Sunday, August 31, 2014

ALAT MENANAM JAGUNG ZULFA


ALAT MENANAM JAGUNG SEMI AUTO (Semi Auto Corn Planter) ciptaan Wan Zulfa daripada Temerloh, Pahang merupakan satu inovasi yang signifikan untuk digunakan oleh penanam jagung berskala komersil. Penulis telah berpeluang memeriksa alat ini yang terpilih dalam pertandingan inovasi pertanian anjuran Jabatan Pertanian sebagai satu usaha petani tempatan mencetuskan inovasi dalam bidang pertanian. Alat ini merupakan satu usaka adaptasi yang dilakukan oleh usahawan muda Wan Zulfa yang melibatkan diri dalam bidang pertanian dalam kawasan seluas 25 ekar di Kg Desa Murni, kira-kira 16 kilometer dati Bandar Temerloh. Selain menanam jagung sebagai aktivitii penting, beliau juga mengusahakan ternakan kambing dan penternakan ayam kampong yang semuanya dilakukan secara perladangan organik. Alat penanam jagung inovasi beliau merupakan satu keperluan dalam mengatasi masaalah teknologi untuk beliau menanam jagung manis diladangnya yang ditanam dengan luas dan berperingkat. Terdapat banyak ciptaan jentera untuk menanam jagung diluar negara terutama dinegara maju menggunakan Jentera Khas untuk menanam jagung secara meluas bagi pengeluaran jagung untuk makanan, minyak masak dan sebagainya. Jentera menanam ini berharga mahal dan sesuai untuk kawasan luas. Petani yang menanam jagung di Malaysia kebanyakannya adalah berskala kecil dengan purata keluasan selitar 1-2 hektar sahaja. Pada penelitian penulis, alat ini memang sangat praktikal, cekap, menjimatkan kos buruh, mudah digunakan dan diselenggara dan sesuai untuk digunakan ramai petani di Malaysia. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Tecnology" mengenai satu inovasi alat menanam jagung manis ciptaan dan adaptasi Wan Zulfa sekadar menambahkan ilmu untuk semua.  


Kaedah Tradisional menanam benih jagung dikawasan kebun petani yang konvensional adalah dengan menugal secara manual. Sekurang-kurang dua orang akan melakukan aktiviti ini dimana seorang akan membuat lubang penanaman dengan kayu tugal dan seorang atau dua orang lagi akan melletakkan biji benih dalam lubang tersebut dan menimbusnya (Sila lihat foto disebelah). Kajian peulis juga mendapati untuk kawasan kebun seluas 2 ekar lazimnya terdapat 21 batas dengan jarak tanaman jagung 3 kaki dan panjang batas sekitar 180 - 200 kaki. Kaedah menbanam secara tradisional bagi satu memerlukan masa selama 3 jam (180 minit) jika menggunakan 2 orang tenaga kerja. Oleh itu untuk menanam seluas 21 batas (2 ekar) kita perlukan masa selama 8 hari untuk disiapkan. Ini mengambil kira bahawa pekerja yang menanam jagung tersbut adalah telah mahir dalam aktiviti menanam jagung.  


Alat menanam jagung Semi Auti inovasi Zulfa ini mampu didapati membantu meningkatkan kecekapan menanam jagung. Untuk menanam jagung manis sebanyak 21 batas atau seluas 2 ekar dengan menggunakan alat ini hanya memerlukan seorang pekerja sahaja. Pekerja ini akan menorak mesin yang mengandungi benih jagung mengikut barisan lurus (Sila lihat foto sebelah). Masa yang diperlukan untuk menanam gunakan alat ini hanya 20 minit sahaja untuk satu batas. Keperluan bagi menanam 21 batas selama 420 minit atau sekitar 1 (satu) hari sahaja. Alat asal yang diimpot ini hanya mempunyai 'seeder tray' sahaja dengan pemegang yang menyukarkan penanaman terutama pada masa tanah lembab yang melekat pada mata penugal. Alat ini mampu menjimatkan kos dan masa untuk menanam jagung purata sebanyak 800%. Alat ini sangat mudah dikendalikan oleh seorang pekerja sahaja dan cepat melalukan penanaman dengan satu biji atau dua biji yang masuk dalam lubang penanaman.



Alat semi auto corn seeder yang asal diimpot dari luarnegara ini masih perlukan sedikit modifikasi kerana ia masih kurang sesuai pada tanah berair dan sangat lembap. Alat asal ini juga mempunyai pusingan roda dan gandar planter tidak stabil. Selalunya jika banyak tanah melekat di muncung (muncung planter masuk terlalu dalam) menyebabkan bijii benih tidak dapat jatuh kedalam lubang atau biji benih jatuh terlalu banyak. Oleh itu inovasi yang dilakukan adalah dengan menambah 2 tayar kereta tolak yang sesuai dan memasang sistem gandar yang lebih kuat. Inovasi dibuat juga dengan penambahbaikan pada mekanikal pengutip bijian (mekanikal dalaman) untuk melicinkan penanaman (Sila lihat foto diatas). Tayar ini akan menjadikan kerja lebih stabil semasa ditolak dan tidak mudah terbenam. Bijian benih jatuh dengan lebih baik dan selalunya akan mendapat barisan jagung yang lurus. Pada masa hadapan akan dilakukan modifikasi lagi agar proses pengguguran baja serentak dengan penanaman berlaku. Ini dengan menjadikan kepada twin corn planter dimana ia akan mampu dimiliki oleh petani berskala kecil atau perseorangan. Alat yang berharga RM 1,065 satu unit ini memang sangat senang digunakan serta cepat dan menjimatkan masa menanam. Ia mempunyai tahap kecekapan yang tinggi dan mampu menghasilkan keseragaman tanaman. Instimewanya dimana seorang pekerja mampu menanam seluas 2 ekar dalam masa 1 hari. Antara beberapa kelemahannya pula adalah ia tdak boleh digunakan pada musim hujan dan tanah yang terlalu lembap serta perlu kerja penyeleggaraan selepas digunakan. Kepada sesiapa yang berminat dengan alat ini boleh berhubung dengan Pejabat Pertanian Daerah Temerloh atau berhubung terus dengan Encik Wan Zulfa. Wasalam!.
TUGAL JAGUNG...CARA LAMA...
IA LAMBAT...PERLU DISEGERA...
MESIN BARU..INOVASI ZULFA...
SIAPA MINAT... CALL SAHAJA... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Latihan Kejenteraan Serdang,
Jabatan Pertanian,
Serdang, selangor,
Malaysia.
(30 Syawal 1435)

No comments: