KACANG TANAH (Arachis hypogaea) merupakan tanaman singkat masa yang semakin kurang ditanam oleh petani tempatan di Malaysia. Keluasan tanaman ini mengikut laporan statistik jabatan Pertanian didapati sekitar 80 - 100 hektar setahun kerana banyak kawasan penanaman kacang tanah tradisional telah menukar tanaman mereka kepada tanaman jagung manis dan sayur-sayuran. Tanaman kacang tanah sesuai dijadikan tanaman selingan (crop rotation) iaitu penanaman satu kali dalam satu tahun disesetengah kawasan untuk mencegah serangga perosak, penyakit dan kesannya meningkatkan kesuburan tanah. Bagi kawasan tanah sawah atau kawasan tanaman tembakau, ia digunakan sebagai tanaman gantian yang popular di negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Di Perak dan Kedah pula penanaman kacang tanag dilakukan pada musim kering dimana tahap keperluan air kacang tanah bergantung pada air hujan. Kadar hujan sekitar 100 -150 mm sebulan mencukupi pada peringkat awal penanaman sementara kadar sebanyak 50 -100 mm sebulan pada peringkat reproduktif. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sambungan kepada teknologi penanaman kacang tanah sebagai panduan petani dan semua pihak berkaitan.
Kacang Tanah perlukan pengairan jika ditanam pada musim kemarau. Masa kritikal tanaman terhadap air adalah ketika pertumbuhan awal (umur hingga 15 hari), umur 25 hari (awal berbunga), umur 50 hari (pembentukan dan pengisian lengai) dan umur 75 hari (pemasakan). Pemberian air dengan sprinkler atau cara lain. Menuai kacang tanah bergantung varieti dan musim tanam. Lazimnya adalah 90-100 hari atau pada ketika cukup matang. Tanda tanaman matang bila ada tanda-tanda seperti kulit kacang tanah mengeras, berserat, bahagian dalam berwarna coklat atau jika ditekan kulit mudah pecah. Cara menuai dilakukan secara manual (dicabut). Sebaiknya sebelum menuai tanah perlu dibasahkan dengan air agar tidak banyak biji lengai kacang yang tertinggal di dalam tanah. Meleraikan biji kacang dilakukan secara manual dengan tangan atau menggunakan mesin pelerai kacang. Asingkan buah muda dengan yang matang.
Lengai Kacang Tanah yang telah dituai perlu dikumpulkan dan digredkan mengikut saiz, kematangan, bentuk dan juga keseragaman. Sebaiknya perlu dihantar segera ke pusat pemprosesan dalam masa tidak boleh lebih 24 jam untuk pasaran segar. bagaimana pun ia boleh dikeringkan dulu untuk pasaran jauh. Aktiviti pengeringan dilakukan dengan dijemur pada lantai atau dengan alas tikar selama 5-6 hari dengan matahari terik atau bila musim hujan dengan menggunakan mesin pengering (Oven). Pengeringan dilakukan sampai kadar air biji kacang tanah menjadi kepada kelembapan sekitar 10-12 %. Tandanya adalah apabila dengan mudah kulit biji mengelupas. Kaedah mengeluarkan biji atau mengelupas kulit kacang tanah boleh dijalankan dengan cara manual aau tangan atau mesin (peanut sheller). Penyimpanan kacang tanah dilakukan dalam gudang yang bersih, kering tidak lembab dan peredaran udara. Sebaiknya kita menggunakan pembungkusan seperti karung guni atau bekas plastik. Kacang tanah yang sudah dikemas disusun bertingkat dengan teratur di atas kayu atau rak kayu sebelum dihantar pasaran kepada pemborong atau pengedar atau diekspot keluar negara (Bagi negara pengekspot kacang tanah). Penanaman kacang tanah di Malaysia bukan satu komoditi penting dan kurang menarik minat petani tempatan oleh banyak faktur. Negara kita akan terus mengimpot biji kacang tanah untuk kegunaan domestik dalam tempoh lama. Wasallam!.
KACANG TANAH...APA TEKNOLOGINYA...
DI MALAYSIA...KURANG MENANAMNYA...
SAYA PAPARKAN... BACAAN BERSAMA...
BUAT RUJUKKAN.... UNTUK SEMUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Tanaman Kacang Tanah,
Kg Sialang, Tangkak,
Ledang, Johor,
Malaysia.
(19 Rabiulawal 1435H)
Kawalan musuh dan penyakit kacang tanah dilakukan setiap masa apabila ada tanda serangan. Paling asas adalah dengan menggunakan benih dari varieti kacang tanah yang resistan atau toleran kepada serangga perosak atau pun penyakit. Apabila berlaku juga serangan perosak, mula-mula buat kawalan secara mekanikal dengan memungut dengan cara manual segala serangga perosak. Bagaimana pun jika tahap serangan kritikal, buat semburan dengan racun kimia yang sesuai. Hama utama pada kacang tanah antara lain sebagai berikut serangga Bena Kacang Tanah (Empoasca fasialin), Ulat Makan Daun (Stmopteryx subsecivella), Ulat Jengkal (Plusia chalcites) dan Ulat Daun (Prodenia litura) dan juga Ulat Penggulung Daun (Lamprosema indicata). Serangga ini boleh dikawal dengan racun kimia seperti endosulfan, clorfirifos, monokrotofos, metamidofos, diazinon, (seperti Thiodan, Dursban, Azodrin, Tamaron dan Basudin). Syor penggunaan racun tersebut sesuai pada umur 25,35 dan 45 HST. Penyakit utama kacang tanah adalah seperti Layu Bakteria (Pseudomonas solanacearum), Penyakit Bintik Daun (Cercospora sp.) dan Penyakit karat (Puccinia arachidis). Kawalan penyakit boleh dilakukan dengan penanaman varieti tahan atau menggunakan racun kulat seperti Benomil, Mancozeb, Carbendazim dan Clorotalonil (seperti Benlate, Dithane M-45, Baycor, Delsane, MX200, dan Daconil). Penyemburan racun kulat boleh dibuat pada umur 35-45 dan 60 HST.
Kacang Tanah perlukan pengairan jika ditanam pada musim kemarau. Masa kritikal tanaman terhadap air adalah ketika pertumbuhan awal (umur hingga 15 hari), umur 25 hari (awal berbunga), umur 50 hari (pembentukan dan pengisian lengai) dan umur 75 hari (pemasakan). Pemberian air dengan sprinkler atau cara lain. Menuai kacang tanah bergantung varieti dan musim tanam. Lazimnya adalah 90-100 hari atau pada ketika cukup matang. Tanda tanaman matang bila ada tanda-tanda seperti kulit kacang tanah mengeras, berserat, bahagian dalam berwarna coklat atau jika ditekan kulit mudah pecah. Cara menuai dilakukan secara manual (dicabut). Sebaiknya sebelum menuai tanah perlu dibasahkan dengan air agar tidak banyak biji lengai kacang yang tertinggal di dalam tanah. Meleraikan biji kacang dilakukan secara manual dengan tangan atau menggunakan mesin pelerai kacang. Asingkan buah muda dengan yang matang.
Lengai Kacang Tanah yang telah dituai perlu dikumpulkan dan digredkan mengikut saiz, kematangan, bentuk dan juga keseragaman. Sebaiknya perlu dihantar segera ke pusat pemprosesan dalam masa tidak boleh lebih 24 jam untuk pasaran segar. bagaimana pun ia boleh dikeringkan dulu untuk pasaran jauh. Aktiviti pengeringan dilakukan dengan dijemur pada lantai atau dengan alas tikar selama 5-6 hari dengan matahari terik atau bila musim hujan dengan menggunakan mesin pengering (Oven). Pengeringan dilakukan sampai kadar air biji kacang tanah menjadi kepada kelembapan sekitar 10-12 %. Tandanya adalah apabila dengan mudah kulit biji mengelupas. Kaedah mengeluarkan biji atau mengelupas kulit kacang tanah boleh dijalankan dengan cara manual aau tangan atau mesin (peanut sheller). Penyimpanan kacang tanah dilakukan dalam gudang yang bersih, kering tidak lembab dan peredaran udara. Sebaiknya kita menggunakan pembungkusan seperti karung guni atau bekas plastik. Kacang tanah yang sudah dikemas disusun bertingkat dengan teratur di atas kayu atau rak kayu sebelum dihantar pasaran kepada pemborong atau pengedar atau diekspot keluar negara (Bagi negara pengekspot kacang tanah). Penanaman kacang tanah di Malaysia bukan satu komoditi penting dan kurang menarik minat petani tempatan oleh banyak faktur. Negara kita akan terus mengimpot biji kacang tanah untuk kegunaan domestik dalam tempoh lama. Wasallam!.
KACANG TANAH...APA TEKNOLOGINYA...
DI MALAYSIA...KURANG MENANAMNYA...
SAYA PAPARKAN... BACAAN BERSAMA...
BUAT RUJUKKAN.... UNTUK SEMUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Tanaman Kacang Tanah,
Kg Sialang, Tangkak,
Ledang, Johor,
Malaysia.
(19 Rabiulawal 1435H)
No comments:
Post a Comment