Tuesday, April 1, 2014

PARSLI

PARSLI (Petroselinum crispum) atau Parsley merupakan sejenis tanaman sayuran yang natif dari Mediterranean iaitu dari keluarga Umbelliferae (Ammiaceae). Tumbuhan ini dianggap sebagai jenis herba, rempahratus dan juga sayur-sayuran bergantung kepada cara penggunaannya. Tanaman parsley ditanam kebanyakannya untuk kegunaan segar dan ada yang diproses menjadi produk proses lain. Kebanyakan daun parsli ini digunakan sebagai bahan ramuan tambahan atau dipanggil sebagai 'Garnishing' terhadap makanan western food. Kalau dahulu tanaman parsli ini popular ditanam dinegara temperate dan sub-tropika sahaja, kini tanaman ini telah banyak ditanam di negara beriklim tropika terutama di kawasan tanah tinggi. Di Malaysia tanaman parsli banyak diusahakan oleh petani di Cameroon Highland, Lojing dan Kundasang di Sabah untuk pasaran segar dan ekspot kebeberapa negara jiran. Saya merujuk kepada data statistik Jabatan Pertanian tiada maklumat spesifik tentang keluaan tanaman parsli di Malaysia. Anggaran penulis berdasarkan pemerhatian dan kajian persendirian menganggarkan keluasan tanaman parsli di Malaysia sekitar 200 - 230 hektar CHE setahun. Varieti yang ditanam di negara kita adalah yang selalu kita jumpa dipasaran. Daun parsli sering digunakan sebagai penghias masakan kerana bentuk daunnya yang menarik. Artikel malam ini saya gembira untuk menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman parsli untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca.


Parsli ditanam diatas batas atau dalam pasu dengan menggunakan biji benih yang boleh dibeli dikedai pertanian. Ia perlukan tanah subur yang kaya dengan bahan organik dan mempunyai sumber pengairan baik. Teknik penanaman parsli diatas tanah lazimnya dibuat diatas batas agar tidak berlaku banjir yang merosakkan tanaman. Benih boleh ditabur terus diatas batas atau disemai dahulu dan kemudian diubah keatas batas. Pengairan parsli perlu diberikan bersama baja dan kawalan perosak serta penyakit. Pemerhatian penulis dikebun parsli di Cameroon highlang (dibawah struktur pelindung hujan) mendapati ia akan dituai selepas 75 hari ditanam (Sila lihat foto disebelah). Jika anda ingin melihat pokok ini, bolehlah berkunjung ke Stesen Mardi Cameron Highlands. Apa yang menarik adalah daunnya berbau wangi yang menjadikannya sebagai penghias makanan dan menambah perisa makanan. Ramai juga pengguna yang memakan mentah daun parsli sebagai pembuka selera. Sayuran segar ini mudah didapati di pasar basah, kedai runcit, pasaraya, pasar malam yang dijual dengan seikat-seikat sama seperti cara menjual daun sup dan daun kucai atau daun bawang. Daun parsli mengandungi 9% air, 41% karbohidrat, 22% protein, 4% lemak, 10% fiber(serat), asid folik, furanokoumarin, glukosid, mineral, minyak esen, pro vitamin A, vitamin B1, B2, B3, B6 dan vitamin C.


Dari segi khasiat perubatan tumbuhan ini didakwa boleh menjaga kesihatan kulit dan juga boleh menghilangkan nafas berbau busuk. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan wanita hamil tidak boleh menggunakan daun parsli sebagai ubat dan kerap makan daun parsli boleh menyebabkan masalah kepada ginjal, hati dan perut. Parsli sebenarnya kaya dengan vitamin dan zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil. Buah dan akar parsli yang dihancurkan air boleh digunakan sebagai tonik untuk rambut dan penawar utnuk merawat nafas berbau. Ia juga membantu melawaskan pembuangan air kecil dan menurunkan tekanan darah. Parsli juga dipercayai dapat membantu meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak. Dan parsli yang dihancurkan kemudian ditampal pada tempat berkenaan dapat merawat bengkak, calar, lebam, luka, terseliuh dan gigitan serangga. Ia juga dapat menghentikan penghasilan susu ibu jika ditampal beberapa kali pada payudara. Ibu hamil dan ingin hamil tidak digalakkan menggunakan parsli sebagai herba perubatan kerana ia mengandungi apiol yang boleh menyebabkan keguguran. Anda juga tidak boleh memakan parsli secara kerap dan dalam kuantiti yang banyak kerana ia boleh menyebabkan masalah kepada buah pinggang, hati dan sistem penghadaman (perut). Begitulah maklumat mengenai kehebatan tanaman parsli untuk dijadikan bahan rujukkan yang saya kupoas dalam "Anim Agro Technology" malam ini. Semuga anda mendapat maklumat berguna dari tulisan ini. Wasallam!.

NAMA PARSLEY...SAMA PARSLI...
DINEGARA KITA...DITANAH TINGGI...
MUDAH DITANAM...TUAI 75 HARI...
DIMAKAN SEGAR...ENAK SEKALI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Sayur, Kg Raja,
Cameroon Highland,
Pahang, Malaysia.
(4 Jamadilawal 1435H)

No comments: