KARI (Curry) merupakan serbuk rempah yang menggabung pelbagai jenis herba untuk hidangan berempah yang terkenal di banyak negara seperti di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Dari segi sejarah saya dapati kari yang dipercayai berasal daripada India merupakan salah satu daripada menu istimewa masyarakat Asia yang sangat popular. Saya sekeluarga sering juga masak berasaskan kepada rempah kari sama ada guna kari buatan sendiri atau pun rempah kari komersial keluaran syarikat tempatan. Terdapat banyak jenis kari yang kita boleh beli dari kedai tetapi kari yang paling popular adalah SERBUK KARI IKAN, SERBUK KARI DAGING dan SERBUK KARI KURMA. Kalau dahulu hanya masyarakat Asia sahaja yang suka makan kari, kini masyarakat Eropah, China, Jepun dan banyak lagi telah mula menyukai makan hidangan kari ini. Satu ketika dulu saya berkursus di Korea Selatan selama 14 hari dan akhirnya dapat makan kari kambing di Seoul dengan harga sekitar RM 80 semangkuk, memang sungguh lazat setelah 10 hari makan makanan Korea. Artikel petang Sabtu ini saya kupas dalam "Anim Agro Technology" mengenai rempah kari yang kita sering guna dan makan untuk 'panaskan' minda kita.
NAMA KARI....BERMACAM JENISNYA...
KARI DAGING...KARI IKAN JUGA...
11 JENIS HERBA...DIGAUL RATA...
BACA ARTIKEL...KITA DAPAT IDEA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pada saya kari ikan, kari ayam dan juga kari kurma daging merupakan hidangan yang sama amat minat (Sila lihat foto kari ayam disebelah). Dalam lamanweb, saya dapati istilah "curry" dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan bahasa Tamil yang merujuk kepada hidangan sebagai lauk yang dimakan bersama-sama dengan nasi. Terdapat pula pokok Daun kari (Murraya koenigii) iaitu sejenis tumbuhan jenis renek yang diambil daunnya untuk djadikan bahan masakan terutamanya masak kari (Sila baca artikel berkaitan daun kari - Sila klik disini). Daun Kari yang dikenali dalam bahasa Tamil sebagai 'karuvapillai' (bermaksud "daun hitam") yang sering digunakan dalam berbagai-bagai jenis hidangan umum di India Selatan yang diperbuat daripada sayur-sayuran atau daging. Hidangan ini biasanya dimakan dengan nasi. Dalam rujukkan lain dilaporkan istilah curry (yang bermaksud "rendidih") ujud dalam bahasa Inggeris sebelum ketibaan pedagang-pedagang British ke sub benua di India. Perkataan ini digunakan oleh mereka untuk merujuk kepada sebarang hidangan yang dianggap mereka seolah-olah mendidih. Serbuk kari yang dibuat di Malaysia adalah resepi yang telah disesuaikan dengan selera orang Malaysia yang lebih sukakan pedas dan lemak. Mungkin anda jumpa pelbagai jenis serbuk kari di kedai-kedai runvit yang dijiau secara timbangan dan digunakan untuk pelbagai jenis masakkan.
Apakah sebenarnya Rempah Serbuk Kari?. Ramai orang kita yang kini telah mampu membuat rempah serbuk kari sendiri walau pun kebanyakannya membeli serbuk kari komersil dipasaran. Kita memang kenal kepada beberapa jenama rempah serbuk kari yang terbaik dalam pasaran untuk masakan kari sendiri. Bagaimana hendak memliih jenis kari yang sedap?. Berbagai-bagai jenama rempah serbuk kari terdapat dalam pasaran di negara ini. Terdapat beratus-ratus pengeluar rempah serbuk kari tempatan di Malaysia dimana ada yang berstatus Syarikat Popular seperti ADABI, BABA'S, MAK SITI, ADAMI dan sebagainya. Sebenarnya semua Rempah Serbuk Kari yang terdapat dalam pasaran ada kelebihan masing-masing bergantung kepada bahan yang digunakan, kualiti kari dihasilkan dan juga kehebatan promosi. Resepi rempah yang dicipta oleh pengilang rempah kari ini untuk kegunaan secara umum dan bukan untuk cita-rasa perseorangan.
Ada kemungkinan asal usul Rempah Kari Serbuk ini sebenarnya di reka oleh Penjajah British di India untuk kegunaan komersial dan mudah untuk mereka mengekploitasi untuk perdagangan mereka. Mungkin juga memalaskan rakyat India yang dibawah penjajahan mereka. Biasanya Rempah kari dalam dapur orang India satu masa dahulu, digiling segala rempah dengan mengikut resepi yang telah diperterunkan genarasi ke genarasi. Maka resepi kari ini tidak sama dengan satu keluarga dengan ke satu keluarga yang lain. Keluarga masing-masing punyai rahsia resepi rempah kari yang tertentu. Rempah Kari Serbuk ini yang dijual ini dengan berbagai jenama bukanlah hasil dari hanya satu jenis rempah saja. Serbuk Rempah kari ini adalah percampuran dengan berbagai jenis rempah yang diadunkan dengan dengan kuantiti tertentu untuk menjadikan satu resepi untuk masakan kari pilihan anda. Sudah mestinya kita boleh cipta resepi ini khas untuk selera keluarga kita. Kita boleh adunkan rempah yang perlu dengan kuantiti tertentu mengikut cita rasa selera kita dan menghasilkan Rempah serbuk Kari. Dengan ini resipi rempah kari yang anda cipta itu boleh menjadi hak milik anda dan keluarga anda selama-lamanya. Ingin mencuba?.
Kajian dari banyak sumber mendapati serbuk kari dibuat daripada banyak bahan asas iaitu Serbuk Cili (kering), Serbuk Kunyit, Serbuk Jintan Manis, Serbuk Jintan Putih, Serbuk biji rempah (corriander), Serbuk lada putih, Serbuk biji halba (fenugreek seeds), Serbuk cengkih, Serbuk halia, Serbuk buah pelaga dan yang ke 11 adalah Serbuk kulit kayu manis. Selain bahan tersebut, Halia, Bawang Putih dan Bawang merah perlu digunakan juga dalam resipi kari anda nanti. Rempah Kari kita boleh beli dari dikedai-kedai rempah atau pun kalau suka buat sendiri dengan kita mengisar sendiri dengan biji-biji rempah. Cara mudah adalah dengan bahan mentah ini (raw) ini dikeringkan dalam ketuhar dalam suhu 350 darjah F selama 7 minit atau pun jemurkan pada keadaan panas terik di luar rumah. Anda boleh kisar dengan 'grinder' atau digiling dengan sedikit air bersama dengan bawang putih, bawang merah kecil dan halia sekali. Cili kering perlu pemula dalam proses giling. Jadilah rempah giling basah.
Ada komen mengatakan masalah rempah kari serbuk yang kita beli telah ditambah tepung beras atau bahan lain di mana ini akan menyebabkan kualiti rempah yang digunakan tidak memuaskan. Maka hasilnya tidak akan sama dengan rempah giling yang dijual dikedi rempah kari yang menggunakan rempah berkualiti dan tanpa campuran dengan bahan lain. Kini teknologi membuat rempah kari telah dapat dikomersilkan dengan menggunakan mesin yng canggih dan cekap. Walau pun kebanyakkan bahan mentah membuat rempah atau serbuk kari ini adalah diimpot, namun syarikat membuat kari dapat mengekalkan industri ini kerana permintaan untuk bahan serbuk kari yang terus meningkat setiap tahun. Pada musim cuti sekolah dan Hari Raya, perminaan untuk serbuk kari meningkat berkali ganda. Makan kari dalam kenduri kendara adalah satu keseronokan.
NAMA KARI....BERMACAM JENISNYA...
KARI DAGING...KARI IKAN JUGA...
11 JENIS HERBA...DIGAUL RATA...
BACA ARTIKEL...KITA DAPAT IDEA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kilag Kari Mak Siti,
KM 16, Jalan Muar-Pagoh,
Muar, Johor,
Malaysia.
(5 RabiulAwal 1435H)
KM 16, Jalan Muar-Pagoh,
Muar, Johor,
Malaysia.
(5 RabiulAwal 1435H)
No comments:
Post a Comment