RACUN RUMPAI (Weedicide atau Herbicide) merupakan satu bahan kimia yang digunakan untuk mengawal pertumbuhan rumpai dikawasan pertanian. Terdapat pelbagai jenis racun rumpai di Malaysia yang dijual dipasaran untuk dibeli oleh pengguna bagi tujuan mengawal rumpai sama ada ianya Racun Rumpai Pra-Cambah (Pre-emergence), Racun Rumpai Jenis Sentuh (Contact) dan Racun Rumpai Jenis Sistemik (Systemic). Kesemua racun rumpai mengandungi bahan aktif yang berbeza mengikut formulasi yang khusus untuk tujuan kawalan rumpai. Racun rumpai merupakan bahan input pertanian yang penting dibeli untuk memulakan penyediaan tanah pertanian dikawasan baru atau mengawal rumpai dikawasan kebun sedia ada. Rumpai yang tidak dikawal akan bersaing dengan tanaman dari segi ruang, cahaya matahari, baja, air dan juga menjadi perumah kepada banyak penyakit dan perosak. Saya telah pun menjalankan kajian dengan mengumpul data untuk mengetahui trend harga racun rumpai di Semenanjung Malaysia selama 5 tahun dari tahun 2008 hingga 2012. Sempena tahun baru 1.1.2014 ini, saya menulis satu artikel dalam "Anim Agro Technology" tentang analisa trend harga racun rumpai dalam masa 5 tahun untuk dirujuk dan dibaca oleh anda yang hauskan maklumat mengenai teknologi pertanian dan dijadikan rujukkan.
Bagi tujuan kajian ini hanya 3 jenis racun yang popular dipilih untuk dibuat analisa iaitu Jenama Basta, Round-Up dan Spark. Jadual diatas menunjukkan jumlah purata harga racun rumpai adalah paling tinggi pada tahun 2008 iaitu RM 283.66 dan terus menurun serendah RM 246.34 pada tahun 2011. Trend ini saya selidik adalah serupa dengan trend harga racun kimia yang lain dan harga runcit baja dipasaran didalam artikel berkaitan. Antara faktur yang menjadikan perubahan harga pada racun rumpai adalah krisis kenaikan harga petroleum seluruh dunia pada tahun 2008, Krisis Keamanan dan Peperangan, Krisis Makanan dan akibat bencana alam yang berlaku. Syarikat pengeluar racun rumpaii sama ada tempatan atau yang diimpat terpaksa menaikkan harga racun pada 2008 akibat kos pengeluaran yang meningkat. Racun round-up merupakan sejenis racun amat popular dikalangan petani, pengurus estet dan juga penjual racun berdaftar di Malaysia. Walau pun harganya tinggi tetapi ia masih dibeli oleh petani kerana kesannya yang hebat dalam mengawal rumpai, dikeluarkan oleh syarikat berpengalaman, mudah didapati dari banyak kedai menjual racun dan juga label yang lengkap pada pembungkusan tersebut.
Racun Rumpai Jenama Spark mengandungi bahan aktif jenis glyphosate isopropilamine yang dibungkus dalam pelbagai saiz dalam bekas khas. Kajian hanya tumpukan kepada pek jenis 4 liter sebotol. Geraf diatas menunjukkan racun ini merupakan jenama yang paling murah dengan harga RM 44.58 / 4 liter (2008) dan menurun kepada RM 36.26 (2009), RM 34.81 (2010) , RM 36.45 (2011) dan RM 33.06 (2012). Ini menunjukkan bahawa harga racun Spark yang banyak digunakan oleh petani di lapangan mempunyai trend harga yang tidak ketara dari segi perubahan harga. Racun jenis ini saya dapati amat popular dijual dan digunakan oleh petani kerana ia mudah didapati, memberikan kesan kawalan rumpai yang sangat baik dan dikeluarkan oleh syarikat yang berpengalaman. Penggunaan yang berkesan adalah dengan mengikuti arahan yang ditulis pada label dan kegagalan untuk mengikuti arahan pada label amat merugikan. Ramai petani kecil akan membeli botol racun jenis 'Spark' ini dengan saiz kapasiti 1 liter sementara pengguna estet akan membeli dalam saiz 4 liter.
Racun Rumpai Jenama Round-Up keluaran Mosanto mengandungi bahan aktif glyphosate isopropilamine merupakan sejenis racun rumpai yang sangat popular diseluruh dunia. Trend harga racun Raund-up juga agak tinggi pada tahun 2008 sebanyak RM 81.83 tetapi ia menurun dengan ketara kepada hanya RM 59.47 (2009), RM 56.20 (2010), RM 44.39 (2011) dan stabil pada tahun 2012 sebanyak RM52.62. Penurunan harga runcit yang tinggi pada tahun 2008 amat ketara dibandingkan dengan harga terendah pada 2010 dengan perbezaan hampir 50%. Bagi harga runcit racun rumpai jenama BASTA (Sila rujuh foto sebelah), trend yang hampir serupa dengan racun Round-up juga berlaku. Harga runcit racun BASTA juga tinggi pada tahun 2008 (RM 44.56) dan menurun pada tahun berikutnya sehingga stabil pada RM 33.08 pada tahun 2012. Racun ini juga merupakan jenis racun rumpai yang sangat popular digunakan dan dibeli dikalangan petani di Malaysia. Selain daripada kawalan rumpai yang berkesan, racun jenis ini juga mudah dibeli, dikeluarkan oleh syarikat berpengalaman dan cara promosi yang baik oleh pengedarnya.
