Friday, February 14, 2014

JAGUNG - POPCORN

POPCORN atau BERTIH JAGUNG merupakan sejenis makanan ringan berasaskan Jagung (Zea mays) yang yang disediakan dengan memanaskan biji jagung yang meletup dari 'kernel'nya dan mengembang apabila dipanaskan. Kita di Malaysia mudah membeli popcorn dikawasan kompleks membeli belah atau pun dipasar malam. Sejarah pembuatan bertih jagung pada asalnya dijumpai oleh Orang Asli Amerika tetapi kini menjadi popular sebagai makanan ringan diseluruh dunia terutama dikalangan kanak-kanak dan remaja. Popcorn dikategorikan sebagai 'junk food' oleh sesetengah saintis permakanan walau pun ia mempunyai khasiat permakanan yang khusus. Jagung popcorn agak berbeza dengan jagung manis atau jagung bijirin makanan haiwan dari segi bentuk, warna dan juga saiz serta ciri ia untuk mengembang dan meletup dalam oven. Jagung ini mampu mengembang kerana kernalnya memiliki rangka lembab yang keras dan isi berkanji padat. Apabila dipanaskan ini akan membenarkan tekanan meningkat dalam kernel sehingga menghasilkan letupan "pop" dan ia pecah. Jenis jagung ini ditanam khusus sebagai untuk bertih atau khusus untuk popcorn. Makanan ini sering dimakan ketika menonton wayang dipanggung wayang diseluruh dunia dan merupakan antara lokasi pemasaran popcorm yang paling strategik. Artikel petang Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai popcorn jagung untuk dijadikan bahan bacaan umum.


Terdapat banyak teknik bagi menghasilkan bertih jagung. Paling mudah adalah dengan menggunakan mesin popcorn yang dijual dipasaran (Lihat foto sebelah). Sejarah telah mencatitkan mesih bertih jagung berskala perdagangan dicipta oleh Charles Cretors pada akhir abad ke-19. Banyak jenis mesin popcorn kecil dijual dikedai dimana ia sesuai untuk menghasilkan popcorn sendiri di rumah bagi hidangan untuk ahli keluarga. Mesin ini merupakan mesin yang mudah digunakan, tahan lama dan jenis mudahalih, Jika hendak menjadikan perniagaan popcorn sebagai mata pencarian memang sesuai gunakan mesin ini. Pemerhatian saya mendapati popcorn sebagusnya dimakan selepas dimasak kerana ia masih rangup. Ia perlu dibungkus dengan bekas pembungkusan yang kedap udara untuk proses penyimpanan yang lebih lama. Popcorn memang tidak enak dimakan apabila sejuk kerana lembik dan tidak rangup lagi. Penjual perlu membungkus dengan kemas dan label yang menarik untuk menarik perhatian pembeli. Kini penjualan popcorn telah diubahsuai dengan pelbagai perisa lain seperti vanila, strawberri, oren dan sebagainya. Perasa ini juga menrik minat golongan tersebut dalam memasarkan popcorn.




LAPORAN 1:
Snek sihat untuk keluarga

Popcorn komersil yang enak.
TABIAT makan snek atau kudapan untuk mengalas perut antara waktu makan sudah menjadi cara hidup masyarakat Malaysia di rumah, di tempat kerja dan sebelum tidur! Yang pasti, hampir semua orang mengambil snek sekurang-kurangnya sekali sehari. Makanan snek yang sihat menambah serat dan nutrien ke dalam diet tanpa menambah kalori yang tidak diingini. Malah, ia boleh memberi tenaga sepanjang hari dan mengelakkan daripada makan berlebihan pada waktu makan. Kanak-kanak mendapat lebih manfaat daripada snek yang sihat, kerana mereka lazimnya tidak mendapat khasiat secukupnya daripada makanan yang diambil tiga kali sehari. Snek dapat membekalkan makanan tambahan untuk kanak-kanak serta sumber kalori dan mineral bagi orang dewasa (65 tahun ke atas). Pendidikan pemakanan yang menekankan pengambilan snek menjadi lebih mudah dan berkesan apabila ia menggalakkan pengambilan tenaga tambahan antara waktu makan, bukan semasa makan, bagi orang dewasa yang lebih tua.


Jagung popcorn ditanam untuk menghasilkan biji jagung yang mengandungi kanji tinggi dan akan meletop apabila dipanaskan (Lihat foto jagung disebelaah). Kebanyakan makanan ringan atau snek biasa mengandungi banyak lemak, gula dan natrium dimana jika ada pengambilan terlalu banyak makanan ini boleh memudaratkan kesihatan. Oleh itu, memilih makanan yang sihat untuk kudapan adalah sama penting dengan memilih makanan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.Oleh itu untuk mengelakkan berat badan bertambah kita elakkan makan snek. Jadikan kudapan sebahagian daripada amalan pemakanan keluarga setiap hari. Bekalkan snek yang sihat kepada anak anda untuk dibawa ke sekolah setiap hari dimana ini boleh mengurangkan kemungkinan mereka membeli snek yang tidak sihat daripada penjaja tepi jalan selepas waktu sekolah. Sebaiknya bawa snek sihat ke tempat kerja untuk mengelakkan kelaparan dan membekalkan tenaga apabila bekerja hingga lewat petang atau malam. Pastikan memilih snek yang rendah kalori. Kurangkan jenis makanan manis dan berlemak dan yang masin seperti kerepek kentang boleh menyahhidratkan anda. Makanan ini hendaklah diambil secara sederhana atau terhad.

Sebaiknya kita menyimpan popcorn atau snek berkhasiat yang sedia untuk dimakan dalam peti sejuk atau almari dapur. Perlu melibatkan anggota keluarga memilih snek sihat seperti memilih buah-buahan, sayur-sayuran dan keju supaya mereka lebih berminat untuk suka memakannya. Beri anak-anak anda makanan snek pada waktu yang tetap, seperti menjelang tengah hari dan menjelang petang. Jangan biarkan kanak-kanak (dan orang dewasa!) mengudap sepanjang hari. Cubalah pelbagai snek berikut yang lebih berkhasiat dan sihat seperti jenis buah-buahan segar adalah antara snek yang terbaik kerana ia rendah kalori dan kaya dengan vitamin! Epal, pear dan oren mudah dibawa. Buah-buahan tempatan mudah dipotong dan dihidangkan. Hidangkan salad buah-buahan dengan yogurt rendah lemak untuk menambah pengambilan kalsium seisi keluarga anda. Segenggam kismis atau sultana kering memang kaya dengan zat besi , serat dimana ini akan menjadikannya taburan atas salad yang lazat dan ianya berkhasiat. Hidangkan sepotong kek span pandan dengan teh hijau. Pulut hitam kukus dengan inti atau taburan kelapa parut di atasnya boleh dijadikan snek lazat yang kaya dengan serat. Gantikan pisang goreng dengan memakan pisang segar,rebus atau dipanggang. Cubalah bertih jagung (popcorn) rendah lemak yang dimasak dalam ketuhar gelombang mikro! Snek bijirin penuh ini kaya dengan serat dan mineral.


POPCORN... BERTIH JAGUNG JUGA...
IA DIMASAK... MESIN KHUSUS JUA...
MASIH PANAS... ENAK RANGUPNYA...
MAKANAN SNEK... DIMANA SAHAJA...

By,

M Anem
Senior Agronomist
Hotel Best Western Dua Sentral,
Kuala Lumpur
Malaysia
(4 Oktober 2013)

No comments: