Kawalan perosak bagi petai ada beberapa jenis diantaranya adalah ulat pengorek batang dan buah. Di samping itu, haiwan liar seperti monyet dan tupai juga kerap memakan buah petai. Kawalan ulat pengorek batang adalah dengan menggunakan racun serangga dengan bahan aktif methamidophos, diazinion dan lain-lain racun yang disyorkan. Amalan kebersihan kawasan kebun yang baik dapat mengurangkan risiko pokok dan buah petai diserang perosak. Aktiviti menuai petaai dijalankan apabila ia cukup matang dengan menggunakan galah atau panjat pokok. Buah petai segar dijual dengan RM50 setiap 100 keping mengikut gred. Pasaran buah petai adalah tinggi di Lembah Kelang dengan hargan RM 4.00 - RM5.00 setiap 3-4 papan. Makan petai segar dengan kadar berpatutan akan membantu anda menjadi sihat, Wasallam!.
TANAM PETAI... BENIH BERKUALITI..
DALAM BARISAN...CARA EMPAT SEGI...
JAGA TANAMAN...IKUT TEKNOLOGI...
DIPETIK DIJUAL...UNTUNG PASTI...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Parit Bengkok,
Gersik, Ledang,
Johor , Malaysia.
(28 Safar 1435H)
Kemaskini pada 8 Oktober 2014
Kemaskini pada 8 Oktober 2014
No comments:
Post a Comment