CASHFLOW LEBAH IMPOT (Apis mellifera) merupakan satu ringkasan aliran wang tunai dalam perlebahan untuk kita membuat persediaan dalam usaha memulakan projek ternakan lebah madu. Terdapat 3 jenis lebah madu yang menghasilkan madu dan produk lain berasaskan lebah di negara kita iaitu Lebah Impot (Apis mellifera), Lebah Keran atau Lebah Tempatan (Apis cerana) dan Lebah Tualang (Apis dorsata). Lebah Tualang merupakan jenis lebah liar yang lazimnya membuat sarang pada pokok tualang dikawasan hutan didahan yang tinggi. Lebah liar ini memang tidak boleh diternak kerana sifar semulajadinya memang begitu. Bagaimana pun lebag impot dan lebah keran boleh diternak secara moden menggunakan haif atau kotak lebah dan boleh mempunyai sistem pengurusan yang sistematik. Selain itu kini telah popular penternakan Stingless Bee atau Kelulut (Trigona spp) dikalangan usahawan tempatan. Bagi mereka yang ingin menceburi aktiviti penternakan lebah madu sebaiknya menghadiri kursus asas teknikal dan pengurusan yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian atau lain-lain agensi kerajaan atau anjuran swasta. Cara ini akan membolehkan seseorang itu mendapat pengetahuan asas bagaimana teknologi penternakan lebah madu. Kursus-kursus lanjutan boleh menambah kemahiran usahawan lebah dalam beberapa teknik khusus seperti penyediaan ratu lebah, royal jelly, pemprosesann produk dqan sebagainya. Penulis fikirkan antara komponen penting dalam kursus perlebahan dan persediaan memulakan penternakan lebah madu adalah mengenai cashflow. Artikel petang Sabtu ini selepas balik dari memberi ceramah kursus lebah di Kuantan saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai cashflow ternakan lebah untuk dijadikan bahan rujukan.
Antara andaian untuk cashflow lebah yang penulis bentang kali ini adalah jenis lebah impot (Apis mellifera) yang diternak dalam kawasan Pokok Akasia (Acacia mangium). Pokok akasia merupakan tumbuhan yang banyak menghasilkan nektar sepanjang tahun dan sesuai untuk dijadikan kawasan ternakan lebah madu. Nektar atau manisan ini dikeluarkan pada celah daun (Leaf petiol) pada siang hari untuk dikutip oleh serangga seperti lebah, semut, kerengga, rama-rama dan sebagainya (Sila lihat foto sebelah). Pokok akasia merupakan antara spesis tumbuhan yang banyak mengeluarkan nektar selain daripada sumber nektar daripada pokok hutan, rumput israel, belimbing, Bunga Pengantin (Honolulu creepers), kelapa, nenas dan banyak lagi. Cashflow ini kurang sesuai untuk digunakan bagi tumbuhan sumber nektar selain pokok akasia. Jangkamasa cashflow ini adalah untuk 5 tahun dengan memberikan anggaran pulangan yang baik jika projek lebah madu ini dijalankan dengan sempurna mengikut amalan baik. Cashflow ini menggunakan asas pengiraan sebanyak 50 haif bagi seorang usahawan untuk menjanjikan pendapatan bersih bulanan melebihi RM5,000 sebulan. Program seperti Usahawan Agropreneur Muda Lebah anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani merujuk kepada cashflow ini untuk dijadikan asas pengiraan dan penyediaan pelan perniagaan (Business Plan).
Anggarah pendapatan kasar ladang atau Jumlah Aliran Wang Masuk bagi cashflow ini adalah sebanyak RM516,000 untuk 5 tahun dengan kuantiti pengeluaran madu sebanyak 6 kg/haif sebulan. Jika 80% dari jumlah haif berhasil (40 haif sahaja) maka jumlah pengeluaran madu lebah setahun sekitar 2,880 kg. Purata harga ladang madu lebah akasia ekitar RM40.00 sekilogram menjadkan tahun pertama aliran wang masuk sebanyak RM 55,200. Tahun ke 2-5 memberikan jumlah pendapatan kasar sebanyak RM 115,200 setahun. Ini tidak mengambil jumlah pendapatan daripada hasil jualan royal jelly, propolis, lilin lebah, pollen, perkhidmatan jualan koloni, perkhidmatan untuk pendebungaan dan perkhidmatan perlancongan lebah madu. Jika usahawan mampu menghasilkan ;ratu lebah' berkualiti mereka mampu menjana pendapatan ladang jauh lebih tinggi. Bagaimana pun jumlah pendapatan kasar ini juga akan berubah jika berlaku perubahan dalam kuantiti madu lebah dihasilkan,. harga ladang madu lebah dan tahap keaktifan koloni lebah serta berbagai faktur lain.
Kos Pengeluaran Lebah Madu Apis mellifera dikawasan hutan belukar akasia boleh dibahagikan kepada empat jenia atau kategori. Kos Pengeluaran bagi usahawan yang baru ceburi bidang ini meliputi Kos Pembangunan, Kos Bahan Input, Kos Operasi, Kos Buruh dan Kos Pelbagai atau juga sebagai jenis Kos Luarjangka (Contigencies cost). Kebanyakan kos ini diperlukan untuk tahun pertama operasi dimana ia memerlukan modak mencukupi untuk memulakan projek perlebahan. Modal asas sama ada memggunakan duit sendiri atau pinjaman perlu disediakan dengn jumlah mencukupi. Antara pembiayaan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia dibawah Program Agropreneur muda adalah Pakej Agripreneur Muda Lebah yang memberi pinjaman sebanyak 70% dan bantuan kewangan grant berbentuk input daripada MOA sebanyak 30%. Kemudahan ini membolehkan belia yang berumur 40 tahun kebawah untuk memohon projek perlebahan dikawasan hutan akasia dengan lebah madu jenis Apis mellifera secara komersil. Mereka perlu mendapatkan latihan mengenai penternakan lebah madu dari Jabatan Pertanian dan lain-lainpusat latihan lebah madu yang sesuai. Bersambung pada Artikel Part 2. Wasallam!.
CASHFLOW LEBAH... BAGAIMANA...
ALIRAN WANG MASUK...BANYAKNYA...
HASIL MADU... PRODUK LAIN JUGA...
JADI PANDUAN... UNTUK SEMUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kursus Latihan Lebah Madu,
Pusat Pertanian Inderapura,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(13 September 2014)

No comments:
Post a Comment