Analisis dari kesemua 3 jenis racun diatas menunjukkan purata harga satu unit racun (cecair 1 liter sama dengan 1 kilogram) adalah menurun daripada RM 23.66 pada tahun 2008 kepada harga runcit RM 20.97 (2009), RM 20.90 (2010), RM 20.53 (2011) dan telah agak stabil pada RM 20.68 (2012). Purata ini menunjukkan ada kesan kenaikan harga bahan bakar petrolium yang berlaku pada tahun 2008 dalam kenaikan harga racun rumpai di Malaysia. Kemungkinan kos pengangkutan dan bahan aktif yang berasaskan petrolium yang akan menyebabkan berlakunya perubahan kos racun rumpai dipasaran. Racun rumpai merupakan salah satu daripada bahan input pertanian penting selain daripada Baja, Kapor, Racun Kulat, Racun Serangga, Peralatan Kecil Pertanian dan sebagainya. Pemilihan jenis racun rumpai yang tepat dan kos efektif adalah penting untuk mempastikan produktiviti ladang meningkat dan berkualiti seterusnya menambah tahap keuntungan petani. Kajian lanjut mengenai trend harga bahan input seperti racun perlu dijalankan setiap masa. Wasallam!
RACUN RUMPAI... BANYAK JENISNYA....
ADA YANG BISA... BACA LABELNYA...
HARGA MAHAL... IKUT ATURAN GUNA...
TIDAK ADA RUMPUT...HASIL BERGANDA...
By,
M Anem
TKPM Titi Gantung,
Bota, Perak,
Malaysia
(11 Safar 1434H)
Bagi tujuan kajian ini hanya 3 jenis racun yang popular dipilih untuk dibuat analisa iaitu Jenama Basta, Round-Up dan Spark. Jadual diatas menunjukkan jumlah purata harga racun rumpai adalah paling tinggi pada tahun 2008 iaitu RM 283.66 dan terus menurun serendah RM 246.34 pada tahun 2011. Trend ini saya selidik adalah serupa dengan trend harga racun kimia yang lain dan harga runcit baja dipasaran didalam artikel berkaitan. Antara faktur yang menjadikan perubahan harga pada racun rumpai adalah krisis kenaikan harga petroleum seluruh dunia pada tahun 2008, Krisis Keamanan dan Peperangan, Krisis Makanan dan akibat bencana alam yang berlaku. Syarikat pengeluar racun rumpaii sama ada tempatan atau yang diimpat terpaksa menaikkan harga racun pada 2008 akibat kos pengeluaran yang meningkat. Racun round-up merupakan sejenis racun amat popular dikalangan petani, pengurus estet dan juga penjual racun berdaftar di Malaysia. Walau pun harganya tinggi tetapi ia masih dibeli oleh petani kerana kesannya yang hebat dalam mengawal rumpai, dikeluarkan oleh syarikat berpengalaman, mudah didapati dari banyak kedai menjual racun dan juga label yang lengkap pada pembungkusan tersebut.
Racun Rumpai Jenama Round-Up keluaran Mosanto mengandungi bahan aktif glyphosate isopropilamine merupakan sejenis racun rumpai yang sangat popular diseluruh dunia. Trend harga racun Raund-up juga agak tinggi pada tahun 2008 sebanyak RM 81.83 tetapi ia menurun dengan ketara kepada hanya RM 59.47 (2009), RM 56.20 (2010), RM 44.39 (2011) dan stabil pada tahun 2012 sebanyak RM52.62. Penurunan harga runcit yang tinggi pada tahun 2008 amat ketara dibandingkan dengan harga terendah pada 2010 dengan perbezaan hampir 50%. Bagi harga runcit racun rumpai jenama BASTA (Sila rujuh foto sebelah), trend yang hampir serupa dengan racun Round-up juga berlaku. Harga runcit racun BASTA juga tinggi pada tahun 2008 (RM 44.56) dan menurun pada tahun berikutnya sehingga stabil pada RM 33.08 pada tahun 2012. Racun ini juga merupakan jenis racun rumpai yang sangat popular digunakan dan dibeli dikalangan petani di Malaysia. Selain daripada kawalan rumpai yang berkesan, racun jenis ini juga mudah dibeli, dikeluarkan oleh syarikat berpengalaman dan cara promosi yang baik oleh pengedarnya.
Analisis dari kesemua 3 jenis racun diatas menunjukkan purata harga satu unit racun (cecair 1 liter sama dengan 1 kilogram) adalah menurun daripada RM 23.66 pada tahun 2008 kepada harga runcit RM 20.97 (2009), RM 20.90 (2010), RM 20.53 (2011) dan telah agak stabil pada RM 20.68 (2012). Purata ini menunjukkan ada kesan kenaikan harga bahan bakar petrolium yang berlaku pada tahun 2008 dalam kenaikan harga racun rumpai di Malaysia. Kemungkinan kos pengangkutan dan bahan aktif yang berasaskan petrolium yang akan menyebabkan berlakunya perubahan kos racun rumpai dipasaran. Racun rumpai merupakan salah satu daripada bahan input pertanian penting selain daripada Baja, Kapor, Racun Kulat, Racun Serangga, Peralatan Kecil Pertanian dan sebagainya. Pemilihan jenis racun rumpai yang tepat dan kos efektif adalah penting untuk mempastikan produktiviti ladang meningkat dan berkualiti seterusnya menambah tahap keuntungan petani. Kajian lanjut mengenai trend harga bahan input seperti racun perlu dijalankan setiap masa. Wasallam!
RACUN RUMPAI... BANYAK JENISNYA....
ADA YANG BISA... BACA LABELNYA...
HARGA MAHAL... IKUT ATURAN GUNA...
TIDAK ADA RUMPUT...HASIL BERGANDA...
By,
M Anem
TKPM Titi Gantung,
Bota, Perak,
Malaysia
(11 Safar 1434H)
No comments:
Post a Comment