MANGGIS dan MESTA (Garcinia mangostana) merupakan dua jenis buah-buahan yang sama tetapi tidak serupa daripada keluarga Clusiaceae. Buah tempatan ini adalah natif daripada Asia Tenggara speprti Malaysia, Indonesia dan Thailand yang juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti Sementah, Semetah, Mangostan, manggistan, Shan Zu (Taiwan) dan mangosuchin (Jepun). Buah manggis terkenal kerana sedap dan enak dimakan mentah. Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna atau sejenis getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju. Kulit manggis selalunya mempunyai kandungan bahan seperti Tanin, Resin dan Crystallizable Mangostine (C20H22O5) iaitu bahan yang membentuk sisik kuning keemasan. ia merupakan bahan tanpa rasa dan akan cair pada suhu 190° C. dan merupakan bahan mudah larut dalam alkohol atau ether/ ester serta tidak larut dalam air. Sulingan asas lead acetate boleh dihasilkan dari larutan alkoholnya. Pelarutannya dalam alkali akan mengurangkan larutan emas dan perak. Buah manggis mengandungi asid malik menjadikan isinya berasid. Kandungan getah yang terhasil dari pokoknya didapati mengandungi 88 peratus resin, larut dalam alkohol atau ether. Kulit buah manggis agak keras dan dengan garispusat 4-6 cm. Buah manggis terdiri daripada isi warna putih yang berukur garis pusat 3-5 cm. Bergantung kepada saiz buah dan tahap kemasakan lazimnya ia mungkin berbiji. Rasa manggis saya fikir boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau. Kulit manggis menghasilkan warna merah dan amat sukar ditanggalkan. Manggis dibuka dengan cara kita mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Selepas itu, ia mudah untuk membuka dan mengambil isinya. Artikel kali ini bagaimana pun saya akan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pencirian benih Manggis dan Mesta berdasarkan kepada maklumat daripada Jabatan Pertanian.
1. CIRI BUAH
1.1 BUAH MESTA (GA2)
1.2 BUAH MANGGIS TEMPATAN (Tiada Kod)
2. CIRI DAUN
2.1 MESTA (GA2)
1. CIRI BUAH
1.1 BUAH MESTA (GA2)
- Bentuk, warna dan isi seperti buah manggis
- Berasal dari Pahang (Terutama Daerah Temerloh)
- Pokoknya lebih kecil dan rendah
- Buah mesta berbentuk 'ovate' - Lihat foto diatas
- Isi yang manis dan kurang berjus
- Kurang getah berbanding manggis
- Kurang biji atau tiada biji
- Susunan ulas yang hampir sekata (biasanya 6 ulas)
- Tekstur isi halus dan agak kering (kurang berjus)
1.2 BUAH MANGGIS TEMPATAN (Tiada Kod)
- Nama lain adalah 'Manggis Kampung'
- Pokok lebih tinggi dan besar berbanding mesta
- Buah berbentuk bulat atau bulat leper
- Benyak getah dan ini sebabkan risiko Gamosis *(Sila klik disini)
- Isi manis dan berjus
- Bentuk buah adalah Bulat
- Buahnya adalah bergetah
- Terdapat isi 5-6 ulas dan mempunyai biji
- Susunan ulas tidak sekata (1-2 ulas saiz besar)
- Tekstur halus dan berjus
2.1 MESTA (GA2)
- Bentuk daun adalah Eliptik
- Bentuk sudut pangkal daun 'Obtuse'
- Bentuk apex daun adalah 'Aakuminat'
- Daun melengkung (strongly concave)
- Urat daun lateral jelas ia timbul
- Jarak antara urat daun lateral rapat
- Saiz lebih kecil dari daun manggis
- Bentuk daun adalah 'Eliptik'
- Sudut pangkal daun (induk) - bentuk rounded
- Bentuk apex daun adalah 'Akuminat'
- Daun lebih besar berbanding mesta
- Permukaan atas daun ada 'blistering' iaitu cembung antara urat daun lateral
- Kehadiran antosianin pada petiol
- Daun sama berkilat seperti mesta
Penerangan diatas diharap dapat membantu anda semua lebih mengenali akan pencirian pada manggis dan mesta yang selama ini mungkin ramai dikalangan kita kurang kenal. Bagaimana pun penulis fikir dengan pergi kekebun manggis dan mesta sahaja akan membuatkan kita lebih mahir dan kenal akan kedua jenis buah yang seakan sama tetapi memang tidak serupa dengan tunjukajar pakar dan petani yang mahir. Saya ingin merujuk kepada laporan media tentang buah manggis sebanyak 2 tan yang dibawa oleh kapalterbang MH370 yang hilang dari KLIA ke Beijing pada 8 Mac 2014, penulis tidak tahu untuk komen apa-apa kerana lazimnya pada bulan Mac setiap tahun memang tidak ada jenis Manggis atau Mesta dikeluarkan. Musim buah manggis dan mesta selalunya daripada bulan Jun - Oktober setiap tahun dan amat jarang buah manggis keluar pada diluar kalendar pengeluaran buah. Jadi apakah jenis manggis yang dibawa oleh MH370 itu?.... Siapa boleh jawab tentang persoalan misteri ini. Allahuakhbar!.
BUAH MANGGIS.... BUAH MESTA...
BUAH MANGGIS.... BUAH MESTA...
MACAM SAMA...MEMANG BERBEZA...
CARI BENIH MESTA...ADUH SIKSA...
SUDAHLAH MAHAL...SIAPA ADA...
DIBAWA TERBANG...KEMANA DIA...
MISTERI MH370... SIAPA MENJANGKA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Pertanian Kg Awah,
Temerloh, Pahang,
MAlaysia.
MAlaysia.
(18 Syawal 1435H)
No comments:
Post a Comment