TESTIMONI 1 :
Padi aerob lebih ekonomik
Oleh HASNURUL MOHAMED
ABDUL Rasad Mat Som memeriksa pokok padi di tapak semaian
Seberang Perai di Kepala Batas, Pulau Pinang.
KEPALA BATAS 9 Jun - Sudah tiba masanya pengusaha sawah padi di seluruh negara mengubah pendekatan mereka dalam menanam padi. Mereka seharusnya memikirkan untuk beralih kepada pendekatan tanaman padi yang jauh lebih komersial dan dalam masa yang sama hasil pengeluaran lebih tinggi. Selama ini, kaedah menanam padi sejak turun temurun bergantung kepada penggunaan air yang banyak. Sebab itulah sawah menjadi becak, berlumpur dan bergelumang pula dengan lintah-lintah. Pendekatan tradisi itu banyak bergantung kepada air bermula ketika anak padi disemai di petak-petak semaian sehinggalah pokok padi itu bersedia untuk dituai. Bagaimanapun, kini kaedah penanaman baru bagi padi jenis aerob lebih ekonomik dengan tidak menggunakan air yang banyak. Biasanya bagi keluasan satu hektar sawah padi mengambil masa 110 hari sebelum tanaman itu mengeluarkan hasil, tetapi dengan kaedah tanaman baru ini dipendekkan kepada cuma 95 hari.
Pembantu Penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Abdul Rasad Mat Som, pendekatan penanaman padi aerob dapat mengatasi masalah kebergantungan kepada air yang banyak. "Kita tahu, kebanyakan pesawah berdepan masalah sistem pengairan bagi menyalurkan air ke bendang. "Sebab itulah, apabila kita memulakan kajian padi aerob, kita telah memikirkan kaedah yang boleh diguna pakai untuk menanam padi tanpa terlalu bergantung kepada penggunaan air," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui di petak sawah model sempena pelancaran Hari Teknologi Padi di Stesen MARDI, Seberang Perai di sini baru-baru ini. Abdul Rasad berkata, walaupun kaedah padi aerob masih dalam kajian namun progres kajiannya berjalan lancar dan ia kini dalam musim kedua penyelidikan. Namun begitu, katanya, kajian penambahbaikan dan memendekkan tempoh menunggu sebelum padi dituai masih dalam peringkat penyelidikan. Ini kerana, katanya, sekiranya kaedah tanaman padi aerob berjaya mencapai matlamat ia dijangka menghasilkan pengeluaran padi sehingga tiga tan sebaik saja tanaman itu mencapai umur 65 hari. Tambah Abdul Rasad, dalam penyelidikan yang dijalankan, kajian itu harus memberi keputusan penghasilan padi lebih baik daripada yang dihasilkan mengikut kaedah tanaman biasa. "Matlamatnya, masalah kekurangan bekalan beras dalam negara seperti mana yang melanda pada tahun lepas tidak akan berlaku lagi," ujarnya.
TESTIMONI 2 :
Melaka mula tanam padi aerob tahun depan
Melaka mula tanam padi aerob tahun depan
Hasan Rahman (kanan) bersama Md. Yazid Md. Ali menunjukkan benih padi
serta beras aerob di Air Molek, Melaka, semalam.
MELAKA 16 Dis. - Pesawah di negeri ini akan mula menanam padi aerob bagi menggantikan padi sawah selama ini, Mac tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman berkata, sebagai permulaan tiga lokasi telah dipilih untuk mengusahakan tanaman padi aerob iaitu di Tedong, Serkam dan Pengkalan Samak. Menurutnya, penanaman itu melibatkan seramai lima pengusaha di kawasan sawah seluas 10 hektar dan dijadualkan benih padi aerob akan mula ditanam di petak sawah Mac ini. 'Semua pemilik sawah telah bersetuju mengusahakan tanaman padi aerob sebaik sahaja mereka selesai menuai padi sawah Februari ini. ''Benih akan dibekalkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) selain bantuan teknikal, cara penanaman dan penjagaan daripada serangan penyakit serta serangga," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Hari Bertemu Pelanggan MARDI di pejabat MARDI, Ayer Molek di sini hari ini.
Hasan berkata, beliau yakin penanaman padi aerob yang dihasilkan penyelidik MARDI bukan sahaja mampu membantu pesawah meningkatkan hasil pengeluaran padi tetapi juga membantu mengatasi masalah pengairan. Menurutnya, padi tersebut dilihat lebih komersial dan mampu meningkatkan pengeluaran padi antara lima hingga enam tan sehektar berbanding padi yang diusahakan pesawah pada masa ini hanya mampu menghasilkan tiga tan sehektar. Selain itu, katanya, jika padi sawah yang diusahakan sekarang boleh menghasilkan pengeluaran dua kali setahun tetapi melalui penanaman padi aerob dapat menghasilkan pengeluaran tiga kali setahun. 'Kelebihan padi aerob ialah tidak terlalu bergantung penggunaan air yang banyak berbanding padi sawah yang diusahakan sekarang," katanya. Beliau menambah, padi itu hanya memerlukan sedikit air dan boleh menggunakan kaedah siraman atau mengepam air dari sungai atau mana-mana saliran bagi tujuan membasahkan tanah.
Sehubungan itu katanya, penghasilan benih padi aerob akan mula disemai di tapak semaian seluas lapan hektar bermula tahun depan serta dibantu oleh MARDI, Jabatan Pertanian negeri dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Menurutnya, jika tanaman itu berhasil, secara berperingkat seluruh pesawah di negeri ini akan mengusahakan tanaman padi aerob.
TESTIMONI 3 :
Tanam padi air sedikit
Perubahan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini merangsang penyelidik MARDI memperkenalkan tanaman padi tanpa air bertakung dikenali padi Aerob. Padi Aerob adalah sistem penanaman padi yang baru bertujuan mengurangkan keperluan air untuk tanaman padi. Dalam sistem pengeluaran padi berkenaan, varieti padi berhasil tinggi ditanam tanpa air bertakung, memberi tindak balas tinggi kepada input (terutama baja). Selain itu, ia juga mendapat bantuan pengairan sekiranya air hujan tidak mencukupi. Penanaman padi itu dapat menjimatkan penggunaan air daripada sistem pengairan hingga 50 peratus atau lebih berbanding keperluan air untuk tanaman padi sawah.
ZAINUDIN (Sila lihat foto disebelah) bersama Azmi puas hati dengan padi Aerob MRIA 1 dihasilkannya. Keperluan air untuk padi Aerob ini bergantung kepada jenis tanah, taburan hujan dan pengurusan air. Penyelidikan padi Aerob dilaksanakan Pegawai Penyelidik MARDI, Zainudin PMD Hussain sejak 2005. Zainudin berkata, perubahan cuaca yang tidak menentu dan masalah kekurangan air menjadi titik pemula kepada penghasilan padi Aerob. “Dari situ kami mengambil inisiatif untuk mencari varieti yang sesuai dan menggunakan air yang sedikit. “Seterusnya MARDI bermula dengan varieti daripada Institut Penyelidikan Padi Antarabangsa (IRRI) dan cuba saring di kawasan penyelidikan di MARDI Seberang Perai,” katanya. Menerusi penyelidikan dilakukan didapati varieti padi dihasilkan menunjukkan pertumbuhan baik, tetapi hasil tidak seperti diharapkan. “Pada masa sama kami membuat kajian, kacukan dan penyelidikan mutasi. Kami mutasi menggunakan dua jenis iaitu kimia serta sinar gamma. “Dari situ saringan dilakukan dan varieti ini dihasilkan daripada mutasi kimia bermula pada 2005. Seterusnya pemilihan populasi segregasi hingga 2008,” katanya.
Menurutnya, pemilihan populasi segregasi menghasilkan baka AERON 1 dengan menunjukkan keseragaman dan hasil yang tinggi. “Kami membuat pemilihan dan penulenan benih hingga terhasil satu baka padi Aerob iaitu MRIA 1 yang dihasilkan melalui kaedah mutasi baka daripada IRRI,” katanya. Katanya, MRIA 1 ditawarkan dengan pakej teknologi penanaman padi Aerob yang dirasmikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob awal tahun ini. pengenalan padi Aerob (MRIA 1) iaitu varieti baru padi yang kurang menggunakan air dalam proses penanaman dan boleh ditanam di kawasan tanah bukit. Ia dijangka dapat membantu meningkatkan peratusan pengeluaran padi negara pada masa hadapan. Katanya, padi Aerob berpotensi ditanam di kawasan sawah mengalami masalah kekurangan air dan kawasan tadahan hujan. “Bermakna padi Aerob boleh ditanam pada luar musim dan di kawasan darat yang sesuai seperti ladang tebu, getah dan kelapa sawit.
Ia juga boleh ditanam secara tanaman giliran dengan tanaman lain atau sebagai tanaman selingan di kawasan tanam semula getah dan kelapa sawit untuk memaksimumkan penggunaan tanah, selain meningkatkan pendapatan petani. Katanya, potensi hasil MRIA 1 antara empat hingga lima tan per hektar dan mempunyai tempoh matang yang singkat sekitar 90 hari berbanding penanaman padi sawah dilaksanakan sebelum ini. “Pokoknya sederhana tinggi (92 ke 99 sentimeter), mempunyai bilangan anak sekitar lima ke tujuh (perdu) tetapi produktif, selain semua mengeluarkan hasil padi. “Ia amat sesuai ditanam dan tumbuh dengan cantik tanpa air bertakung, memberi hasil hingga lima tan sehektar,” katanya. Katanya, baka padi dihasilkan juga rintang penyakit karah daun, hawar daun bakteria, hawar seludang, penyakit merah dan benah perang. “Bagaimanapun, MRIA 1 mempunyai ciri sederhana rentan pada serangan ulat pengorek batang, namun boleh diatasi melalui semburan racun. “Dari segi perosak dan penyakit utama kita kategori MRIA 1 sebagai rintang atau tahan,” katanya. Padi jenis ini juga boleh ditanam di mana-mana kawasan termasuk kawasan bukit asalkan boleh dilengkapi dengan kemudahan air secara ‘sprinkler’. Katanya, sistem penanaman padi Aerob sudah dilaksanakan di tiga kawasan utama termasuk di Seberang Perak, Bertam di Kepala Batas dan Kelantan. Katanya, jika kerajaan mewujudkan skim galakan sebagaimana dilaksanakan untuk padi sawah, selain adanya teknologi pengeluaran yang cekap, maka sistem penanaman padi Aerob dijangka mendapat perhatian petani dan pengusaha.
“Saya sendiri berkeyakinan sekiranya ia diperkenalkan, prestasi hasil boleh dikekalkan dan mengesyorkan kerajaan menanam padi ini tiga kali setahun. Sistem tanaman padi ini akan dapat mengurangkan kawasan tanah terbiar dan meningkatkan pengeluaran kawasan tadahan hujan. Seterusnya membantu meningkatkan pengeluaran padi dan tahap sara diri (SSL) keperluan beras negara sebelum 2020,” katanya. Katanya sistem berkenaan dapat meningkatkan penggunaan tanah memandangkan ketika ini banyak tanah terbiar. “Menerusi penggunaan sistem Aerob, ia bakal mengurangkan atau mengatasi masalah tanah terbiar dalam negara sekitar 20 peratus daripada 219,000 hektar,” katanya.
MARDI juga katanya sedang membangunkan varieti baru. “Kami harap dengan pembangunan berterusan ini, negara dapat hasil yang lebih tinggi pada masa depan.“Penyelidikan terhadap padi MRIA 1 turut dilaksanakan Pengarah MARDI Pulau Pinang, Azmi Razak yang juga ahli pasukan agronomi bagi menjalankan pemerhatian di ibu pejabat di Serdang serta membuat perbandingan,” katanya. MARDI juga pada peringkat penyelidikan benih baka dan berdaftar sebelum menyerahkan kepada kementerian untuk mengagihkan kepada petani. Dari segi bekalan benih ni, MARDI sepatutnya mengeluarkan benih baka seterusnya jadikan benih daftar, benih sah dan barulah sampai kepada petani. Kalau ikut sistem sawah, kerajaan akan berikan benih kepada syarikat berdaftar sebelum diedarkan kepada petani dan dijangka MARDI dapat menyerahkannya pada tahun depan.
PADI AEROB... GLAMOUR NAMANYA...
HARAPAN BARU... PERLU DISEGERA...
MANA BENIH...RAMAI HENDAK CUBA...
JANGAN LAMBAT...NANTI TERLUPA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Sawah Padi Seberang Perak,
Perak,
Malaysia.
(26 Rabiulawal 1435H)

No comments:
Post a Comment