Saturday, July 19, 2014

CENDAWAN JELI HITAM (Part 2)

CENDAWAN JELI HITAM (Auricularia auricula-judae) atau juga dipanggil sebagai cendawan Telinga Kera atau Jamur Kuping (Indonesia) dari famili Auriculariacae semakin mendapat tempat di kalangan penggemar cendawan. Ia dapat nama telinga kera kerana bentunya yang menyerupai telinga manusia dan juga telinga kera yang mudah kita mengenalinya. Laporan Jabatan Pertanian menunjukkan cendawan ini ada ditanam di Selangor (6), Johor (4), Kelantan (1) dan Sabah (2) dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 300 kg sehari atau 10.5 mt setahun melibatkan 13 orang usahawan atau syarikat pada tahun 2013. Jumlah ini amat jauh lebih kecil berbanding dengan pengeluaran daripada negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan lain-lainnya. Cendawan ini dikatakan mempunyai rasanya yang enak dan juga penanaman yang mudah serta sebagai varieti kepada cendawan yang sedia ada. Dikatakan bahawa antara kasiat cendawan adalah kerana ia mampu untuk merawat gangguan kardiovaskular, memecah darah beku, mengawal-atur tekanan darah, merendah kolesterol dan lipid. Ia juga produk sebagai antioksidan dimana ia akan melindungi dari kerosakan DNA dalam tubuh manusia dimana paling sering dikatanan ia mampu untuk mengurangkan berat badan. Dalam membuat lawatan keprojek menanam cendawan telinga kera ini saya fikir memang ia boleh diperluaskan lagi dengan promosi cendawan jenis ini kepada masyarakat umum untuk menambah kadar permintaan dipasaran. Artikel petang ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis artikel ke 2.695 mengenai potensi cendawan telinga kera bagi bacaan dan rujukan anda semua.


Cendawan Jeli Hitam atau telinga kera ini didapati memiliki banyak manfaat atau khasiat kesihatan. Dalam banyak laporan didakwa khasiatnya adalah dapat mengurangkan masaalah penyakit panas dalam badan dan juga rasa sakit pada kulit akibat luka bakar. Bila cendawan jeli hitam ini dipanaskan ia akan mengeluarkan lendir yang dihasilkannya dimana memiliki khasiat sebagai penawar (deactivation) zat-zat beracun yang ujud dalam makanan. Unsur racun dalam makanan sama ada bahan berbisa, jenis residu racun kimia atau dalam bentuk logam berat akan dapat dinyahkan oleh cendawan ini. Kandungan bahan yang terdapat dalam lendir cendawan telinga kera ini juga efektif untuk menghalang pertumbuhan bahan carsinoma dan sarcoma (jenis sel kanker) hingga 80 - 90%. Khasiatnya juga dilaporkan sebagai berfungsi dalam zat 'anti coagulant' yang mencegah dan menghalang berlakunya proses penggumpalan darah. Manfaat lain daricendawan ini dalam meningkatan tahap kesihatan adalah untuk mengatasi penyakit darah tinggi (hipertensi). Kesan daripada proses pengerasan pembuluh darah akibat penggumpalan darah dapat dikurangkan dengan makan cendawan ini. Mereka yang makan juga akan mudah untuk proses buang air besar (Orang kata 'Lawas') dan ini secara tidak langsung mengurangkan masaalah Buasir. 


Dalam dunia masakan penggunaan cendawan jeli hitam memang tidak asing lagi. Banyak menu atau resepi masakan berasaskan cendawan ini dipaparkan dalam lamanweb. Cendawan ini boleh disesuaikan dengan banyak cara masakan daripada dimasak sup (Sila lihat foto sebelah), sayur tumis, masak pedas, masak tauco, nasi goreng cendawan dan banyak lagi. Rasa cendawan ini yang enak dan lembut membolehkan banyak jenis masakan. Cendawan ini paling selalu digunakan sebagai campuran sup ini memiliki rasa yang cukup lazat dan ia berkhasiat.  Ia sesuai dimakan oleh semua golongan daripada yang muda sehingga orang tua-tua tanpa masaalah asalkan mereka suka makan jenis cendawan seperti ini. Cendawan ini dilaporkan mengandungi khasiat sebagai bahan makanan yang memiliki khasiat perubatan dan penawar racun. Manfaat daripada cendawan ini memang telah diketahui sejak ratusan tahun lalu oleh orang China sebagai makanan kesihatan dan ada dijuak di kedai Singseh. Apabila keluar lendir yang dihasilkan semasa dimasak maka cendawan akan jadi kental. Lendir cendawan akan dapat mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Cendawan ini dipercayai dapat merawat gangguan kardiovaskular iaitu memecahkan darah beku di dalam jantung manusia. Khasiat lain cendawan ini seperti menurunkan tekanan darah, merendahkan paras kolesterol dan juga lipid. Kajian menunjukkan cendawan jenis ini mampu melindungi kerosakan DNA dan juga antioksidan yang baik. Ada yang mendakwa cendawan ini membantu mengurangkan berat badan. Wasallam!.
NAMA JELI HITAM...TELINGA KERA...
ADA DITANAM.... DALAM MALAYSIA...
300 KG SEHARI... PENGELUARANNYA...
BANYAK KHASIAT... RAMAI SUKANYA...

By,
M Anim,
Senior Agronomist,
Kuarters Kerajaan Puutrajaya,
Precint 11, Putrajaya, 
WP, Malaysia.
(17 Ramadan 1435H)

No comments: