Thursday, April 24, 2014

SIPUTOX®

SIPUTOX® merupakan sejenis racun kimia untuk mengawal siput yang dikeluarkan oleh Syarikat Agricultural Chemical of Malaysia Sdn Bhd yang berpengkalan di Seberang Perai, Pulai Pinang dengan lamanweb www.agrichem.com.my/‎. Saya mula mengenali racun ini ketika menjalankan kerja-kerja aktiviti pengembangan dibanyak kawasan projek tanaman sayuran di Johor dan Melaka. Racun ini merupakan antara pilihan terbaik petani untuk mengawal jenis siput (Moluska) dalam kebun terutama diperingkat menyemai tanaman. Daripada rujukkan dengan ACM saya dapati racun ini dijual dengan Nama Dagangan sebagai SIPUTOX®. Saya fikir nama ini dipilih berasaskan kepada nama 'Siput' itu sendiri dan di tambah debgan 'OX' yang bermaksud 'pasti mati - X'. Membaca label menyatakan bahawa jenis Bahan Aktif yang digunakan dalam formulasi adalah Metaldehyde 5% w/w. Bentuk produk dalam bungkusan adalan dalam Formulasi Butir (Granules). Kajian dipasaran mendapati racun ini mempunyai beberapa saiz Pembungkusan iaitu Bungkusan 500 g, 2 kg, 4 kg, 5 kg dan paling banyak adalah Bungkusan 25 kg. Pengguna memang mempunyai pilihan sendiri untuk membeli saiz bungkusan racun ini mengikut keperluan. Bungkusan berwarna putih krim dengan ada gambar siput sedang berjalan dilengkapkan dengan label arahan mengguna yang lengkap (Sila lihat fotoo diatas). Siputox diluluskan dengan No. Pendaftaran sebagai LRMP.R1/0002. SIPUTOX® ialah racun yang digunakan untuk mengawal Lintah Bulan dan Siput Babi. Racun ini akan bertindak dengan berkesan melalui saluran perut bagi mengawal Lintah Bulan dan Siput Babi yeng sentiasa menyerang tanam-tanaman kawasan rumah, sayur-sayuran, dusun dan tanaman ladang seperti jadual di bawah. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai racun SIPUTOX® keluaran ACM untuk jadi bahan bacaan dan rujukan anda.


SIPUT BABI (Achatina fulica) merupakan sejenis haiwan dari kumpulan siput didalam keluarga Achatininae yang mudah kita jumpa dikawasan kebun dan keliling rumah yang ada tumbuh-tumbuhan. Siput ini merupakan siput diatas tanah atau atas daratan walau pun banyak kumpulan siput lain yang hidup didalam air serta mempunyai organ seperti hidupan lain didalam air (Sila baca artikel saya mengenai siput - Sila klik disini). Terdapat 4 spesis siput babi yang direkodkan dalam wikepedia iaitu A. fulica hamillei, A. fulica rodafzi, A. fulica sinistrosa dan A. fulica umbilicata. Siput babi bergerak perlahan menggunakan perutnya yang mengandungi otot-otot khusus dan mengeluarkan lendir untuk mengembang dan mengecut sehingga mampu bergerak, melekat pada dahan atau bahagian bawah daun. Terdapat sepasang sesungut atau kelihatannya macam mata pada hujung sesungut yang boleh memanjang dan memendekkannya dibahagian kepala (Lihat foto sebelah). Keseluruhan bahan lembut badan, kepala perut dan ekor boleh masuk kedalam cengkerang apabila siput babi terancam atau untuk pertahanan diri. Siput ini akan berada didalam cengkerang beberapa lama sehingga ia rasa selamat dan akan keluar. Siput babi adalah sejenis haiwan herbivore yang makan banyak jenis bahagian tumbuhan seperti daun, buah dan sayur-sayuran terutama dibahagian lembut seperti pucuk dan daun muda. Siput ini juga dilaporkan makan tanah, pasir, batu-batuan dan juga tulang atau konkrit untuk pembentukan cengkerang yang keras. Bagaimana pun siput jarang-jarang dijumpai memakan cengkerang siput lain. Keupayaan cara permakanan siput menyebabkan haiwan ini mampu membiak dengan banyak jika mempunyai sumber makanan yang banyak. Sifatnya yang memang kuat makan menyebabkan siput babi di kategorikan sebagai HAIWAN PEROSAK dalan sektor pertanian. Kawasan tanaman seperti sayur-sayuran dan pucuk buah-buahan yang rendak atau anak benih yang baru ditanam memang disukai oleh siput. Serangan selalunya berlaku pada malam hari dimana cuaca sejuk dan tiada sinaran matahari.

Racun SIPUTOX® merupakan satu pilihan kepada petani untuk mengawal jenis-jenis siput dalam kawasan kebun. Penulis mendapati cara aplikasi racun dalam mengawal Perosak tersebut mengikut dos berbeza-beza bagi sehektar untuk Sayur-sayuran, Tanaman Ladang dan juga Tapak Semaian. Syor bagi kawalan untuk jenis perosak Lintah  Bulan (Mariaella dussumieri) adalah dengan kadar sebanyak 4 gram sepokok atau jika dikira menyeluruh adalah sebanyak 25 kg sehektar. Cara mengguna dengan menabur pada lewat petang racun Siputox terutamanya di atas tanah basah, iaitu selepas menyiram, lepas hujan atau pengairan. Jenis siput ini suka keadaan tanah yang lembab untuk ia bergerak mencari makan. Sementara itu bagi mengawal Siput Babi (Achatina fulica) kawalan dengan menabur 10 gram sepokok dimana ia perlu ditabur di sekeliling pokok dan kawasan tanaman untuk mencegah perosak daripada masuk ke dalam kawasan tanaman. Lazimnya siput ini sangat aktif pada waktu malam dan akan makan bahagian daun dan pucuk tanaman yang lembut. Apabila siput makan SIPUTOX® ini ia akan mati beberapa lama kemudian dan tidak lagi merosakan tanaman kita (Sila lihat foto disebelah). Racun Siputox juga praktikal digunakan bagi mengawal beberapa jenis moluska lain dalam kebun.

Perosak yang kini menjadi masaalah kepada ramai pesawah adalah serangan oleh Siput Gondang Emas (Pomacea canaliculata) yang mampu merosakan tanaman padi dengan serius (Sila lihat foto sebelah). Siput ini perlu dikawal melalui pelbagai kaedah sesuai bagi membasmi agar ia tidak terus merebak dan merosakan tanaman padi. Racun SIPUTOX® mampu mengawal siput jenis ini dengan kadar penggunaan sebanyal 6kg sehektar. Aplikasi ini sesuai dibuat dengan kadar 6 kg sehektar apabila terdapat populasi siput gondang emas tinggi disawah iaitu sebanyak 8 ekor atau lebih pada keluasan 1 meterpersegi (1m2). Bagaimana pun kadar penggunaan racun ini hanya pada kadar 4.5 kg sehektar jika populasi siput gondang emas kurang dari 8 ekor bilangan populasinya pada 1 meterpersegi. Racun ini menjadi pilihan ramai petani yang mempunyai midal mencukupi untuk membelinya dimana-mana kedai pertanian diseluruh negara. Mengenai harga.. tanya kepada peruncit ditempat anda. Wasallam!.

NAMA SIPUTOX®...ACM KELUARNYA...
MENGAWAL SIPUT... ADA CARANYA...
AMAT BERKESAN...BETUL GUNANYA...
MUDAH DIBELI.. IKUT ATURANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Sayur Komersial Bt 19,
Sengkang, Bukit Gambir,
Ledang, Johor,
Malaysia.
(25 JamadilAkhir 1435H)

No comments: