TANAMAN KOPI (Coffea spp.) di Malaysia banyak terdapat di kawasan-kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan sedikit dibahagian Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak. Penulis dapati ianya diusahakan secara tanaman tunggal atau pun secara selingan di kawasan-kawasan kelapa yang sedia ada. Berdasarkan laporan statistik Jabatan Pertanian 2013, terdapat seluas 5,667 hektar tanaman kopi dengan hasil sebanyak 16,608 metrik tan bernilai sebanyak RM10.83 juta yang majoriti ditanam di Johor, Selangor dan Perak. Dari segi sejarah, tanaman kopi dikatakan berasal daripada kawasan Tropika di Benua Afrika dan kemudian ia dibawa ke Malaysia pada tahun 1779 dengan jenis Arabica merupakan jenis kopi yang mula-mula diperkenalkan. Perusahaan kopi tempatan mula berkembang apabila kopi jenis Liberica ini diperkenalkan oleh Leonard Wray pada tahun 1875. Kini penanaman kopi di Malaysia menjadi semakin kurang diminati oleh petani kerana beberapa faktur. Antara faktur itu seperti pendapatan yang rendah disebabkan harga biji kopi yang rendah serta tidak menentu, kos memungut hasil yang tinggi dan saingan dengan tanaman gantian lain seperti tanaman kelapa sawit. Walau pun pada masa ini hanya kopi jenis Liberica (Coffea liberica) sesuai ditanam terutama di Semenanjung Malaysia, tetapi tahap pendapatan masih juga rendah. Negeri-negeri pengeluar utama jenis kopi ini ialah Johor dan Selangor. Manakala kopi jenis Robusta (Coffea robusta) pula banyak ditanam di beberapa negeri di Utara Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Setakat ini tanaman kopi di Malaysia masih kurang memuaskan dari segi pengeluarannya disebabkan oleh harga biji kopi yang tidak stabil. Ini juga menyebabkan perusahaan kopi tidak diusahakan secara komersil dan hanya secara kecil-kecilan sahaja. Harga kopi di pasaran tempatan adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor dalaman dan luaran. Faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi harga biji kopi ialah gred kopi, kaedah pemperosesan biji kopi dan juga marjin pemasaran. Faktor luaran pula ialah status penawaran dan permintaan di peringkat antarabangsa dima kopi yang diimpot lebih murah. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai jenis-jenis kopi yang ditanam untuk menghasilkan biji kopi bagi dijadikan serbuk kopi yang terdiri daripada pelbagai jenama.
Pemerhatian dan pengalaman penulis mendapati pokok kopi yang ditanam menggunakan biji benih akan mula mengeluarkan bunga lebih kurang setahun selepas ditanam di ladang. Ini berbeza daripada anak benih yang ditanam menggunakan baka cantuman di mana ia akan mula mengeluarkan bunga pada peringkat umur 6 - 9 bulan selepas ditanam. Lazimnya buah kopi jambu berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi kuning dan merah apabila masak (Sila lihat foto disebelah kanan). Biasanya buah kopi yang dipetik dipanggil sebagai "Kopi Jambu" walau pun ia tidak ada kaitan dengan buah jambu. Buah kopi ini mengandungi dua biji "Kopi Beras" iaitu isi biji walaupun ada terdapat buah yang mempunyai satu biji sahaja yang dinamakan pea atau pun berry. Kopi jenis Liberica mengambil masa 8-13 bulan dari tarikh untuk pengeluaran bunga dan jangkamasa untuk masak. Dilaporkan juga kopi jenis Robusta pula mengambil masa antara 9-10 bulan untuk masak sebelum dipetik secara manual dengan tangan. Jenis kopi yang ada di tanam ini sangat banyak ragamnya. Bagaimana hanya empat jenis kopi yang diusahakan petani dan didagangkan secara komersil diseluruh dunia. Empat jenis kopi yang banyak diusahakan adalah jenis Kopi Arabika, Robusta, Liberica dan Excelsa. Laporan FAO menyatakan bahawa sebanyak 70% jenis kopi yang beredar di pasaran dunia adalah kopi arabika dan diikuti dengan jenis kopi robusta sebanyak 28% dan bakinya adalah kopi Liberica dan Excelsa.
(3) KOPI LIBERICA
Kopi liberica (Coffea liberica) boleh hidup dan tumbuh dengan baik dikawasan tanah dataran rendah dimana robusta dan juga arabika tidak sesuai ditanam. Jenis kopi amat sedikit ditanam didunia iaitu hanya menguasai 2% daripada pengeluaran kopi dunia bersama dengan kopi Excelsa. Jenis ini paling tahan pada penyakit Karat Daun (HV disease) jika ia dibandingkan dengan jenis lainnya. Ini merupakan jenis kopi yang banyak ditanam di Johor dan Selangor dengan cara penanaman berintergrasi dengan kelapa dan tanaman lain. Mungkin inilah yang menjadi kelebihan dan juga keunggulan kopi liberica yang sesuai untuk tanah rendah dan juga agak lasak. Dari segi ukuran daun dan juga sistem percabangan, lazimnya ketinggian pokoknya bagi jenis kopi liberika lebih besar dari arabika dan robusta. Pokok Kopi liberica bagaimana pun memerlukan program mencantas yang sistematik agar petani mampu untuk memungut hasilnya dengan mudah. Dari segi kualiti biji kopi ada yang mendakwa bahawa mutunya dianggap lebih rendah dari robusta dan arabika. Buah Kopi liberica mempunyai ukuran buahnya tidak seragam dimana ada biji kopi yang besar dan ada yang kecil sahaja walau pun sudah matang. Saiz buah yang besar adan kecil serta masak tidak seragam memang bercampur dalam satu tangkai. Selain itu rendemen kopi liberica juga sangat rendah iaitu sekitar 12%. Perkara ini yang yang membuat para petani kurang minat untuk menanam jenis kopi ini. Produtiviti jenis kopi liberica hanya sekitar 400 - 500 kg/ha/tahun. Kopi Liberica juga akan dapat berbunga sepanjang tahun dimana cabang primernya dapat bertahan dengan lebih lama. Dalam satu dahan ia boleh berbunga lebih dari satu kali dalam setahun dimana kita boleh mengambil nektar bunga kopi dengan menternak lebah madu. Di negara Indonesia saya dapat maklumat bahawa jenis kopi ini ditanam di Pulau Jawa dan Lampung dan menjadii sumber pendapatan petani petani tempatan. Penanaman kopi jenis ini semakin berkurangan di Malaysia dimana ia telah pun banyak telah ditebang dan digantikan dengan tanaman kelapa sawit. Jabatan Pertanian ada juga mengeluarkan anakbenih kopi liberica daripada varieti tempatan seperti MKL dan sebagainya. Wasallam!.
JENIS KOPI... NAMA LIBERICA...
TANAH RENDAH...DITANAMNYA...
ADA HASIL..RENDAH HARGANYA...
SEPANJANG TAHUN...ADA BUAHNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Kelompok Tanaman Kopi,
Kg Sg Nibong, Batu Pahat,
Johor, MAlaysia.
(29 Zulkaedah 1435H)

No comments:
Post a Comment