Wednesday, September 18, 2013

CENGKERIK - CARA MENTERNAK (Part 1)

CENGKERIK dari keluarga Grillidae atau di Indonesia disebut 'Jangkrik' atau 'Cricket' adalah serangga yang menyerupai dengan belalang iaitu memiliki tubuh rata dan antena panjang. Cengkerik adalah omnivora dimana kita boleh kenal dengan suaranya yang hanya dihasilkan oleh cengkerik jantan. Suara ini digunakan untuk menarik betina dan menghalau jantan lainnya. Suara cengkerik ini semakin kuat kedengaran dengan naiknya suhu disekelilingnya. Kajian saintis mendapati terdapat sebanyak 900 spesis cengkerik diseluruh dunia. Dari segi pengkelasan cengerik dari kingdom- Animalia, Phylum- Arthropoda, Kelas - Insecta, Order - Orthoptera, Suborder -Ensifera, Superfamily - Grylloidea, Family - Gryllidae dann akhirnya Subfamili - Aos teks. Cengkerik juga telah diternak manusia sejak lama dulu terutama dikawasan Asia yang memang boleh memberikan keberuntungan. Tradisi berlaga cengkerik adalah sejenis permainan tradisi yang popular sejak zaman dulu dimana ia kadang-kadang melibatkan wang pertaruhan. Kini di Malaysia telah ramai usahawan yang menternak cengkerik sebagai sumber pendapatan lumayan. Beberapa kedai menjual burung dan ikan hiasan telah menyediakan stok cengkerik untuk dijual sebagai makanan untuk haiwan burung dan ikan (terutama ikan kelisa). Tinjauan saya kebeberapa premis mendapati harga jualan cengkerik berbeza-beza mengikut lokasi, saiz dan kualiti iaitu diantara RM 1.00 daripada 10 - 25 ekor yang dibungkus dalam bekas khas. Artikel subuh Sabtu ini sementara menghantar anak pergi ke Republik Checzoslavakia, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" cara menternak cengkerik untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.

Cara ternak cengkerik amat mudah asalkan kita mempunyai ilmu asas menternak cengkerik yang perlu dicari. Kita boleh belajar daripada pengusaha sedia ada atau membaca daripada buku atau terkini membaca dari lamanweb. Cengkerik merupakann makanan yang sangat baik untuk ternakan burung dimana peminat burung kini kian ramai yang menyebabkan permintaan cengkerik sebagai salah satu makanan burung juga meningkat. Ini berlaku juga dengan peminat ikan kelisa dan jenis ikan hiasan lain yang makan cengkerik. Prospek menternak cengkerik semakin cerah dengan tingginya permintaan di pasaran. Kini kebanyakan cengkrik dihasilkan dikedai-kedai yang mudah kita jumpa dimana-mana asalkan ada pembelinya. Dari segi analisis ekonomik, ianya memang meguntungkan jika jumlah jualan tinggi tetapi saya fikir ianya tiada masaalah dengan hukum kerana cengkerik adalah serangga.

Kotak Menternak Cengkerik boleh dibuat mengikut kapasiti dan saiz ternakan yang hendak dijalankan. Lazimnya kotak dibuat daripada kayu papan lapis dengan ukuran yang sesuai mengikut keperluan. Rajah sebelah menunjukkan bentuk kotak menternak cengkerik dengan paling penting adalah ia terlindung daripada serangan pemangsa. Kotak mempunyai dindiong disebelah dalam dengan lapisan zink atau plastik agar cengkerik tidak dapat panjang dinding tetapi paling penting adalah ia perlu ditutup. Penutup pintu ini juga mempunyai atap jaring agar berlaku sistem penudaraan sempurna dan dapat mengawal suhu dalam kotak. Ia juga sebaiknya mudah untuk mengawal dan menguruskan pemberian makanan. Kotak ini juga sebaiknya memudahkan kerja penuaian hasil dan elakkan daripada sinaran matahari langsung. Sebaiknya ia disusun didalam bangunan berbumbung. 


Bahan-bahan yang boleh digunakan adalah seperti papan lapis, beruti, paku kecil, gam kayu, dawai kasa atau jaring hijau, tukul, gergaji, gunting dan juga engsel. Saiz kota yang lazim dibuat berukuran 50cm panjang, 60cm lebar dan ketinggian sekitar 120cm. Disetiap sudut dan penyambung kayu papan lapis perlu dip[asak dengan kayu dan gam serapat mungkin bagi mengelakkan anak cengkerik terlepas keluar kerana saiznya juga amat kecil. Lapisan zink atau plastik yang licin pada dinding kotak mengurangkan cengkerik dari merayap kebahagian atas kotak dan kadang-kadang boleh terlepas keluar. Sebaiknya dipasang kaki setinggi 20cm dan diisi dengan air dalam tapak tiang pada kotak agar semut tidak naik masuk menyerang cengkerik.  Tempat penternakan dan penyimpanan kotak cengkerik sebaiknya dilokasi yang tenang, ada teduhan teduh dan mempunyai sistem pengudaraan yang sangat baik. Lokasi sebaiknya agak jauh dari sumber-sumber kebisingan seperti pasar, jalan raya dan lain sebagainya. Teduhan kotak perlu bagi mengelakkan sinaran matahari secara langsung atau berlebihan kerana ia kurang sesuai. Sebaiknya musuh atau pemangsa cengkerik sangat perlu di musnahkan seperti serangga jenis semut, labah-labah, mengkarong, cicak, ayam, kucing dan sebagainya. Lokasi ternakan cengkerik sebaiknya berdekatan dengan tempat tinggal untuk memudahkan pengurusan terutama memberi makanan, Selamat mencuba buat kotak bagi menternak cengkerik. Bersambung kepada Cengkerik - Part 2 (Anda boleh baca - Sila klik disini). Wasallam!

MENTERNAK CENGKERIK... MUDAHNYA....
ASAL PERLU... JADI NIM PULA DIJAGA...
MEMBIAK TELUR... ADA CARANYA...
DIJUAL DIKEDAI... UNTUK IKAN KELISA... 

By,
M Anem,
SeniorAgronomist,
Room 1305, Hotel Ramada Plaza Melaka,
Jalan Bendahara, Melaka,
Malaysia.
(8 Zulkaedah 1434H

No comments: