Saturday, September 27, 2014

KELULUT - POTENSI

LEBAH KELULUT merupakan satu kenyataan yang kini menjadi 'hot item' kerana Lebah Kelulut (Trigona sp) telah dipromosikan dengan hebat untuk diternak secara komersil atau hobi sahaja. Ramai dikalangan mereka yang telah pun mendengar berita menternak kelulut melalui media eletronik atau media cetak atau alatan Smartphone akan mencari maklumat setelah berminat. Lebah Kelulut (Stingless Bee) memang telah lama ujud secara semulajadi dipersekitaran kita terutama dikawasan kampong-kampong sejak dulu kala tanpa dihiraukan. Kini apabila madu kelulut dijual dengan harga tinggi dan mempunyai khasiat yang sangat hebat untuk kesihatan serta ada permintaan tinggi dikalangan pengguna, amat wajar aktiviti penternakan lebah kelulut  ini digalakkan. Kalau anda melayari internet akan berjumpa dengan banyak informasi mengenai lebah kelulut yang sebenarnya serangga kecil yang banyak membantu tumbuhan untuk proses pendebungaan (pollination process). Ia merupakan sejenis serangga berfaedah (beneficial insects) yang sewajarnya dipelihara bagi mendapatkan menafaatnya bukannya dibunuh atau diusir daripada kawasan kebun. Kini satu koloni lebah kelulut yang produktif boleh dijual dengan harga tinggi sebagai sumber pendapatan kerana ia mempunyai permintaan yang amat tinggi. Kemahiran pemilik dan penternak kelulut untuk dapat menghasilkan koloni lebah kelulut baru boleh memberikan pulangan yang baik. Artikel kali ini say menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ringkasan potensi penternakan lebah kelulut untuk dijadikan panduan semua bakal penternak. Jika ada sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pakar-pakar di Jabatan Pertanian, MARDI atau menghubungi penternak lebah kelulut komersil dilokasi tertentu.


Menternak lebah (sama ada Lebah Madu atau Kelulut) tidak sama dengan aktiviti pertanian lain seperti tanaman, ternakan haiwan atau perikanan dan Industri Asas Tani. Ini kerana ia sangat terpengaruh dengan persekitaran dan cuaca serta amalan pengurusan yang dijalankan. Serangga lebah memerlukan 'BUNGA' (flowers) untuk dikunjungi bagi mengambil nektar dan debunga (pollen) sebagai sumber makanan utama. Nektar adalah sejenis manisan yang dikeluarkan oleh kebanyakan bunga tumbuhan terpilih (ada banyak juga jenis bunga yang tiada nektar ) yang lazimnya berada dibahagian dalam kelopak bunga. Debunga pula adalah gamet dihasilkan oleh bunga sebagai unsur untuk disenyawakan dalam pistil (ovary) bagi menghasilkan buah dan biji. Nektar dan pollen ini dikutip oleh lebah kelulut dari banyak kuntum bunga pada waktu siang hari dengan keadaan cuaca baik (tidak hujan atau ribut). Kelulut memeng tidak akan keluar dari sarang atau haif ketika hujan lebat kerana tidak sesuai. Oleh itu perkara asas memahami cashflow lebah kelulut adalah membuat analisis tentang 'pattern' cuaca dan persekitaran untuk menternak lebah kelulut. Lazimnya pada musim hujan (monsoon season) amalan pengurusan penternakan kelulut perlu diubahsuai. Makanan tambahan kelulut perlu diberikan jika keadaan memerlukan agar bilangan anggota dalam koloni akan utuh dan tidak menjadi lemah atau berkurangan.


Bagi memulakan ternakan kelulut seseorang itu perlu mendapatkan ilmu dan kemahiran menternak kelulut melalui kursus teknikal atau belajar sendiri dari penternak dilokasi yang menternak kelulut. Seterusnya mereka perlu mencali lokasi sesuai dan MODAL untuk memulakan aktiviti. Keperluan modal permulaan untuk menternak kelulut dianggarkan sebanyak RM 8,000 untuk 5 koloni yang awal. Ini adalah untuk pembelian koloni kelulut (Dalam Kayu atau Dalam Haif), Kemudahan Tiang, Alatan Mengutip Madu Kelulut, Penapis, Botol Madu, Label, Kos penyediaan tanaman dan makanan tambahan. Kos membeli koloni kelulut adalah paling tinggi dimana harga pasaran sekarang sekitar RM 400 - RM 500 satu koloni. Wasallam!.


LEBAH KELULUT...KECIL SAIZNYA...
TIDAK SENGAT... SEDIKIT MADUNYA...
CARA MENTERNAK...MUDAH DIJAGA... 
SEMAK CASHFLOW... DARI MULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Pertanian Sekayu,
Kuala Berang,
Terengganu,
malaysia.
(17 Syawal 1435H)

No comments: