PRODUK PERTANIAN (Agriculture produce) merupakan satu perkara penting yang berkait dengan kehidupan seharian kita. Sering kita mendengar mengenai kejadian TURUN-NAIK harga bahan makanan dalam masa tertentu yang mana ia adalah norma pasaran berdasarkan kepada sistem ekonomi bebas iaitu bergantung kepada Permintaan (Demand) dan Bekalan (Supply). Rata-rata hakikat ini telah diterima oleh rakyat jelata dimana harga bahan makanan sentiasa berubah mengikut masa tertentu sehinggakan kini ada Akta Kawalan Harga diperkenalkan oleh kerajaan. Pada musim-musim perayaan utama, lazimnya kerajaan akan mengumumkan kepada orang ramai mengenai beberapa barangan utama untuk dikawal harganya. Malahan sistem pemasaran terbuka memerlukan harga turun dan naik untuk membolehkan masalah lebihan atau kekurangan produk dapat diatasi. Dalam Kementerian Pertanian juga terdapat beberapa agensi yang membantu dalam pemasaran produk-produk pertanian iaitu FAMA dengan pengujudan Pasar Tani diseluruh negara. Selalunya apabila berlaku lambakan produk pertanian, maka ia akan diatasi dengan cara tawaran harga yang rendah, stok berlebihan akan dijual secara borong dan menjalankan banyak promosi jualan secara terkawal. Paling penting disini adalah pihak pengeluar seperti petani, penternak dan nelayan tidak mengalami kerugian dan pengguna mendapat hara rendah yang munasabah. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah melancarkan 'Kempen Jihad Memerangi Orang Tengah' patut disokong kerana ini akan menguntungkan kedua-dua pihak iaitu pihak pengeluar dan juga pengguna. Pengeluar seperti petani, penternak dan nelayan adalah kumpulan yang akan mendapat faedah daripada kempen ini jika ia dijalankan dengan baik dan tersusun. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pertanian lestari yang berkait dengan penghasilan produk pertanian, aktiviti lepas tuai dan kesan sistem rantaian nilai untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan.
Kita sebagai pengguna akan melenting apabila harga ikan segar dan sayuran seperti cili melambong tinggi pada setiap bulan Disember dan Januari setiap tahun. Kepada pihak tertentu ia akan mengambil peluang isu ini untuk dipolitikkan tanpa mengambil kira isu sebenar yang berlaku sebenarnya adalah akibat cuaca tengkujuh yang menyebabkan nelayan tidak dapat turun kelaut dan kebun sayur tenggelam akibat hujan atau kena bencana banjir. Faktor kenaikan harga yang melebihi paras normal atau harga dipasar yang meningkat berlebihan dimana gejala ini sukar diterima oleh pengguna terutama yang berpendapatan rendah. Kegelisahan mereka ini sebenarnya berasas kerana punca pendapatan bulanan keluarga adalah sama setiap bulan. Ini kerana sejak kebelakangan ini, harga bahan makanan menampilkan peningkatan lebih daripada biasa. Kejadian ini iaitu harga berlebihan akibat beberapa sebab lain seperti kenaikan harga minyak, kenaikan tarif eletrik, kenaikan harga input pertanian dan kenaikan kadar caj pekerja buruh asing. Peratus peningkatan harga yang dikenakan oleh penjual sering lebih tinggi daripada yang sepatutnta dan ia sering berlaku sebelum ini. Antara persoalan yang saya fikir akan ditimbulkan seperti "Adakah peningkatan ini disebabkan oleh ketidak seimbangan penawaran dan permintaan atau disebabkan oleh orang tengah atau peniaga yang sengaja mahu menangguk keuntungan di dalam situasi pasaran yang menunjukkan trend harga menaik?". Media temptan dan pihak tertentu juga sering menuding jari kepada orang tengah sudah menjadi jalan mudah untuk mencari jawapan. Bagaimana pun saya berpendapat hanya data statistik dan kajian lengkap yang boleh menjawab persoalan seperti ini, iaitu dengan kita membandingkan kos pengeluaran dan kadar keuntungan. Tetapi nampaknya isu pengkalan data yang tidak lengkap bukan prioriti utama setakat ini oleh pihak berkaitan untuk diberikan tumpuan.
Beberapa ahli ekonomi menyatakan iaitu persekitaran semasa telah meyebabkan berlaku kenaikan harga yang memang disebabkan oleh gabungan faktor asas dan teknikal. Faktor Asas adalah ia merujuk kepada interaksi penawaran dan permintaan. Faktor Teknikal pula merujuk kepada persepsi pengeluar, peniaga dan pengguna mengenai pola atau trend pasaran dan yang lebih penting adalah apakah dia tindakan yang mereka ambil. Memang menjadi amalan wajar dimana apabila permintaan mengatasi penawaran maka lazimnya harga komoditi akan meningkat. Begitu juga sebaliknya iaitu apabila penawaran melebihi permintaan maka harga komoditi akan jatuh. Semua ini kita belajar disekolah dan universiti dahulu dan sering juga dinyatakan dalam media tempatan. Ini hukum pasaran bebas. Peningkatan taraf hidup, penduduk yang bertambah (di mana negara kita mempunyai seramai dua juta lebih ialah pendatang), gaya hidup yang telah berbeza dengan masa dulu dan pola pemakanan yang berubah telah menjadikan permintaan semua produk dan komoditi makanan dari sektor pertanian berubah. Kepada pengguna yang berpendapatan rendah, selalunya permintaan ke atas bahan asas seperti beras akan terus meningkat untuk keluarga yang lazimnya bersaiz besar. Ini termasuk bahan makanan harian yang lain seperti sayur, buah, ikan dan ayam daging yang harganya meningkat naik. Di kalangan pengguna berpendapatan tinggi pula lazimnya permintaan mereka adalah untuk produk makanan berkualiti, berkhasiat dan juga jenis makanan segera. Ini termasuk ayam daging, produk tenusu, sayur segar dan buah-buahan temperate, daging lembu dan kambing impot serta produk makanan proses. Laporan kementerian menunjukkan kadar pengeluaran makanan dalam negeri tidak memenuhi permintaan menyebabkan Malaysia mempunyai nilai bill impot makanan melebihi RM450 billion setahun. Apakan perancangan kerajaan dan tahap kesedaran pengguna untuk mengatasi masaalah ini. Bersambung Part 2 (Sila Klik disini). Wasallam!.
PERTANIAN LESTARI...APA DIA...
SERING DIBINCANG...OLEH SIAPA...
HASIL PERTANIAN...PENTING JUGA...
MENJAMIN PASARAN...DINEGARA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(16 Rabiulakhir 1435H)

No comments:
Post a Comment