Thursday, August 8, 2013

TELUR ITEK (Part 3)

 ITIK (Ducks) merupakan sejenis haiwan daripada keluarga Anatidae yang dijadikan ternakan daripada jenis burung (Avian) yang mempunyai dua kaki dan suka pada habitat air sama ada air tawar atau air masin. Itek adalah haiwan bersaiz kecil daripada kumpulan angsa. Itek ini diternak bertujuan untuk mendapatkan hasil daging dan juga telurnya. Ia sesuai dipelihara didalam satu kawasan kandang yang lazimnya mempunyai air sebagai keperluan semulajadinya. Itek amat suka berenang dan berjalan didalam kawasan peliharaan dan sering mengeluarkan bau yang bising dan kuat apabia berkumpulan. Itik mempunyai paruh yang digunakan untuk menyudu yang bentuknya rata dan lebar. Antara makanan itek yang biasa adalah seperti rumput, tumbuhan akuatik, amfibia, serangga kecil, ikan, cacing, moluska dan yang terkini adalah makanan formulasi khas dihasilkan dikilang. Penternakan itek di Malaysia banyak dibeberapa negeri di Malaysia dimana ada banyak sumber air (Sawah padi) dan ramai populasi kaum Cina sepertii di Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis. Itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan menternak ayam. Artikel malam ini saya meulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi ternakan itik yang mungkin boleh dijadikan bahan bacaan hasil daripada pemerhatian, pengalaman melawat keladang itik dan rujukkan beberapa sumber.


Kalau kita telah menghasilkan telur itik , dimanakan telur ini boleh dipasarkan dan apakah potensi pasaran telur itik?. Semua ini perlu dikaji dahulu dan perlu diselidikki sebelum menternak itik telur. Menjual telur itik sepatutnya tidak ada apa-apa masaalah, jika mutu telur adalah baik kerana selain daripada menjual sendiri, FAMA dan syarikat membuat telur asin ada membeli telur itik, terutama di kawasan utara, iaitu di negeri Kedah dan Perlis. Dalam menentukan menjual telur itik beberapa perkara perlu dipertimbangkan. Bagi telur itik, berat dan warna kuning telur adalah faktor yang penting. Telur itik yang beratnya 65 gm ke atas dan warna kuning telur yang merah akan mendapat harga yang tinggi jika dibandingkan dengan telur yang beratnya rendah dan wama kuning telurnya yang pucat. Lain-lain faktor yang diambil kira ialah kebersihan dan kualiti kulit telur itik tersebut.


Terdapat teknologi yang penting didalam menentukaan kuning telur boleh dijadikan warna merah yang mendapat pasaran dan harga baik (Lihat foto sebelah). Teknologi ini adalah dengan membuat proses dari peringkat awal penternakan itik. Bagi pentemak yang mencampurkan bahan makanan itik telur mereka sendiri, kulit udang sering dicampurkan. Kulit udang didapati memang mengandungi sejenis bahan pewama yang dikenal bebagai 'Xan thophyll'. Bahan ini merupakan bahan yang boleh memberi warna merah kepada kuning telur. Walau pun di pantai barat Semenanjung Malaysia kulit udang adalah sukar diperolehi, kita boleh bertanya daripada pusat pendaratan ikan yang ada menjual kulit udang. Selain daripada kulit udang teknologi lain yang saya diberitahu untuk mendapatkan telur merah adalah pewarna sintetik juga sering digunakan. Pewarna tersebut dikenali sebagai "corophyll" yang boleh dibeli dari pembekal bahan kimia. Elakkan dari menggunakan bahan kimia yang terlarang untuk tujuan ini.


Kalau kita hendak melihat isi telur, kita perlu ambil telur itik dan dipecahkan dahulu untuk melihat kuning telur. Kuning telur tersebut pula dibandingkan dengan kipas pewarna Roche (Roche's colour Fan). Kuning telur itik yang pucat mempunyai bacaan 1 - 12 semenntara bacaan 13 - 15 adalah bagi kuning telur yang merah. Ada yang bertanya dari mana kita boleh membeli bahan 'carophyll' yang untuk tujuan ini. Kedai-kedai atau agen membekal makanan itik ada menjual bahan pewarna tersebut. Jika terdapat sebarang masalah untuk membeli pewarna tersebut, sila hubungi Pejabat Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran.  "Carophyll" ini mahal harganya iaitu di dalam lingkungan $360 - $390/kg. Penggunaannya adalah sedikit dan bergantung kepada warna telur itik yang sedang bertelur. Kebiasaannya 8 -12gm "carophyll" digunakan bagi setiap 100 kg. makanan. Untuk mencampurkan "carophyll" ke dalam makanan, ambil carophyll yang diperlukan dan campurkan dengan 1 - 2 kg makanan. Gaul saina rata dan selepas tersebut, 5 kg makanan pula dicampur dengan campuran yang terdahulu. Ulang cara ini beberapa kaii dengan menambah makanan ke atas campuran yang telah dicainpur dengan carophyll. Cara ini ialah untuk mendapatkan campuran makanan yang sebati dan benar-benar mengandongi carophyll. Telur masin dan telur abad adalah di antara telur itik yang telah diawit dan boleh didapati di kedai-kedai dan supermarket.


Masaalah penyakit itik perlu diawasi dari peringkat awal pemiharaan iaitu sebelum masukkan anak itik. Jika kebersihan reban dan air minuman dijaga dengan rapi saya dapati mrmang itik tidak mudah dihinggapi oleh penyakit-penyakit yang kebiasaannya mudah diperolehi oleh ternakan ayam. Itik juga lebih tahan dari tekanan persekitaran (environmental stress)  jika dibandingkan dengan ayam tetapi jika terdapat sebarang tekanan, pengeluaran telur akan berkurangan. Sila dapatkan bantuan daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan jika itik.telur anda didapati tidak sihat. Ramai mungkin tertanya-tanya sama ada menternak itik menguntungkan atau tidak. Adakah pelaburan yang bakal dikeluarkan berbaloi atau tidak. Kenapa tidak ramai usahawan mahu memelihara itik. Laporan daripada beberapa penternak itik yang saya pernah temubual di Johor, Kedah dan Perak menyatakan menternak itik memnguntungkan. Analisis menunjukkan kos mengeluarkan sebiji telur itik ialah dari 6 - 12 sen jika menggunakan makanan campuran sendiri. Purata pengeluaran telur itik sehari dianggarkan lebih kurang 60 - 65% daripada jumlah itik telur. Jika penternak menggunakan makanan komersial, purata pengeluaran sehari ialah 70 - 75% dan kos pengeluaran sebiji telur adalah dalam lingkungan 10 - 14 sen/biji. Harga sebiji telur itik gred A (melebihi 65 gm dan warna pada kipas Roche 14 - 15) ialah 15 - 18 sen/biji. Setelah membaca 3 artikel mengenai teknologi ternakan itik, saya fikir kita boleh congak-congak akan potensi menternak itik sebagai satu perniagaan. Wasallam!


TELUR ITIK .... YANG KUNING ISINYA...
ISI MERAH ...KULIT UDANG MAKANNYA...
SEBIJI TELUR ... 6 -12 SEN KOSNYA...
TELUR ASIN ... AMBOI SEDAPNYA...

By,
M Anem
Senior Agrologist,
Taman Cendana,
Jalan Istana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(30 Ramadan 1434 Hijrah)




No comments: