AKUAPONIK (Aquaponic) merupakan satu teknologi pertanian yang menggabungkan ternakan ikan dan tanaman yang semakin popular dikalangan peminat dan petani terutama dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan. Dalam membuat rujukan, penulis mendapati lama sebelum amalan teknologi 'Aquaponik' diwar-warkan, orang-orang pada zaman dulu telah lama menggunakan asas hubungan simbiosis antara ikan dengan tanaman dalam amalan mereka. Sejarah menyatakan suku Indian Aztec di Mexico juga dikatakan telah menanam tanaman di atas rakit pada permukaan danau Circa. Orang-orang Cina juga menggunakan pertanian bersepadu dengan pembinaan yang disebut sistem aliran untuk tujuan sama. Masyarakat mereka mengembangkan peternakan unggas yang tergantung di atas kolam. Tinja atau tahi ternakan yang jatuh bertaburan daripada sangkar jatuh kedalam kolam dimana ia dapat memberikan unsur baja untuk tumbuhan dan ikan ternakan. Air tersebut kemudian terus mengalir ke kolam yang lain dimana terdapat ternakan ikan seperti keli. Ikan dalam kolam akan makan nutrien yang tidak digunakan oleh haiwan ternakan seperti burung dan unggas. Sebagai kitaran lengkap, maka air yang sekarang kaya nutrien sesuai untuk tanaman dan diambil oleh akar untuk tumbuh. Ikan dalam air juga menghasilkan amonia dan urin yang akan digunakan oleh tumbuhan. Sementara itu bahan tanah atau lumpur yang ada terkumpul pada dasar kolam juga boleh digunakan untuk pembajaan tanaman padi. Teknologi akuaponik kini popular dan sesuai untuk penghasilan ikan, ternakan dan sayuran dikawasan yang mempunyai kesesuaian dan ruang. Walau pun di negara kita ia merupakan teknologi yang masih agak jarang diperkatakan, tetapi ianya memang mempunyai potensi besar. Artikel petang ini saya menulis mengenai maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi akuaponik (Aquaponic Technology) untuk bacaan anda.
Akuaponik adalah teknologi yang akan menggabungkan aktiviti ternakan ikan (Fish culture) dengan jenis tanaman di dalam sistem pusingan air (Circulation). Kitaran air ini mengandungi bahan nutrisi atau air baja dimana ia dikeluarkan oleh ikan atau yang dihasilkan oleh organisma mikrob bahan organik. Bahan ini boleh diserap oleh tanaman ditanam secara hidroponik iaitu tanaman tanpa tanah (Sila lihat foto disebelah). Sebenarnya makanan ikan yang diberikan iaitu bentuk pellet menyediakan sebahagian besar unsur makanan yang diperlukan juga untuk keperluan pertumbuhan tanaman. Sistem tanaman akuakultur lazimnya mempunyai arus aliran air dimana ia akan melalui komponen hidroponik dari sistem kitaran air. Bahan ini akan hilang apabila diserap oleh tumbuhan sebagai baja. Akhirnya air tersebut akan menjadi bersih semula setelah banyak unsur baja diserap tumbuhan. Berbagai kaedah dan peralatan teknologi akuaponik telah dicipta bagi tujuan ini dilaksanakan bergantung kepada kos, ruang, sumber input, kemudahan utiliti dan saiz skala. Ada sistem akuaponik yang dibuat sebagai Akuaponik Asas dan terdapat Sistem Akuaponik yang berskala komersil bernilai jutaan ringgit.
Ramai diantara kita bertanya mengapa harus laksanakan Teknologi Akuaponik?. Teknik penanaman cara Akuaponik didakwa memiliki banyak faedah dan juga keuntungan khusus. Antaranya adalah kepadatan dan kekerapan tanaman organik cara ini dapat menanam 10 kali ganda lebih banyak. Teknologi ini juga membolehkan aktiviti tanaman dapat ditanam dengan cara kepadatan tinggi dengan sistem terapung di atas air. Sistem ini juga mampu menampung hingga 10 kali ganda jumlah pengeluaran dari jumlah tanaman pada keluasan yang sama. Didapati setiap akar tanaman dalam sistem ini akan mendapat sumber larutan air baja yang kaya dengan nutrien dengan sekata menyebabkan kadar pertumbuhannya seragam. Kita juga tidak perlu menjalankan kerja merumput kerana memang tidak ada masaalah mengenainya. Kos merumput seperti kos membeli racun rumpai juga tidak ada. Gangguan perosak dan penyakit yang berpunca dari tanah (soil borne) juga kurang kerana sistem ini tidak ada kontek terus (soil contact) dengan permukaan tanah. Oleh itu ada penjimatan dari segi kos untuk pembelian bahan kimia untuk mengawal patogen. Kita juga akan mendapat produk sayur yang bebas dari racun kimia. Sistem ini juga tidak perlu lagi aktiviti penyiraman. Sistem aquaponik hanya menggunakan 2% dari keperluan air siraman berbanding dengan pertanian konvensional. Dalam sistem konvensional kebanyakan air yang disiram dibazirkan dalam tanah dan masuk dalam parit semula.
Sebenarnya teknologi akuaponik ini dilakukan dimana air secara konsisten dibuat kitaran (circulated) dan tidak akan berlaku kehilangan air akibat penyerapan tanah. Sebaliknya akar tanaman yang akan terendam dalam air baja yang sentiasa mengalir (Sila lihat foto sebelah). Penyerapan air baja berterusan mampu memberikan hasil berganda banyaknya. Disamping itu hasil projek seperti sayuran yang dapat dijual bersama dengan hasil ikan dari sistem aquaponik yang menghasilkan kedua produk tersebut. Daripada pemerhatian penulis mendapati prestasi pertumbuhan tanaman adalah 2 kali lebih cepat dari cara konvensional. Sebagai contoh tanaman Selada Air (Nasturtium officinale) yang biasanya boleh dituai setelah 60 hari ditanam di tanah akan dituai dalam masa 29 hari sahaja dengan sistem akuaponik. Daripada segi penggunaan tenagakerja, teknik akuaponik ini mampu dalam menjimatkan kos tenagakerja iaitu sehingga sebanyak 70% lebih rendah daripada pertanian cara konvensional. Kurangnya kos tenagakerja ini akan juga membolehkan kos pengeluaran operasi berkurngan dan ini membolehkan peningkatan keuntungan. Bagaimana pun perlu diingat kos awal untuk sistem akuaponik perlu di kira. Kos awal akuaponik bergantung kepada rekabentuk Akuaponik.

Ada beberapa rekabentuk sistem kitaran air bagi teknologi akuaponik. Ia lazimnya diasaskan pada sistem hidroponik iaitu asas perbezaan pada sumber air untuk sistem akuaponik. Jika ia berasal dari tangki ikan akan dikitar semula dimana akhirnya kembali ke sumber asalnya. Sistem rekabentuk akuaponik juga terdiri dari sistem penyimpanan air dimana apa yang akan membezkan adalah komponen hidroponik sama ada ia menggunakan media atau tidak. Teknik ini menjadi sangat penting dalam sistem aquaponik kerana kehadiran media pada akar tanaman yang tumbuh mungkin mampu untuk menggantikan keperluan untuk tangki pengendapan terpisah dan biofilter.
Selanjutnya ada sistem aliran dan penirisan atau yang dikenali dengan sistem Ebb dan Flow. Dalam sistem ini, akar tanaman yang terkena larutan nutrien statik selama berjam-jam sebelum cairan atau larutannya dituras akan habis dimana ia boleh berlaku beberapa kali sehari. Teknik ini didapati boleh digunakan bergantung kepada dari apakah media digunakan dalam sistem. Lazimnya akar tanaman boleh berada atau tenggelam atau sebagian terendam dalam air baja atau membiarkan sebahagian berada diruang udara. Sistem ini sesuai kerana tahap sederhana, kecekapan dan mudahguna terhadap keadaan sekeliling. Selain itu juga terdapat sistem Nutrient Film Technique (NFT) terdiri dari akar tanaman yang terkena lapisan tipis air baja sentiasa mengalir melalui paling sering paip PVC atau palong khas. Idea teknologi ini adalah dengan mengalirkan air baja cetek yang hanya akan mencapai bahagian bawah lapisan tebal akar berkembang di palung. Biasanya bahagian atas akar berada di udara. Ini bagi kita membolehkan akar menerima bekalan oksigen yang dikira mencukupi. Sistem rakit apung dalam sistem ini adalah dimana tanaman sayuran akan ditanam di rakit 'styrofoam' yang mengapong. Rakit-rakit ini memiliki lubang kecil atau dibuat lubang perlu dipotong di dalamnya di mana tanaman ditempatkan dalam pot bersih. Akar yang bergantung bebas berada dalam air akan menyerap unsur baja. Perbezaan utama antara sistem rakit dan NFT adalah jumlah air yang digunakan sama ada banyak atau sedikit.
Sistem NFT memerlukan alat penapis (biofilter) secara terpisah kerana cara NFT tidak menyediakan kawasan yang cukup. Biofilter adalah tempat yang mudah bagi bakteria untuk hidup dengan mudah. Biofilter ini berfungsi dalam menyediakan tempat yang luas yang sesuai dengan suhu, pH dan juga oksigen terlarut (Diluted Oxygen). Dalam sistem apungan dan tempat penyimpanan air lazimnya biofilter secara terpisah tidak selalu menggunakan pelampung, media, tangki, dan lainnya. Sistem Aquaponik adalah sistem kitaran air bagi akuakultur yang menggabungkan penghasilan tanaman tanpa tanah. Sistem ini disediakan untuk menaikkan sejumlah besar ikan dalam isipadu yang relatif kecil air dimana caranya adalah menggunaka air yang mengeluarkan produk sisa beracun dan kemudian menggunakan kembali sisa tersebut. Dalam proses menggunakan kembali air berkali-kali, kita pastikan ia tidak menjadi racun akibat baja dan bahan organik yang terkumpul. Ini merupakan satu proses metabolik (by product) yang tidak perlu dibuang. Ia mempunyai nilai ekonomi atau dan juga bermanfaat bagi sistem penghasilan ikan ternakan. Sistem ini digelar sebagai projek integrasi. Begitulah beberapa info mengenai akuaponik yang ditulis pada kali ini. Wasallam!
AKUAPONIK... CARA INTERGRASI...
ADA TANAMAN...IKAN SEKALI...
AIR DIKITAR... DIGUNA BERKALI...
BOLEH CUBA...CARI INFORMASI...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(27 Jamadilawal 1435H)

No comments:
Post a Comment