Tuesday, April 29, 2014

HIDROPONIK - APA DIA?

HIDROPONIK (Hydroponic) adalah satu kaedah penanaman tumbuhan yang tidak menggunakan tanah tetapi hanya menggunakan sir dan baja larutan. Sementara itu hidroponik tulin pula adalah satu kaedah penanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan tanah yang diganti dengan air sebagai media pertumbuhan. Terdapat beberapa tekologi berkaitan mengenai hidroponik seperti Hidroponik Takung, Hidroponik Tertutup, Hidroponik Kolam dan sebagainya. Penanaman sayuran secara hidroponik merupakan satu teknologi paling lazim dilakukan termasuk dikawasan perbandaran dan rumah pangsa bertingkat-tingkat yang tiada ruang tanah. Teknologi hidroponik juga dikaitkan dengan 'vertical technology' yang kini semakin popular dinegara maju. Selain daripada ia mudah diuruskan, jadual pengeluaran dan kawalan kualiti dapat dipenohi dengan jaminan kualiti. Walau pun kos pembangunan infra untuk projek hidroponik yang berskala komersil dan besar, namun ia masih signifikan untuk dibuat. Saya pernah berpeluang melawat bagaimana projek hidroponik yang berskala komersil dibuat di Beijing, Seoul dan Singapura dan terus membekalan bahan makanan terutama sayur daun kepada penduduk tempatan. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai apa dia hidroponik untuk dijadikan bacaan dan rujukan dan dipostkan daripada Olomuc City, Czez Republic. 

Teknologi Hidroponik tulin ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman sayuran yang biasanya menggunakan tanah. Lazimnya sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti keadaan tanah bertoksik, dikawasan padang pasir dan kawasan rumah pangsa yang sempit. Lazimnya juga sayur-sayuran yang ditanam akan cepat tumbuh dan mampu mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi mengikut jadual. Hasilnya juga bersih daripada kekotoran tanah dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak. Amalan agronomi tanaman berbeza dimana kita tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul tanah. Penggunaan air dan baja selalunya adalah terkawal dan efisien. Ramai mengatakan pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi (Kerana ia kecil dan produktiviti penghasilan boleh dimanipulate kiraannya).

Kaedah Sistem Pengaliran Nutrien (NFT) dalam hidroponik lazimnya memerlukan pam air bagi menggerakan larutan nutrient daripada tangki ke palung tempat dibuat penanaman dan kembali semula ke tangki. Larutan nutrien akan digerakan dari tangki kepada palung tempat penanaman bertujuan untuk membekalkan air dan nutrient kepada pokok disamping menambah bekalan oksijen kepada larutan nutrient. Contoh system ini ialah NFT, DFT dan Raceway. Alatan asas yang diperlukan seperti pam air untuk aknarium ikan, tempat tanaman (diperbnat daripada paip PVC, dulang plastik dan bahan-bahan lain seperti kayu, papan lapis, tin besi, yang perlu dialas dengan kepingan plastik yang tebal). Kita juga perlukan tangki untuk larutan nutrien, tenaga elektrik dan Palong atau pasu plastik kecil (jika perlu)Kaedah ini lebih sesuai digunakan untuk sayuran jenis berbuah kerana memerlukan jangka masa yang panjang dalam sistem hidroponik dari tanam hingga menuai. Pemilihan bahan dan sistek perlu di lakukan sebelum memulakan penanaman.

Bagi Sistem Takung Statik dimana kaedah hidroponik yang tidak memerlukan pam air kerana larutan nutrient kekal statik pada takung tempat penanaman. Bagi sistem takung punca peralatan yang diperlukan adalah seperti takung tanaman, penutup (diperbuat daripada polisterin, plastik) dan juga pasu plastik kecil (jika perlu). Teknologi ini adalah amat sesuai untuk sayuran daun kerana memerlukan jangka masa yang lebih singkat untuk matang berbanding sayur buah.

Sistem Takung Dinamik (Bubbler Hydroponic) pula pada asasnya sama dengan dengan system takung statik dimana bezanya adalah cuma ada tambahan bubbler. Alatan bubbler ini akan dimasukan kedalam takung bertujuan menggerakan larutan baja bagi menambah bekalan oksijen. Pump akuarium dengan batu bubbler diperlukan bagi sistem ini. Walau pun teknik ini agak kurang dibuat oleh kita, sebenarnya ia sangat sesuai untuk sayuran buah dan sayuran daun dalam takung statik bersaiz besar (Sila lihat foto sebelah). Begitukan pengenalan asas mengenai apa dia hidroponik yang dapat dikongsikan pada kali ini. Teknologi ini semakin moden jika ianya dilakukan pada skala komersil termasuk teknologi NFT untuk menanam salad dan lain-lain sayur daun.

Dikawasan taman istana di Prague, Czec Republic.
HIDROPONIK... TANAM TANAH TIADA...
GUNAKAN AIR...DAN LARUTAN BAJA...
SENANG TANAM....MUDAH DIJAGA...
HASIL BERSIH... KOS TINGGIU MULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 4, Pension Moravia Apartment,
Dvofakova 37, 770-10,
Olomuc, Republic Checzoslavakia.
(28 Jamadilawal 1435H)
30 April 2014

No comments: