HERBA (Herbs) merupakan tumbuh-tumbuhan diketahui mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat kesihatan serta aroma untuk digunakan bagi kesihatan. Di Malaysia, perkataan herba memang dikaitkan dengan kaedah perubatan tradisional semenjak lama dahulu oleh masyarakat tempatan dan kini telah banyak jenis herba yang telah di komersilkan oleh usahawan-usahawan tempatan. Herba juga banyak digunakan oleh Masyarakat Melayu, India, Orang Asli dan Cina untuk ubatbagi menyembuhan dan juga bahan penguat tenaga batin. Terdapat banyak jenis herba yang ujud di negara kita dimana sebahagian telah dikomersilkan dan banyak yang masih tumbuh liar didalam hutan. Herba boleh diambil dalam pelbagai cara sama ada cara tradisional atau diproses menjadi macam-macam produk herba. Bagaimana pun cara paling mudah mengambil bahan herba paling asas adalah sebagai ULAM iaitu dimakan mentah (raw). Dalam pemerhatian penulis, lazimnya tumbuhan jenis herba kebanyakannya adalah mempunyai batang lembut dan banyak mengandungi air. Bagaimana pun terdapat juga herba yang ada batang keras yang digunakan daripada bahagian-bahagian tertentu tumbuhan tersebut. Artikel tengahari ini saya menulis satu artikel mengenai tumbuhan herba Part 3 dalam "Anim Agro Technology" untuk rujukan dan bacaan anda.
Halia (Ziniger officinale) merupakan sejenis tumbuhan kategori herba yang digunakan didalam perubatan purba China sejak dahulu lagi. Artikel mengenai tanaman herba boleh dibaca dalam artikel saya (klik disini). Halia digunakan sebagai bahan makanan untuk memanaskan badan, membuang angin yang terdapat dalam usus kecil dan usus besar, meredakan penyakit gout, batuk, migrain, sakit gigi, sakit tulang senggugut, sesak dada, menangkis serangan ulser serta dapat meredakan kekejangan otot. Ia juga turut digunakan untuk merawat rasa loya- loya serta meredakan tekanan. Lazimnya halia dimakan dalam bentuk segar, dibuat ramuan masakan, jus halia, teh sarbat halia, halwa halia dan sebagainya. Namun pengambilan dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan berlaku kompilasi didalam sistem penghadaman.
Ginseng (Panax ginseng) merupakan herba yang sangat bernilai didalam sejarah perubatan China. Diantara ginseng yang popular ialah Ginseng Korea dan juga Ginseng China. Ginseng ini sering digunakan sebagai tonik atau cacair untuk diminum. Ginseng telah didikatakan dapat melegakan ketegangan, menambahkan kadar metabolisma menurunkan kandungan darah didalam badan serta memperbaiki daya imun badan. Ia juga digunakan untuk merawat penyakit kencing manis, menurunkan kadar kolesterol, merawat gejala-gejala menopous yang dialami wanita yang telah putus haid,mengubat kelesuan serta untuk melindungi badan daripada serangan kanser. Ia juga sesuai untuk para ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Ia digunakan untuk mengecutkan sistem peranakan serta memperbaiki kelancaran darah. Ginseng ini selalu dijadikan tonik dan diminum. Namun terdapat lagi cara tradisional, iaitu dengan merebus ginseng ini untuk mendapatkan air pati rebusannya.
Cendawan atau Kulat (Mushrooms) merupakan hidupan dalam kategori herba yang sangat bernilai tinggi. Terdapat beratus jenis cendawan yang ujud didunia yamn mana sebahagiannya merupakan tumbuhan yang berkhasiat untuk dikomersilkan. Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Cendawan ini kebanyakannya tumbuh meliar dan dikutip oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula di dalam darah, menambah insulin di dalam darah, akan membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen khusus bagi mempertahankan badan dari serangan kanser. Cendawan ini boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan ini telah dijadikan serbuk di dalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di pasaran.
Selain itu terdapat juga jenis tumbuhan yang merbahaya kepada manusia. Walau pun tumbuhan ini dalam kumpulan herba, ianya mendatangkan kesan buruk kepada manusia. Tumbuhan ini perlu dielakkan dari manusia dalam penggunaannya terutama jika diguna melibatkan untuk dimakan. Terdapat banyak jenis herba jenis ini yang terdapat didalam hutan belukar. Diantaranya adalah seperti Kecubung (Datura metal) yang juga turut dikenali oleh penduduk tempatan sebagai kecubong, terung pengar, terung pungak dimana ia merupakan tumbuhan yang dilaporkan beracun. Tumbuhan herba ini boleh menjangkau ketinggian sehingga 6 kaki. Terdapat juga spesis yang boleh tumbuh melebihi ketinggian ini pada keadaan tertentu. Tumbuhan ini ujud dikawasan beriklim panas lembab di seluruh dunia. Selain daripada tumbuh meliar, ia juga ditanam untuk digunakan sebagai bahan didalam perubatan tradisional. Kesemua bahagian tumbuhan ini adalah beracun terutama bahagian biji dan daunnya. Ciri-ciri keracunannya tidak akan hilang atau terhapus walau bahagian tersebut dimasak atau dikeringkan. Hiosin dan hiosamin merupakan antara alkaloid yang banyak ditemui di dalam buah, daun, ranting dan akarnya. Biji dari tumbuhan ini merupakan sumber utama sebatian ini. Kesemua sebatian ini mempunyai sifat anti koligernik dan sedikit kesan narkotik. Kesan toksiknya akan mula ternyata iaitu didalam jangkamasa beberapa minit hingga beberapa jam selepas tumbuhan ini dimakan. Gejala yang berlaku seperti rasa mual kelihatan serta rasa haus, kering mulut, pembesaran anak mata dan lain-lain lagi.
Pada kepekatan yang lebih tinggi, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan darah tinggi, sawan, koma dan boleh membawa maut. Walaupun tumbuhan ini beracun, namun ada beberapa bahagian tumbuhan ini kerap digunakan didalam perubatan tradisional. Ia turut digunakan sebagai ubat cacing kepada kanak-kanak, merawat bisul, sakit otot, cirit birit dan untuk melegakan sakit gigi dan bengkak-bengkak badan. Ia hanya digunakan di bahagian luar badan secara bersendirian atau dicampur dengan tumbuhan lain. Memandangkan kesan toksik yang mungkin berlaku didakwa adalah dinasihatkan supaya pengguna mendapat nasihat yang sewajarnya sebelum menggunakannya. Jangan gunakan kecubung tanpa nerujuk kepada mereka yang tagu, Perkataan 'kecubung' itu sendiri memberi makna yang agak menakutkan.
Dari apa yang dibincangkan di atas dapatlah saya simpulkan bahawa tumbuhan herba memberi manfaat yang tidak ternilai kepada manusia. Lebuh banyak kajian dan penulisan serta promosi mengenai tumbuhan dan produk herba tempatan yang perlu dilakukan. Sama ada kita menggunakan herba yang telah diekstrak atau masih didalam keadaan yang asli apa yang penting adalah kepentingan tumbuhan herba ini tidak dapat disangkal lagi. Tumbuhan herba ini juga merupakan anugerah yang tidak ternilai untuk digunakan oleh manusia sejak dahulu terutama kepada mereka yang memerlukan. Apa yang penting kita mesti berusaha untuk mencari penawar yang berkesan bagi setiap penyakit itu. Keujudan industri herba membantu rakyat gidup sihat disamping sistem perubatan moden yang serba cnggih. Industri herba negara kini dipacu dengan program di bawah NKEA iaitu EPP 1 iaitu didalam Pembangunan Projek Herba yang diberikan peruntukkan dalam jumlah yang banyak untuk dilaksanakan. Produk herba dari negara kita boleh ditingkatkan nilai pengeluaran bahan mentah dan produk akhir dengan perancangan rapi serta perlaksanaan yang terancang. Wallahualam!.
TANAMAN HERBA... BANYAK JENISNYA...
DIJADIKAN ULAM... MAKAN NASI SAMA...
KHASIAT BERNILAI... ADA BUKTINYA...
DITANAM LUAS...KOMERSIL PRODUKNYA...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Bilik 127, Hotel Seri Malaysia,
Air Keroh, Melaka,
Malaysia
(30 RabiulAwal 1434H)
(Published on 20 Jun 2014)

Penulis bercuti di London... ambil herba (Garlic product). |
DIJADIKAN ULAM... MAKAN NASI SAMA...
KHASIAT BERNILAI... ADA BUKTINYA...
DITANAM LUAS...KOMERSIL PRODUKNYA...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Bilik 127, Hotel Seri Malaysia,
Air Keroh, Melaka,
Malaysia
(30 RabiulAwal 1434H)
(Published on 20 Jun 2014)
No comments:
Post a Comment