BELIMBING (Averrhoa carambola) merupakan sejenis buah-buahan tropika yang mengandungi banyak nutrien untuk kesihatan manusia terutama mereka yang menghadapi masaalah tekanan darah tinggi dan kencing manis. Terdapat seluas 1,310 hektar tanaman belimbing di Malaysia pada tahun 2012 (Laporan Buku Statistik Jabatan Pertanian Malaysia) dengan kawasan utama pengeluaran sekitar Selangor, Negeri Sembilan , Pahang dan Johor. Buah belimbing mempunyai kulit yang sangat lembut dan amat disukai oleh Lalat Buah (Bactocera carambolae) atau dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai 'Fruit Fly'. Sejenis lagi lalat buah dari spesis dipanggil sebagai Daucus sp yang juga menyerang buah belimbing. Buah belimbing perlu dibalut bagi mengatasi masaalah serangan lalat buah agar tidak dirosakkan dan boleh dijual untuk pasaran ekspot atau pasaran domestik. Terdapat banyak varieti belimbing yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia dan dimasukkan didalam National Listing. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai varieti belimbing yang ujud dalam sistem pendaftaran varieti tanaman di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua yang berminat.
Terdapat sebanyak 22 varieti buah belimbing yang telah pun dikenalpasti di Malaysia tetapi hanya 19 varieti belimbing sahaja yang telah didaftarkan dalam National variety listings. Dua lagi varieti yang tidak didaftarkan adalah varieti BP1 dan BP2 yang ada ditanam dalam petak Pusat Repositori Stesyen Pertanian Air Hitam, Batu Pahat, Johor. Merujuk kepada Jadual diatas, Varieti pertama belimbing iaitu Varieti B1 didaftarkan pada tahun 1937 iaitu varieti Yong Toh Yin yang berasal dari Perak. Varieti B2 pula adalah MAHA 66 yang merupakan varieti yang disyorkan untuk ditanam sebagai khas untu membekal debunga atau 'pollinator variety'. Varieti B10 (tiada nama khas varieti) yang berasal dari Negeri Selangor merupakan varieti paling popular serta disyorkan ditanam didaftar pada tahun 1968 untuk pasaran domestik dan pasaran ekspot.Varieti B10 merupakan varieti yang paling banyak ditanam di Malaysia. Varieti B17 iaitu Belimbing Madu didaftarkan pada 1988 merupakan varieti yang disyorkan dengan kualiti yang manis dan berasal dari Triang, Pahang.
Tanaman belimbing banyak berada di Selangor dan sedikit di Pahang dan Perak. Teknologi tanaman belimbing secara komersil telah banyak di sesuaikan diantara varieti B10, B17 dimana pokok varieti B2 sering digunakan sebagai sumber debunga kepada varieti B10 dan B17. Saya ada menulis mengenai teknologi tanaman belimbing sebelum ini (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Ini disebabkan faktur keserasian (compatibility) antara kombinasi bunga belimbing tersebut adalah perlukan percampuran pokok dalam ladang komersil. Penanaman pokok belimbing varieti B2 boleh dibuat dengan selang seli dengan pokok belimbing varieti B!0 atau B17 atau dibuat cantuman dewasa pada setiap dahan pokok belimbing. Gambar dibawah menunjukkan 3 varieti belimbing yang ditanam di Malaysia untuk pasaran domestik dan ekspot. Malaysia merupakan salah satu negara didunia yang banyak menanam buah belimbing untuk pasaran ke Eropah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada rakan-rakan semua. Wasallam!
VARIETI BELIMBING...19 SEMUANYA...
ADA YANG MASAM... MANIS PUN ADA ...
HANYA 3 VARIETI... POPULAR ADANYA...
PUSAT PERTANIAN...REPOSITORINYA..
By,
M Anem
Senior Agrologist
Petak Repositori Tanaman Belimbing,
Stesyen Pertanian Jabatan Pertanian,.
Air Hitam, Johor,
Malaysia
(12 Ramadan 1434H)

No comments:
Post a Comment