SENGATAN DAN GIGITAN SERANGGA (Insect bites and stings) merupakan satu perkara semulajadi yang dilakukan oleh serangga untuk mempertahankan diri atau mendapatkan makanan mengikut kehendak biologi serangga tersebut. Dari segi ilmu Entomologi, terdapat dua perkara yang berkait dengan perkara tersebut iaitu Sengatan (Insect Stings) dan juga Gigitan (Insect bites) walau pun kedua-duanya melibatkan penggunaan organ khusus (Ovipositor atau hornet). Kesan dari sengatan dan gigitan ini kepada manusia dan tumbuhan memang signifikan sehingga ada yang menyebabkan kesan kesakitan, lumpuh, lebam, bengkak, warna merah, luka, hasil tanaman rosak dan banyak simptom lagi. Sesetengan kesan ini kepada manusia yang terkena gigitan seperti gigitan Nyamok Aedes yang membawa kuman berpenyakit seperti 'denggi berdarah' amat merbahaya sehingga boleh membawa maut jika tidak dikawal dan dirawat. Serangga memang berada disekeliling manusia dan kawasan tenaman dengan beribu-ribu spesis dimana sebahagiannya memang mengancam kesihatan, keharmonian manusia serta kerosakan tanaman. Ancaman yang sama oleh serangga yang menyengat dan mengigit juga berlaku kepada hidupan haiwan ternakan, tanam-tanaman dan hidupan lain. Artikel subuh Selasa ini selepas sembahyang subuh, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sengatan dan gigitan serangga berdasarkan pengetahuan, pengalaman peribadi dan membuat rujukkan dari beberapa buku entomologi serta rujukkan dalam lamanweb.
Sengatan Serangga lazimnya dikaitkan dengan cara mempertahankan diri bagi serangga tersebut apabila terancam dimana serangga tersebut mengeluarkan venom (racun), bahan kimia, bau-bauan (aromatic smell) dan sebagainya (Lihat foto sebelah). Ia mungkin akan menyucuk organ sengatan kepada mangsa terus kedalam badan mangsa dan memasukkan venom yang akan menyebabkan kesakitan, melemahkan sistem saraf malahan mampu membunuh mangsa akibat sengatan. Antara serangga yang menyengat ini seperti Lebah Madu (Apis spp), Tebuan (Vespa tropica tropica), Kala Jengking, Lipan dan sebagainya. Sengatan oleh Lebah Madu Tempatan (Apis cerana), Lebah Madu Impot (Apis melifera) atau Lebah Madu Hutan (Apis dosrsata) sering dikaitkan dengan pertahanan koloni lebah dari serangan atau gangguan oleh manusia, burung, binatang lain yang mendekati sarangnya (haif lebah). Uniknya setiap kali lebah madu itu menyengat akan meninggalkan sengatnya (ovipositor) pada badan mangsa dan melekat serta mengepam venom kedalam badan mangsa yang menyebabkan kesakitan dan mangsa akan lari. Kala Jengking pula mempunyai organ sengat yang mengandungi venom dibahagian belalai dibelakangnya yang mempunyai tahap kebisaan tinggi. Lipan juga mempunyai gigitan berbisa hasil dari venom yang dimasukkan kedalam tubuh mangsa setelah bahagian kulit dikoyakkan melalui gigitan dan amat menyakitkan (Lihat foto jengking dan lipan dibawah). Apabila disengat serangga berbisa perlu mendapatkan rawatan segera kepada klinik atau hospital.
Sengatan oleh serangga melibatkan beberapa Keluarga Serangga seperti dalam Keluarga DIPTERA (Nyamok, Horsefly, Tsetse Flies, Stable flies, Sandflies, Botflies) dan beberapa spesis lagi menyebabkan mangsa menjadi tidak selesa dan kesakitan. Serangga keluarga HYMENOPTERA juga menyebabkan bisa sengatan seperti Semut Api, Lebah (Lebah madu - menyengat, Lebah biasa yang lain - mengigit), Bumblebees, Tabuan dan Wasps. Serangga kecil seterusnya dari kumpulan SIPHONEPTERA atau kumpulan kutu (Fleas) menghisap darah dari mangsa seperti Kutu Manusia (Human fleas) dan juga Chigoe flea. Kutu Rambut (Lice) dari keluarga PATHIRAPTERA juga tinggal diatas kepala manusia yang menghisap darah dan menyebabkan kegatalan pada kult kepala. Kutu rambut pada dahulu merupakan satu ancaman kepada penduduk luarbandar tetapi kini dengan adanya pelbagai jenis shampoo rambut kita amat jarang dengar rakan-rakan kita dikawasan bandar mempunyai masaalah kutu rambut. Banyak serangga lain banyak lagi yang menganggu kehidupan manusia dengan gigitan dan sengatan.
Gigitan oleh serangga kecil seperti Nyamok (Mosquito) menyebabkan kita kurang selesa. Kalau serangga menyengat tadi mengeluarkan venom kepada mangsa, nyamok dan kutu pula menghisap cecair (darah) daripada mangsa sebagai makanan. Mereka menghisap darah untuk proses pembiakan dan juga sistem permakanan dimana ia juga membawa kuman merbahaya untuk disebarkan dikalangan manusia dan haiwan yang digigitnya. Nyamok merupakan serangga mengigit yang menganggu kita ketika tidur dengan gangguan bunyi dan kesan gatal pada kulit. Nyamok Gajah (atau dikampong dipanggil sebagai Nyamok Kambing) akan mengigit mangsa dengan rasa sakit dan gatal yang amat sangat tetapi ia mudah dipukul kerana lambat bergerak. Nyamok Gajah ini sangat aktif pada waktu maghrib yang bersaiz besar dengan gigitan amat menyakitkan. Penggunaan ubat nyamok, racun aerosol, insect repellent dan kelambu adalah cara lazim digunakan untuk kita mengelakkan gigitan nyamok.
Pada tanaman pula, Lalat Buah (Bactocera carambolae atau Bactocera papayae atau Daucus spp) contohnya merupakan serangga yang menyengat tanaman iaitu pada daun dan buah-buahan diperingkat ia belum masak dan hampir masak (Lihat foto sebelah). Serangga seperti ini dan juga serangga lain akan menyengat tisu buah dan menghasilkan telur yang akan menetas menjadi larva. Larva inilah yang akan merosakkan buah yang hampir masak dan menurunkan kualiti buah sehingga tidak boleh dimakan. Banyak jenis serangga yang menyengat tumbuh-tumbuhan dan sama ada menyebabkan kerosakan terus atau pun kesan kerosakan sampingan (secondary infection) pada tumbuhan. Antara serangga tersebut seperti Aphids, Hamama, Lalat Buah, Kupu-kupu (Larva menyerang) dan sebagainya. Sengatan dan gigitan serangga merupakan satu kaedah untuk serangga terus 'survive' semenjak zaman dahulu sebagai satu kaedah mereka mempertahankan diri, menguaktan habitst serangga dan akan terus ujud selama mungkin. Walahualam!
SENGATAN SERANGGA...BAHAYA...
GIGITAN PULA... CARA BERBEZA...
INI KERANA...MELINDUNGI DIRINYA...
SEBAR PATOGEN...ROSAK HASILNYA ...
JANGKITAN PENYAKIT...IA BAHAYA...
PERLU DIKAWAL...CARA MEREBAKNYA...
By,
M Anem.
Senior Agrologist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(12 Syawal 1434 Hijrah)

No comments:
Post a Comment