Wednesday, September 11, 2013

KATAK - TERNAK KATAK (PART 2)

KATAK (Frogs) merupakan sejenis haiwan amfibia yang mudah kita jumpai dikawasan lembab di dalam hutan, belukar, keliling rumah dan tepi parit. Katak merupakan haiwan unik kerana ia mempunyai pergerakan 'Melompat' yang dahulunya digelar Salientia. Katak dewasa apa yang saya lihat memang mempunyai kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata terjojol keluar dan memang tidak berekor. Kebanyakan katak mempunyai kitaran hidup berperingkat iaitu daripada peringkat telur, berudu, anak katak sehingga kepada peringkat dewasa dalam masa tertentu bergantung kepada spesis katak. Katak juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat atau pandai berenang didalam air. Katak dewasa juga merupakan haiwan pemangsa maging yang gemar memakan haiwan artropod iaitu terutamanya serangga, annelid dan gastropod. Katak haiwan paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam terutamanya ketika musim ia mengawan. Katak boleh didapati dari kawasan tropika hingga ke kawasan sejuk sub-artik walau pun kebanyakan spesis katak terdapat di hutan hujan tropika. Katak juga merupakan antara kumpulan vertebrata yang paling banyak kepelbagaian melibatkan lebih 5,000 spesis yang dikenali. Walau pun bila sahaja mendengar namanya ramai akan rasa 'Geli Geleman', tetapi kini terdapat beberapa spesis katak yang sesuai diternak dan dimakan oleh sesetengah manusia sebagai makanan eksotik. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti ternakan katak daripada pemerhatian semasa membuat lawatan ke projek ternakan katak di Plentong, Johor dan juga beberapa projek ternakan katak di Indonesia serta membuat rujukkan daripada beberapa sumber teknikal.


Sepasang Katak mengawan 
Sistem atau teknologi pembiakan katak untuk mendapatkan baka bagi tujuan ternakan adalah proses semulajadi. Induk katak jantan dan katak betina yang sudah dipisahkan sepanjang 1-2 hari dikumpulkan di kolam mengawan (Lihat foto sebelah). Pastikan tidak ada ikan liar dalam kolam ini kerana ia akan mengganggu hasil pembiakan katak. Perlu juga diperhatikan agar telur-telur katak yang berada didalam air juga tidak keluar melalui saluran air keluar dari kolam. Lazimnya waktu mengawan paling sesuai bagi katak saya lihat pada waktu petang atau pagi dimana suhu pada ketika itu adalah rendah. Sebaiknya bagi tujuan untuk membantu katak untuk mengawan, kita buat hujan tiruan dengan sistem renjisan air menggunakan alatan khas mudah. Mengalakan katak untuk mengawan dapat dijalankan dengan sistem 'hypofisasion' dimana ekstrak kelenjar 'hipofisa' untuk merangsang katak supaya mengawan pada waktu yang kita kehendaki. Cara ini kita dapat membanyakkan pembenihan, mengurangkan kadar kematian, merawat telur-telur katak yang sudah senyawa didalam kawasan khas. Penyuntikan pada katak betina lazimnya pada bahagian punggung, rongga perut atau bahagian kepala. Cara menyuntik pada rongga perut banyak dipilih keran cara ini paling mudah dilakukan.


Teknologi reproduksi ataumengawan katak untuk diternak memerlukan kemahiran dan kepakaran khusus. Lazimnya katak yang akan disuntik diletakkan dalam akuarium yang diberi sedikit air dan ditutup dengan kawat atau dawai kasa bagi memudahkan proses penangkapan. Katak-katak tersebut apabila sudah cukup umur dipastikan berada dalam keadaan bersedia untuk bertelur. Semasa hendak menyuntik katak, katak tersebut perlu dibalut dengan kain lembut agar katak tidak meronta-ronta. Katak yang sudah disuntik kemudian boleh dilepaskan didalam akuarium lain dan dipantau setiap jam. Selapas 12 jam maka katak tersebut disuntik kembali supaya mereka dapat bertelur semuanya. Lazimnya selepas katak betina disuntik 2 kali, ia akan menunjukkan tanda untuk bertelur. Seterusnya kita perlu menyiapkan testis dari katak induk jantan. Sperma dikeluarkan dari testis katak jantan dengan langkah memotongnya dengan jarum kecil yang tajam dan dimasukkan ke cawan petri yang telah berisi air kolam yang bersih.  Pastikan air didalam cawan jadi keruh dengan sperma katak jantan dimana periksa yang testis katak jantan tadi telah kosong. Cairan sperma dari testis katak jantan perlu dibiarkan selama 10 minit didalam suhu bilik. Buat pemeriksaan tahap keaktifan sperma (Boleh kita tengok di bawah mikroskop). Sperma yang aktif membolehkan kita dapat telur katak yang banyak dan berkualiti.


Proses yang seterusnya adalah untuk kita mendapatkan telur katak betina. Lazimnya ia akan bertelur dengan diurut perutnya supaya telurnya keluar. Sebaiknya telur katak ini diusahakan agar jatuh diatas cairan sperma dalam petri disk. Cara ini seperti apa yang saya pernah lakukan ketika membuat proses pembiakan ikan keli. Proses seterusnya adalah mengoyangkan petri disk dan biarkan selama satu minit. Telur katak yang berjaya melakukan persenyawaan secara semulajadi ini akan kelihatan melakukan pusingan (rotation). Telur yang menetas ini disimpan dalam bekas khas dimana perlu dipastikan airnya mesti diganti tiap-tiap hari dengan melindungi suhu sekeliling sekitar  24 - 27 darjah Celsius. Perli diperiksa tahap keasidan atau pH air untuk meningkatkan kejayaan pembenihan anak atau berudu katak. Sebaiknya kaedah mengadakan hujan tiruan pada keseluruhan proses pembenihan ini meningkatkan kejayaaan mendapatkan anak katak untuk penternakan. Walau pun proses ini nampak mudah tetapi ia memerlukan latihan dan kemahiran serta pengalaman untk membuatnya. Saya dapati proses ini hampir sama dengan penyediaan benih ikan keli. 

Sebelum kita mencuba untuk mulakan aktiviti menternak katak, mari saya paparkan Hukum Menternak Katak yang perlu dirujuk dahulu. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 23 Januari 2012 telah membincangkan mengenai " Hukum Menternak Katak ". Tarikh Keputusan: 23 Jan, 2013. Alhamdulillah fatwanya seperti berikut: " Perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah khilaf ulamak. Menurut jumhur ulamak, perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah haram kerana ia adalah dua alam.". Wallahualam!



Berusu katak selepas menatas.
KATAK MENGAWAN...ITU TELUR JADINYA...
KATAK BETINA DISUNTIK...ITU CARANYA...
TESTIS KATAK JANTAN...KELUARKANNYA...
DALAM PETRI DISK...IA DI SENYAWANNYA...
TELUR MENETAS... ITU BERUDU JADINYA...
SESUAI DI TERNAK...IKUT PERINGKATNYA...

By,

M Anem
Senior Agrologist
Jalan Istana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka, 
Malaysia.
(24 Syawal 1434H)

No comments: