Thursday, April 17, 2014

POKOK AKASIA

POKOK AKASIA (Acacia mangium) merupakan sejenis tumbuhan yang mudah hidup daripada keluarga Fabaceae (Mimosoideae) iaitu dalam genus Acacia. Penyebaran tumbuhan ini adala meluas dipelusuk tertentu daripada di kawasan Queensland utara Australia, Papua New Guinea hingga ke negara Papua, Maluku serta Asia Tenggara lain termasuk di Malaysia. Ia adlah tumbuhan dikategorikan sebagai cepat tumbuh dimana lazimnya umur pokok adalah kikira sebagai berumur pendek iaitu sekitar 30-50 tahun berbanding dengan pokok balak jenis lain. Kehebatan tumbuhan ini adalah kera ia mampu tumbuh terhadap tanam masam atau asidik sekitar pH4.5-6.5) di kawasan yang menerima banyak cahaya matahari. Ia mudah ditanam dikawasan yang mempunyai tanah tanah rendah tropika dimana memerlukan keadaan sekitar yang lembab. Pokok ini didapati tidak toleran terhadap musim dingin dan tidak mahu naungan. Lazimnya ia tumbuh baik pada tanah subur yang baik dengan mempunyai sistem saliran sempurna. Bagaimana pun saya dapati ia juga agak tahan terhadap tanah yang kurang atau tidak subur dan sistem saliran sederhana. Pokok akasia yang masih muda mudah terbakar terutama pada cuaca kering dan panas. Keadaan ini serring terjadi akibat daun-daun kering yang jatuh dibawahnya akan mudah terbakar dimusim kering dalam keadaan semulajadi. Artikel malam ini saya menulis lagi artikel ke 2,480 dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman pokok akasia yang berpotensi untuk menghasilkan kayu balak dan juga kawasan baik untuk penternakan lebah madu yang cekap bagi tatapan anda.


Pokok akasia cepat membesar dengan tahap ketinggian sehingga mencapai 30 meter. Pokok ini yang ditanam dalam barisan lazimnya akan bebas untuk menghasilkan cabang dengan iaitu separuh daripada ketinggian pokok. Daunnya menghijau dan mudah luruh dimusim kering dan ia memang sangat agresif pertumbuhannya (Lihat foto sebelah). Batang berbentuk selinder dengan di bahagian bawah batang mempunyai ukurlilit sehingga lebih dari 50 cm. Kulit pada batang adalah kasar dan beralur iaitu sering dilihat sebagai warna kelabu coklat (Sila lihat foto dibawah). Pokok akasia mempunyai banyak ranting kecil seperti sayap. Pemerhatian menunjukkan ia mempunyai daun besar yang panjangnya mencapai 25 cm dan lebar antara 3-10 cm. Daun berwarna hijau gelap dengan terdapat empat urat longitudinal. Bentuk daun adalah jenis daun majemuk ketika masih peringkat muda atau benih tanaman. Bunga berbentuk berganda yangberwarna putih atau kekuningan terbit dalam rangkaian yang panjangnya 10 cm. Bunga sama ada secara tunggal atau berpasangan di sudut daun pucuk. Bunga ini juga menghasilkan nektar dan debunga yang sangat disukai oleh labah madu.


Pokok akasia dalam keadaan semulajadi tumbuh meliar dalam hutan, belukar atau kawasan tepi jalan yang tiada siapa ambil kisah mengenainya. Kini terdapat kesedaran untuk menanam pokok akasia bagi pelbagai tujuan terutama untuk pengeluaran kayu (Sila lihat foto sebelah)Kegunaan utama penanaman akasia di Asia Tenggara adalah untuk menghasilkan pulp dalam pembuatan kertas. Selain itu kayu akasia yang agak lembut juga digunakan sebagai kayu bakar, kayu untuk pembinaan, kayu tiang, tanaman mengawal hakisan, sebagai tanaman naungan dan sebagai perlindungan. pokok akasia mempunyai nilai tersendiri dalam kawalan untuk bersaing dengan Lalang (Imperata cylindrica). Lalang lazimnya tidak mampu bersaing dengan tumbuhan akasia yang padat dan merimbun sehingga menghalang pertumbuhannya.


Buah yang dihasilkan oleh pokok akasia matang berbentuk lengai kering kemudian akan merekah yang melingkar ketika masak (Sila lihat foto sebelah). Saya juga suka memerhatikan ia mempunyai lengai yang berwarna hitam yang agak keras dengan ukuran panjang lengai sekitar 7-8 cm dan lebar 3-5 mm. Didalam lengai yang berputar ini mengandungi beberapa bijibenih. Lengai yang masak dan kering akan pecah dan menjatuhkan bijinya keatas tanah atau 'meletup' untuk mencampakkan bijinya. Biji benihnya berwarna hitam yang berkilat dan mempunyai bentu lonjong yang berukuran sekutar 3 - 5mm x 2 - 3 mm. ia juga mempunyai ari (funicle) yang berwarna kuning cerah atau oren yang terkait di benih. Daripada kajian dimakmal menunjukkan sebantak antara 66,000 - 120,000 benih bagi setiap kilogram yang ditimbang yangboleh dismai untuk dijadikan anak benih. Benih tersebut disemai dalam nurseri sehingga ia sesuai untuk ditanam diladang akasia. Sekian.

Papan yang dihasilkan dari kayu akasia.
POKOK AKASIA... MUDAH TANAMNYA...
CEPAT MEMBESAR...BANYAK GUNA...
DIJADIKAN KERTAS...KEGUNAANNYA...
LEBAH MADU... SUKA BUNGANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Sungai Ambat, Jalan Kota Tinggi- Mersing,
Mersing, Johor, 
Malaysia.
(17 JamadilAkhir 1435H)

No comments: