TERNAKAN LEBAH MADU (Honey Bee) merupakan satu akiviti yang agak kurang diberi perhatian oleh usahawan muda di Malaysia. Lebah Madu merupakan serangga hidupan yang terbang dan bersarang di lokasi khusus sama ada diternak atau lebah liar dihutan. Kajian penulis mendapati di Malaysia terdapat seramai 730 orang usahawan lebah madu yang aktif didaftarkan kepada Jabatan Pertanian Malaysia sebagai satu sumber rujukkan yang berguna. Antara negeri yang paling ramai mempunyai usahawan lebah adalah Negeri Sabah dengan seramai 625 orang usahawan diikuti dengan Kedah (20 orang) dan Kelantan (17 orang) usahawan lebah madu dan melibatkan sebanyak 23,385 kotak haif (Laporan dari Jabatan Pertanian 2013). Lebah adalah sekelompok besar serangga yang dikenali ramai dimana ia bersosial dan berkelompok meskipun sebenarnya tidak semua lebah adalah bersifat demikian. Semua lebah masuk dalam suku atau familia Apidae (ordo Hymenoptera). Apa yang saya belajar, lebah merupakan serangga yang menghasilkan madu dan produk-produk lain berasaskan lebah yang telah lama dikenali manusia. Sejak zaman purba manusia memburu sarang lebah di gua-gua, di lubang-lubang pokok serta tempat-tempat lain untuk diambil madunya. Lebah juga boleh menghasilkan produk yang yang sangat diperlukan untuk dunia kesihatan seperti produk royal jelly, pollen, lilin dan sebagainya. Selanjutnya manusia mulai menternak lebah madu secara komersil dengan memakai gelodog kayu dan pada masa ini menggunakan Haif Lebah iaitu sistem berpusat. Di Malaysia teknik menternak lebah secara komersil masih pada tahap belum matang kerana masih sedikit usahawan yang berkecimpong menternak lebah madu secara komersil berbanding dengan negara lain. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai temuan teknologi menternak lebah madu untuk rujukan dan bacaan anda.
Pengurusan Penyakit Lebah Madu perlu dijalankan bagi mempastikan koloni lebah sentiasa banyak dan aktif. Antara jenis Penyakit Lebah di kawasan tropika adalah seperti Foulbrood, Sacbrood, Chalkbrood, Stonebrood, Adled brood, Acarine dan Nosema. Saya memang dengar agak pelik jenis-jenis nama penyakit ini tidak seperti penyakit pada tanaman. Asas kepada atasi masaalah penyakit pada koloni lebah adalah tahap kebersihan dalam haif lebah. Penyakit seperti 'Foul Brood' yang menyerang mempunyai dua jenis iaitu American Foul Brood disebabkan oleh Bacillus spp pada larva dan Penyakit European Foul Brood yang juga disebabkan oleh patogen Streptococcus pluton. Penyakit ini menyerang dibahagian kom pada bingkai lebah terutama pada kawasan yang basah atau lembap. Jenis Penyakit Chalk Brood pula disebabkan oleh kulat iaitu Pericustis apis. Kulat ini selalu tumbuh pada kom sel dimana ia akan terus menutup sel sehingga larva didalam sel kom akan mati. Penyakit Stone Brood pula disebabkan oleh sejenis kulat jenis Aspergillus flavus dan Aspergillus fumigatus. Tempat sel larva yang diserang akan berubah menjadi seperti batu yg keras. Penyakit Addled Brood adalah disebabkan oleh telur ratu yang cacat dari awal penghasilan telur oleh lebah ratu. Seterusnya adalah jenis Penyakit Acarine yang disebabkan oleh sejenis kutu dinamakan dengan Acarapis woodi yang hidup dalam tengkorok lebah sehingga boleh menyebabkan lebah mengalami kesukaran untuk ia terbang. Jenis Penyakit Nosema atau Amoeba ini pula disebabkan oleh Nosema apis yang hidup didalam perut Lebah iaitu bersama sejenis parasit dikenali sebagai Malpighamoeba mellificae yang hidup dalam sistem pembuluh lebah dan akan menuju usus dan menyebabkan kematian lebah.
Perosak yang menyerang lebah madu pula terdiri daripada jenis serangga dan haiwan lain. Paling besar adalah beruang yang tinggal dihutan akasia dan ia akan makan madu dari dalam haif lebah. Seterusnya serangan burung berek merupakan ancaman kepada penternak lebah terutama dikawasn pesisir pantai barat Semenanjung Malaysia. Kawasan di Kg Serkat di Pontian, Johor melaporkan kadar serangan burung berek yang serius pada musim tertentu. Mengkarong dan Katak memang pemakan serangga dimana kehadirannya akan menganggu koloni lebah. Bagaimana pun Semut merupakan antara ancaman haif lebah kerana ia akan mencuri makanan manisan dan debunga serta membunuh anak lebah dan larva dalam kom lebah. Ia perlu dielakkan dengan cara menggunakan minyak atau kolam air keliling tiang haif. Tabuan atau Tebuan (Wasps) juga membunuh lebah dengan cara memakan manisan dalam perut lebah yang baru balik kehaif dan lebih dahsyat kalau ia masuk dalam haif lebah. Kupu-kupu yang masuk kedalam haif juga akan bertelur pada kom dan bingkai dimana larvaynya yang menetas akan merosakkan bingkai haif lebah. Kehadiran tikus juga mampu merosakan bingkai dan kom lebah dan kesemua perosak tersebut perlu dikawal dengan berkesan. Kawalan dilakukan dengan lakukan pemeriksaan hais mengikut jadual dan memasang pintu khas (hanya lebah sahaja boleh keluar masuk). Bersambung pada artikel teknologi perlebahan Part 6. Wasallam!.
MENTERNAK LEBAH...MINAT UTAMA...

ADA KURSUS... DAPATKAN ILMUNYA...
MENCARI KAWASAN... SIAP HAIFNYA...
CARI KOLONI... PASTIKAN BERJAYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Apiari Nasional,
Parit Botak, Senggarang,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(26 Syawal 1435H)
MENCARI KAWASAN... SIAP HAIFNYA...
CARI KOLONI... PASTIKAN BERJAYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Apiari Nasional,
Parit Botak, Senggarang,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(26 Syawal 1435H)
No comments:
Post a Comment