GARAM (Salt) merupakan bahan mineral yang memang amat dekat dengan kehidupan manusia. Hampir semua manusia memerlukan rasa masin dalam penyediaan makanan setiap hari kecuali mereka yang ada masaalah kesihatan dan sebagainya. Garam sebenarnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu sebagai garam makan atau garam batu. Garam ialah sejenis galian yang komponen utamanya ialah Natrium klorida (NaCl). Ia sangat penting untuk memberikan rasa masin dalam kehidupan manusia dan sesetengah haiwan ternakan dalam kuantiti kecil. Kini dalam masyarakat moden, ramai diantara kita yang cukup jaga dalam pengambilan garam kerana ia merbahaya jika diambil dengan kuantiti berlebihan. Rasa garam adalah 'Masin' iaitu merupakan salah satu daripada rasa asas oleh lidah manusia selain daripada Manis, Pedas, Pahit, Kelat, Masam dan lain-lain lagi. Semua orang tahu bahawa air laut mengandungi garam yang tinggi yang menyebabkan air laut terasa masin. Bagaimana pun daging ikan dalam laut tidak pula masin semasa ditangkap nelayan dan perlu dibubuh garam ketika kita memasaknya. Artikel malam ini saya dapat idea menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai garam yang penting untuk kehidupan manusia, haiwan ternakan serta bahan kimia untuk kawalam musuh dan serangga perosk tanaman. Artikel ini di'post'kan daripada 2nd floor, Eiffel Tower, Paris, Perancis semasa membuat lawatan dengan ahli keluarga disini pada 6 Mei 2014.
Kebanyakan garam yang dihasilkan akan digunakan sebagai garam makan dan berfungsi sebagai penyedap makanan. Kebanyakan garam dihasilkan daripada Lombong Garam dibeberapa negara didunia. Proses mengambil garam ini berbagai cara daripada tradisional sehingga kepada kaedah komersil berskala besar. Mengambil garam daripada air laut merupakan kaedah tradisional paling lama dilakukan oleh manusia (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun saya dapati sejak akhir-akhir ini garam juga telah diproses dan digunakan dalam industri perubatan. Sebagai contoh garam yang ada dijual dipasaran adalah jenis garam yang digunakan untuk tujuan menawarkan sesuatu komposisi kimia yang berlebihan dalam badan pesakit. Garam juga berupaya untuk dijadikan sebagai bahan dagangan diseluruh dunia. ini adalah kerana garam pada masa kini merupakan satu bahan yang amat diperlukan sama ada digunakan dalam bidang perubatan, pertanian mahupun dalam bidang pembuatan makanan.
Merujuk kepada lamanweb wikipedia, ia ada mengatakan pada masa dahulu harga garam adalah sangat mahal. Sekarang garam yang bersih dan berkualiti murah sahaja (Lihat foto sebelah). Ini adalah kerana terdapat sebuah negara yang membayar gaji tenteranya dengan garam dan dari situlah kata nama 'gaji' dalam bahasa Inggeris dicipta iaitu 'salary' yang diambil daripada perkataan Latin yang bermaksud 'garam' atau dekat sama dengan 'Salt'. Sejarah di Malaysia pada zaman penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu pada awal 1940-an, garam juga boleh dikategorikan sebagai barang makanan asas yang mewah. Ini adalah kerana sesebuah rumah atau pun keluarga boleh dianggap mewah dan berada jika mempunyai garam kerana pada masa itu garam amat sukar untuk diperolehi akibat peperangan dan juga perdagangan adalah terhad. Disinilah timbulnya beberapa usaha untuk mencari garam seperti jenis 'Garam Bukit' dikawasan tertentu. Saya berpeluang melawat pusat memproses garam bukit didataran tanah tinggi Bario, iaitu di Pendalaman Sarawak dan di Kampong Throng Sau di Laos melihat bagaimana proses menyediakan produk garam bukit dibuat. Kini garam bukit dipasarkan dengan harga tinggi untuk tujuan kesihatan.
Kebanyakan kita di Malaysia hanya kenal garam makan berwarna putih bersih sahaja. Sebenarnya garam mempunyai banyak warna, bentuk dan tekstur bergantung kepada sumbernya. Garam jenis Kalium dikromat adalah sejenis garam berwarna jingga dimana ia digunakan sebagai pigmen. Garam jenis Mangan dioksida adalah jenis garam yang berwarna hitam. Seterusnya adalah garammempuyai warna cerah dan jernih -transparen (contohnya Natrium klorida) dan kadang kala terdapat garam yang berwarna metalik dan berkilau (Seperti jenis Ferus disulfida). Kalau hendak tahu lebih banyak lagi mengenai warna garam, disenaraikan warna dan nama bahan tersebut untuk dirujuk. Garam berwarna Kuning adalah Natrium kromat, warna Jjingga ialah Kalium dikromat, warna Merah adalah Kalium ferisianida, warna mauve ialah Cobalt chloride hexahidrate, warna biru adalah garam dari Copper sulfhate pentahyhrate atau Ferric hexacyanoferrate), warna ungu adalah garam jenis Kalium permanganat, warna Hijau adalah gaam Nikel klorida heksahidrat dan Warna Putih adalah garam Natrium cloride atau garam dapur untuk masakan. Terdapat juga garam yang tidak berwarna seperti jenis Magnesium.
Mungkin agak terkejut jika saya menyatakan dari semua jenis garam yang disebutkan diatas, terdapat 5 rasa garam yang berbeza. Rasa tersebut adalah MASIN (Natrium klorida), MANIS (Acetate salt) iaitu jenis garam beracun kalau sampai tertelan - seperti foto sebalah, MASAM (Kalium bitartrat), PAHIT (Magnesium sulfat) dan KELAT (Monosodium glutamat - macam Serbut Perisa Ajinomoto). Jenis garam yang berasal dari sumber masam kuat biasanya stabil dan tidak berbau, sedangkan garam yang terbentuk dari bahan masam lemah lebih berbau disebabkan kandungan asid asetate dan amonium. Tidak mengapalah mereka membincangkan banyak jenis garam secara saintifik asalkan garam untuk kita makan hari-hari ada bekalannya. Bayangkan kalau tidak ada garam masin dijual dikedai, rasanya memang ramai orang kurus kerana tidak selera makan. Oleh itu Kementerian Kesihatan sering mengingatkan kita agar kurangkan garam dan gula dalam hidangan seharian. Bonjour!
GARAM MASIN...PUTIH WARNA..
HARGA MURAH..DIAL DIMANA-MANA...
PENYEDAP MAKANAN...GUNANYA....
Ditulis oleh,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kedai Runcit Pak Abu,
Simpang Bukit Beruang,
Melaka, Malaysia.
(11 Rabiulawal 1435H)
Dipostkan dari
2nd View Floor, Eiffel Tower,
Paris, Perancis.
pada 6 Mei 2014.
Dipostkan dari
2nd View Floor, Eiffel Tower,
Paris, Perancis.
pada 6 Mei 2014.
No comments:
Post a Comment