POKOK GELAM (Melaleuca cajuputi Powell) merupakan sejenis tumbuhan tropika yang terdapat dinegara kita dan kawasan rantau ASEAN yang lain sebagai khazanah alam. Tumbuhan ini tumbuh secara semulajadi dibeberapa lokasi khususnya tanah dikawasan rendah yang lembab dan jenis tumbuhan daripada keluarga Myrtaceae yang menjadi sebahagian daripada tanaman spesis perlindungan. Di Malaysia kawasan tumbuhan hutan gelam ini banyak terdapat dikawasan tanah lembab seperti dikawasan tebing sungai, kawasan tepi laut dan juga kawasan pendalaman yang banyak air. Tumbuhan ini memang tidak dipedulikan oleh masyarakat tempatan dahulu kerana ia dikatakan jarang dimenafaatkan kecuali untuk dijadikan kayu api, bahan untuk buat perabot, kayu untuk kraf kayu, kayu untuk buat pondok kebun dan pagar kebun. Bagaimana pun kini ramai orang sudah tahu akan kepentingan hutan gelam sebagai sistem pengimbang alam sekitar dan juga sumber nektar yang amat baik untuk ternakan lebah madu. Kini industri penternakan lebah madu yang masih produktif adalah daripada kawasan hutan gelam dengan menggunakan Lebah Madu Impot (Apis mellifera), Lebah Keran (Apis cerana), Lebah Kelulut (Trigona spp). Kawasan hutan gelam juga sering ujud sarang Labah Tualang (Apis dorsata) yang mana dikawasan hutan gelam memang banyak sumber makanan. Madu daripada bunga gelam juga dijual dengan harga premium sekitar RM70 - RM100 sebotol kerana kualiti yang amat baik berbanding dengan madu dari sumber makanan lain. Artikel pagi Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pokok gelam dan faktur asas mengenai kepentingannya dengan alam sekitar untuk bahan bacaan anda.
Pokok Gelam mempunyai bentuk pokok yang tumbuh menegak dengan ketinggian sekitar 20 - 25 meter. Antara keunikan pokok gelam adalah bahagian batangnya yang dikatakan mempunyai kulit nipis seperti kertas yang berlapis-lapis dan kayunya adalah jenis kayu keras (Sila lihat foto disebelah). Pokok yang dikategorikan sebagai sederhana besar ini mempunyai banyak cabang dibahagian atas dengan banyak ranting-ranting terbentuk dimana dihujungnya ada banyak daun. Daun pokok gelam berbentuk kecil dan bujur tirus tajam dihujungnya dengan saiz daun sekitar 10 -12 cm panjang dan 3 - 5 cm lebar dengan warna hijau pekat. Daun muda lazimnya kecil dengan ujud seakan berbulu yang keluar berangkai. Pokok gelam lazimnya tumbuh disatu lokasi dengan banyak dan akan membentuk apa yang dikatakan sebagai 'Hutan Gelam'. Bagaimana pun terdapat beberapa Majlis Kerajaan Tempatan yang telah menanam pokok gelam dibeberapa lokasi tertentu seperti taman permainan atau taman rekreasi sebagai tanaman landskap yang menarik.
Pokok Gelam kini mempunyai nilai yang tinggi dalam perseimbangan alam sekitar. Ini kerana pokok gelam menghasilkan banyak bunga yang menjadi sumber makanan penting kepada banyak hidupan liar seperti burung, tupai, semut, kerengga dan juga sumber nektar untuk lebah madu (Sila lihat foto tupai disebelah). Bunga Gelam dalam JAMBAK BUNGA yang berwarna putih krim yang panjang (4 - 8 cm) mempunyai banyak filamen dan menghasilkan banyak nektar dan debunga. Burung dan tupai akan menjadikan bunga gelam sebagai sumber makanan yang lazat dalam ekosistem semulajadi. Pokok gelam akan menghasilkan biji setelah berlaku proses pembentukan lengai dan akan gugur ketanah untuk terus membiak. Pokok gelam adalah tumbuhan yang sangat lasak dan mampu tumbuh dalam keadaan berair atau keadaan sangat kering. Hutan gelam kebanyakannya adalah dikawal daripada aktiviti penebangan tanpa permit terutama dikawasan yang dilindungi daripada berlakunya hakisan pantai atau hakisan sungai dan sebagainya.
Pemulihan kawasan pokok gelam perlu dilakukan bagi menjamin hutan gelam akan terus ujud dimasa akan datang. Selain daripada persaingan antara pembangunan kawasan gelam dengan perbandaran maka beberapa inisiatif perlu dilakukan dengan menentukan bahawa kawasan gelam dikekalkan. Pembukaan hutan gelam digantikan dengan ladang kelapa sawit seperti mana yang kerap berlaku akan menyebabkan tumbuhan ini semakin pupus saban tahun. Hutan Gelam merupakan sumber nektar yang sangat baik untuk ternakan lebah madu dan lebah kelulut. Memang sewajarnya beberapa kerajaan negeri dapat mengekalkan hutan gelam ini sebagai agenda penting. Madu daripada bunga pokok gelam (Sila anda lihat foto disebelah) didakwa mempunyai nilai permakanan tinggi untuk perubatan dan kesihatan. Aktiviti penternakan lebah madu dalam hutan gelam menjamin pendapatan kepada penternak dan juga bekalan madu lebah tempatan kepada Malaysia. Memang amat wajar kerajaan mengekalkan hutan gelam ini untuk tujuan diatas. Semuga artikel pokok gelam kali ini memberikan info berguna kepada anda semua. Wasallam!.
POKOK GELAM... APA GUNANYA...
DIKAWASAN LEMBAB...IA BERADA...
HUTAN GELAM...BANYAK BUNGA...
SUMBER NEKTAR...MADU DIJANA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Hutan Gelam Kg Kesang Tasek,
Ledang (Dulu Muar), Johor,
Malaysia.
(7 Syawal 1435H)

No comments:
Post a Comment